Friday, September 20, 2013

Hampir-hampir disaman!!

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah..
Lama sangat rasanya tak berblogwalking...
Dah mula sibuk dengan latihan ilmiah, kerja lapangan, dan sebagainya...
Tidak mengapa, itu lumrah seorang pelajar...
Tapi, blogging tetap juga bila ada kesempatan insyaAllah...

Sebelum itu nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang baru dapat CPUV yang terbaru..hihi..
Kalau tak silap Wanie, sis Yumida, Amyma Omar, Cik akak, Nad, dapat CPUV yang terbaru kan??
Tahniah ye...rezeki bagi yang kuat berusaha...
InsyaAllah, Wanie pun harap dapat suatu hari nanti...
P/S: Rajin-rajinlah lawat blog ni ye..hihi..

Baiklah, berbalik pada tajuk entri ni..
Nak dijadikan cerita, tadi masa balik dari makan malam, wanie yang bawa motor, kawan duduk di belakang..
Tiba-tiba dalam perjalanan nak sampai UKM, ada road block pulak..
Waduhh..kalut la wanie..
Nak tahu pasaipa?
Sebab Wanie cuma ada L je..huhu..
belum sempat nak test JPJ lagi...

Dah tu Wanie tak tahu nak buat apa...
kawan cakap terus je, buat muka tak bersalah..
Tapi Wanie tak berani...
Boleh pula Wanie turun motor, tukar semula dengan kawan supaya dia yang bawa...
Alhamdulillah..nasib baik polis tu tak nampak, dan kami selamat tanpa disaman...

Fuhh..takut..takut lesen kena gantung dan sebagainya...