Sunday, September 29, 2013

Kerana Sebuah Buku..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri walaupun dalam keadaan agak sibuk..

Lamanya saya tak updates entri kan..sampai ada blogger yang tegur..hehe..memang agak sibuk pun sejak akhir-akhir ini memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan..Harap-harap wanie tak dilupai la dalam dunia berblogging nie..hehe

Baiklah, berbalik pada tajuk entri hari ini, sebenarnya, ini adalah antara perkara yang wanie selesaikan dalam dua tiga hari lepas..tapi baru hari ini sempat untuk menulis entri tentangnya..Sebenarnya apa kaitan buku dalam hal ini kan?baiklah,ceritanya bermula begini...

Pada akhir sem 1, wanie telah tanpa disedari menghilangkan buku di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM..Wanie dah cuba sedaya upaya untuk mencari buku tersebut di merata tempat, tapi tidak dijumpai..Biasalah bila buku tu dah saling bertukar tangan...

Akhirnya, wanie redha untuk membayar denda kehilangan buku tersebut..sedikit bernasib baik sebab dah buat aduan di perpustakaan jadi bayaran denda kerana lewat memulangkan buku tersebut tidaklah terlau banyak..

Nak tahu berapa yang wanie kena bayar?

Harga buku = RM292
Denda sebab hilangkan buku / wang proses = RM50
Denda lambat pulang / buat aduan kehilangan = RM9

Jadi, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM351..

Kalau ikutkan hati, sayang sangat duit tu..Yelah, tu duit belanja wanie makan sebulan kot..huuhu..tapi tidak mengapa lah, dah lama wanie bersedia untuk membayarnya dan wanie juga telah buat kerja part time masa cuti sem untuk dapat duit bayar denda ni..Nak minta duit mak ayah memang tak lah, sendiri buat sendiri tanggung...Pengajaran untuk tidak lalai lagi..:)

P/S : Kalau tak bayar denda ni, tak boleh nak konvo..


Friday, September 27, 2013

Segmen Bloglist Izzri Idris

Assalamualaikum..
Jom ramai-ramai join segmen ni...
Support Bloggers..

Macam biasa, KLIK BANNER untuk join...

Tuesday, September 24, 2013

Kenapa perlu memandang rendah padanya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk hidup di muka bumi milik Allah s.w.t ini...
Alhamdulillah...
Bagaimana dengan kehidupan kalian semua hari ini?
Semoga semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dalam redha-Nya...
InsyaAllah...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri Wanie di atas, kenapa kita perlu memandang rendah padanya..Wanie terpanggil untuk menyatakan pendapat dan fikiran Wanie tentang perkara ini kerana ada sesetengah dari kita yang sememangnya memandang rendah..Memandang rendah kepada siapa yang Wanie maksudkan ini? Mereka ialah golongan bawahan, atau mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pembuat jalan, tukang angkat najis dan sebagainya..(Maaf ye, Wanie tidak bermaksud untuk memandang rendah golongan ini..tidak sama sekali..)

Di tempat-tempat awam, Wanie sering perhatikan, terdapat segelintir manusia yang memandang golongan ini dengan pandangan sinis, ada yang dimarahi tidak semena-mena, dan sebagainya..Tersentuh hati Wanie melihatnya..

Kenapa ya, mereka dilayan sebegitu?dipandang rendah dan sebagainya?Wanie sering terfikir, kenapa mesti memandang rendah kepada mereka, sedangkan mereka melakukan pekerjaan yang mulia..Iyalah, cuba kita bayangkan jika tiada tukang cuci, tiada tukang ambil sampah-sarap yang kita sendiri buang, tiadanya mereka yang melakunya kerja mulia ini..bagaimana kehidupan kita?

Sepatutnya kita bersyukur, kita mendapat pekerjaan yang lebih elok dari mereka, dan mungkin kehidupan kita juga lebih selesa berbanding mereka..

Seharusnya kita berterima kasih kepada mereka, kerana sanggup melakukan pekerjaan untuk keselesaan bersama..

