Assalamualakum..
Lambatnya Wanie updates entri harini. Maklumlah terlalu sibuk memandangkan hari ini merupakan hari terakhir wanie berpraktikal. Jadi, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Maaflah, sesi berblogwalking pun dah kurang.. Ada masa wanie singgah blog korang ye.. Lagipun line internet masih bermasalah lagi. Jadi nak curi masa berblog sebelum tidur tu memang tak dapatlah..
Memandangkan hari ni adalah hari terakhir wanie berpraktikal, jadi pegawai yang merangkap penyelia wanie telah belanja kami makan pizza. Kononya majlis perpisahan lah gitu..hehe

Sebelah wanie tulah SV wanie..yang selfie tu pula adalah cik kupukupu..hehe..

Muka lapar tak sabar nak tunggu order sampai..hehe

Jom jamu mata..hee

Menu terakhir yang dihabiskan..kenyang sangat dah masa ni..
Terima kasih Pn. Nurazlina kerana belanja makan pizza..Sangat kenyang ! Terima kasih juga atas segala nasihat dan tunjuk ajar sepanjang berada bawah penyeliaan Puan.. Sehingga berjumpa lagi..