P/S: Wanie sedang berusaha sedaya upaya untuk menggunakan bahasa dengan baik..jika terdapat kekurangan di mana-mana, Wanie mohon maaf sangat-sangat..Masih terlau banyak yang perlu dipelajari...


Monday, September 23, 2013

SEGMEN BLOGLIST DJH OKTOBER

Assalamualaikum...
Jom kita sama-sama join segmen nie...


KLIK BANNER UNTUK JOIN 

Sunday, September 22, 2013

Entri Tiada Tajuk

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih berkesempatan menulis entri walaupaun dalam keadaan yang sudah agak sibuk..
Maklumlah tahun akhir ni banyak perkara yang perlu diselesaikan..
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
InsyaAllah...

Rindu rasanya dekat semua sahabat bloggers..
Rasa dah lama sangat tak tengok blog dan berblogwalking..
Maaf ye, sibuk sikit..
Semoga semua sahabat sihat dan berada dalam rahmatnya..
InsyaAllah..

P/S : Malam ni baru ada masa sedikit nak berblogwalking setelah seharian berada di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan ketua kampung bagi membincangkan beberapa perkara.

Friday, September 20, 2013

Hampir-hampir disaman!!

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah..
Lama sangat rasanya tak berblogwalking...
Dah mula sibuk dengan latihan ilmiah, kerja lapangan, dan sebagainya...
Tidak mengapa, itu lumrah seorang pelajar...
Tapi, blogging tetap juga bila ada kesempatan insyaAllah...

Sebelum itu nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang baru dapat CPUV yang terbaru..hihi..
Kalau tak silap Wanie, sis Yumida, Amyma Omar, Cik akak, Nad, dapat CPUV yang terbaru kan??
Tahniah ye...rezeki bagi yang kuat berusaha...
InsyaAllah, Wanie pun harap dapat suatu hari nanti...
P/S: Rajin-rajinlah lawat blog ni ye..hihi..

Baiklah, berbalik pada tajuk entri ni..
Nak dijadikan cerita, tadi masa balik dari makan malam, wanie yang bawa motor, kawan duduk di belakang..
Tiba-tiba dalam perjalanan nak sampai UKM, ada road block pulak..
Waduhh..kalut la wanie..
Nak tahu pasaipa?
Sebab Wanie cuma ada L je..huhu..
belum sempat nak test JPJ lagi...

Dah tu Wanie tak tahu nak buat apa...
kawan cakap terus je, buat muka tak bersalah..
Tapi Wanie tak berani...
Boleh pula Wanie turun motor, tukar semula dengan kawan supaya dia yang bawa...
Alhamdulillah..nasib baik polis tu tak nampak, dan kami selamat tanpa disaman...

Fuhh..takut..takut lesen kena gantung dan sebagainya...


Tuesday, September 17, 2013

Terharu Dengan Blogger Ni..

Assalamualaikum...
Hari ini agak lewat Wanie updates entri..
Mungkin disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

Berbalik pada tajuk entri kali ni..
Psst..Wanie terharu dengan siapa sebenarnye ye?
Baiklah, sebenarnya Wanie terharu sangat dengan dua orang blogger ni iaitu BLOGGER INI
dan BLOGGER INI..
Mereka berdua ialah kak Aiza dan Amyma Omar..
Nak tahu kenapa?
Sebabnya Wanie tengok mereka telah mejadikan Wanie salah seorang dari senarai bloglist mereka..

Wahh..siapa tak gembira dan terharu kan?
Sebabnya, Wanie tak pernah terfikir sampai macam ni..
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada kalian kerana menerima Wanie dalam dunia blogging ni..
Untuk itu, setiap hari Wanie takkan pernah miss lawat blog kalian...

Terima kasih ye...
Semoga ukhuwah kita berkekalan selamanya..:)

Monday, September 16, 2013

" T-SHIRT I LOVE BLOGGING GIVEAWAY!"



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Jangan pernah mempersoalkan takdir Allah...

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia diucapkan kepada seluruh warga Malaysia terutamanya sahabat yang membaca entri ni..Semoga kita terus mengecapi keamanan dan kedaulatan selamanya...Alhamdulillah, masih diberikan ruang masa dan waktu untuk terus hidup dan bernafas di muka bumi ni..

Kesibukan yang melanda sejak ahir-akhir ini membuatkan wanie tidak dapat menghadap blog terutamanya mengupdates entri baru..Alhamdulillah, hari ini diberikan masa untuk itu...Baiklah, berbalik pada tajuk entri Wanie kali ini, jangan pernah mempersoalkan takdir Allah..ye, jangan pernah mempersoalkannya...Hal ini kerana, wanie rasa, kita mungkin tidak pernah terlepas dari mempersoalkannnya...

Sebagai contoh.."Kenapa mesti aku, kenapa mesti aku yang terima nasib seburuk nie?"...dan sebagainya...

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang dijadikan dan ditakdirkan oleh Allah, ada sebabnya tersendiri... dan Allah tidak akan pernah menguji kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung...

Jadi, jika kita sedang diuji, atau ditakdirkan perkara yang tidak pernah kita minta, maka percayalah bahawa kita mampu menanggungnya dan Allah sedang menguji kita...paling kurang Dia ingin kita lebih dekat dengan-Nya.. 

Gambar hiasan dari Google


Saturday, September 14, 2013

TAK DAPAT BALIK RUMAH...

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan-kawan semua?
Harini wanie rasa rajin sikit nak updates blog untuk berkongsi cerita lagi dengan kawan-kawan semua..
Sepatutnya sekarang ni wanie dah ada kat rumah dah..balik,sebab sampai isnin tiada kelas..
Tapi, awal-awal lag wanie dah dimaklumkan bahawa tiket ke Selatan dah habis...
Takpelah, berkorban lah tak dapat balik..insyaAllah, kalau ada masa minggu depan boleh lah balik..
Bukan apa, wanie bukannya rushing sangat nak balik minggu ni, tapi memandangkan minggu depan dah sibuk dengan macam-macam terutamanya ada kelas sispa setiap hari sabtu..
Tu yang kalau boleh nak balik minggu nie...
Tapi takpelah kan, dah takde rezeki nak balik..
Jadi, wanie ada lebih masa lah nak berblogwalking ke blog korunk..
Bagi mana-mana yang dah follow, tapi wanie tak follow korunk lagi, nanti wanie terjah dan follow sana ye..maaf lambat...
Tapi insyaAllah, hari ini juga wanie akan setelkan semua tu..hihi..



Friday, September 13, 2013

SEGMEN 1ST MAMA

Assalamualaikum..
jom kita ramai-ramai join segmen mama ni..
Mama adalah antara salah seorang blogger yang sangat peramah..
Jadi, wajib join segmen 1st mama nie sebagai tanda sokongan...
Wanie support mama..:D

KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN MAMA NI OKEY...

Thursday, September 12, 2013

SEGMEN SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum..
jom sama-sama kita meramaikan join segmen simple dan mudah nie...


KLIK BANNER UNTUK JOIN
JOM JOIN RAMAI-RAMAI YE..

Wednesday, September 11, 2013

APA ITU ISTIDRAJ ? ?

Assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca sekalin...
Apa khabar hari ni?Semoga semua berada dalam lindungan-Nya...
InsyaAllah..

Berkenaan dengan tajuk entri Wanie pada hari ini, mengenai apa itu istidraj..
Sebenarnya wanie pun baru tahu tentang ni dan ingin berkongsi mengenainya dengan sahabat blogger sekalian...

Baiklah..
APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ NI?

        Menurut HR Ahmad dan Thabrani, dalam kitab Syu'ab, istidraj bermaksud pemberian Allah S.W.T kepada hambanya atas apa yang diingininya di dunia agar bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Setiap hari dia akan semakin jauh dari Allah S.W.T.

        Ia merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi tanda kebencian Allah.

        Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk kedalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. 

MasyaAllah..sebenarnya perkara ni dah lama dah wanie tertanya-tanya..masa zaman sekolah dulu, pernah terfikir, kenapa sesorang tu diberikan kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, sedangkan dia sering mengutuk-ngutuk cikgu, dan sebagainya..bukan nak mengata orang..tapi diri ini sendiri sedar tentang nikmat yang Allah beri sedangkan kadang-kadang kita terlupa dan alpa..

Astagfirullah...takut..adalah aku tergolong dalam istidraj ini?

MasyaAllah...semoga dijauhkan...semoga diri ini lebih dekat dengan maha Pencipta...


SEGMEN PERTAMA CHE YAM

Assalamualaikum..jom join segmen pertama cik Yam ni...

KLIK BANNER UNTUK JOIN..

Monday, September 9, 2013

Bersyukurlah Sayang..

Assalamualaikum...
Hari ni bermula lah semester baru bagi tahun akhir pengajian ni...
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan..

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni,
Bersyukurlah sayang...
Kadang-kadang kita lupa apa yang kita ada bila lihat orang yang lebih bernasib baik dari kita...
Cuba lihat orang lain yang lebih susah hidupnya..
Mungkin kita akan lebih bersyukur...

Kadang-kadang kita cemburu lihat orang lain yang lebih cantik atau hensem paras rupanya...
Tapi kita lupa untuk bersyukur bahawa kita dilahirkan dengan cukup sifatnya...
Ada lagi yang kurang bernasib baik..
Yang memerlukan bantuan orang lain untuk hidup dengan selesa...
malah untuk membuat aktiviti hariannya...

Kadang-kadang kita terlupa...
untuk mensyukuri apa yang kita ada...
Bila melihat insan yang lebih bernasib baik dari kita...

Bersyukurlah sayang...
kita adalah sebaik-baik kejadian...
dan setiap yang telah ditentukan adalah yang terbaik untuk kita...
Percayalah pada hikmah Allah..

BERSYUKURLAH SAYANG...

Gambar dari Google..


Saturday, September 7, 2013

SEGMEN SABTU BY EMAS PUTIH & DEDEQ

Assalamualaikum...
Jom join segmen lagi..:D


DIGI
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Friday, September 6, 2013

SAYA SISPA...APA TU SISPA?

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan..sihat semua?
Alhamdulillah, semoga semua dalah redha-Nya...

Berkenaan dengan tajuk entri ni..saya SISPA..apa tu SISPA...sebenarnya SISPA ni Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam..kira macam badan beruniform lah masa zaman sekolah-sekolah dulu..Selain SISPA ni, biasanya kat IPTA ada PALAPES (askar) dan SUKSIS (polis)...

Jom tengok aktiviti yang Wanie sertai dalam SISPA...

Ini saya..



Berdebar juga masa nak buat latihan ni..


Pertandingan kawad kaki..


Yang ini untuk persembahan tarian perang..hehe

Ini antaranyalah...Ok, lain kali wanie updates lagi..





Thursday, September 5, 2013

" SEGMEN AYU : UPSR OH UPSR

Assalamualaikum...

Jom kita join segmen lagi..
Kali nie kita support segmen Cikgu Ayu pula...
JOM!!


JAWAPAN UNTUK SOALAN SEGMEN NI :

Tahun UPSR : 2003
Keputusan : 5A (nasib je masa tu kot..hihi)
Subjek Paling suka : Matematik 

Jom join segmen nie sambil mengimbas kenangan lama..

JOM KONGSI CERITA ! ! !

Assalamualaikum...
Hai sahabat bloggers sekalian...

Nak kongsi-kongsi cerita...
Perkara pertama yang kamu semua buat bila bangun tidur apa ye?hehe
Saje nak tahu..sebab dulu masa wanie ada dengar tazkirah, dia cakap bangun tidur selain bersyukur kita bagus untuk sikat rambut..sebab elakkan keserabutan...
Wanie dah cuba, apa kata korunk cuba pula..hihi..

Tapi sebelum tu nak tanya sikit, apa yang kamu semua buat bila buka mata je?
tengok handphone?
tengok jam?


Image dari Google

SEMUA ORANG MUNGKN PERNAH TERLIBAT DENGAN INI..

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat blogger...
Hari ni wanie ada sedikit info nak share dengan rakan-rakan blogger yang mungkin kita semua pernah melakukannya sama ada secara sengaja atau tidak..

Baiklah..straight to the point la kan..yelah, sebagai salah seorang pelajar Linguistik, rasanya tak salah kalau wanie nak berkongsi sedikit pelajaran kepada rakan-rakan blogger tersayang..ececeh!!
Ok, apa yang wanie nak bagitahu di sini ialah berkaitan dengan Penukaran Kod, atau Code Switching..
                                                        Apa dia penukaran kod ni??

Ok, sebenarnya penukaran kod ni secara ringkasnya dapat wanie terangkan sebagai pencampuran dua atau lebih bahasa dalam satu-satu pertuturan...Secara mudahnya, kalau kita cakap Bahasa Melayu, tapi dalam tu kita ada selit-seitkan sedikit Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa.. dalam entri ni pun ada dah contoh penukaran kod tu...hiihi

Contoh-contoh penukaran kod tersebut seperti :

1). Straight to the point la kan...
2). ok, nanti aku try follow kau..
3). Tunggulah, aku on the way nak pergi rumah kau lah ni..

Berdasarkan contaoh atas tu, yang wanie italickan tu BI manakala yang tak tu BM.. Jadi kita nampkalah kan percampuran antara dua kod yang berbeza tu..

p/s: Kawan-kawan, saya minta maaf kalau bahasa saya sendiri tak berapa betul dalam penulisan blog ni..yelah, kalau wanie tulis betul-betul ikut tatabahasa, nak baca pun jadi terlalu skema dan boring kan?So, kita-kita faham sendiri lah kan...

Lastly, thanks sebab sudi baca entri nie... 

BICARA CINTA- (PART 1)


CINTA OH CINTA...
Assalamualaikum...
Hai sahabat bloggers...sihat semua?
Semoga semua berada dalam rahmat Allah sentiasa...

Bila kita bercerita tentang cinta, sudah tentu semua orang cukup familiar dengan perkataan ni..biarpun umur baru setahun jagung namun perkataan ini seperti sudah biasa bagi kebanyakkan orang...Sebenarnya..apa maksud dan erti cinta yang sebenarnya?bila dikatakan tentang cinta, semua orang ada fahaman masing-masing tentang cinta, kan?

Baiklah, memandangkan tajuk entri ni ada part 1, maka entri bicara cinta dalam blog wanie nie akan ada banyak part la k..dan semuanya bercerita tentang cinta..perkongsian pendapat tentang cinta sebab bagi wanie perkara ini cukup familiar buat kita...mungkin ada yang belum pernah bercinta, namun perasaan menyintai atau menyukai seseorang itu pasti ada..

Sebagai manusia biasa, kita semua dianugerahkan perasaan cinta..cuma terpulang pada kita untuk mengawalnya..

Jom kongsikan makna cinta pada pendapat kalian semua!!


Wednesday, September 4, 2013

SEPTEMBER GIVEAWAY BY KASIHLESTARIABADI...

Assalamualaikum...
Jom sama-sama kita memeriahkan segmen ni..
Hadiah menarik..!!


KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN YANG OHSEM NIE..

" SEGMEN BLOGLIST ASWAN AZMY "

Assalamualaikum..

Jom sama-sama kita meramaikan segmen nie..


 " KLIK BANNER UNTUK JOIN "

" SEGMEN SANTAI SEPTEMBER BY CIK AKAK "

Assalamualaikum...

Hai sahabat blogger...
Jom join segmen cik akak yang ohsem nie...


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN OK..

Rasa-rasanya, selain warna purple, cik akak mungkin suka juga warna PUTIH...hee

Ok, selamat bersegmen!!