Wednesday, September 11, 2013

APA ITU ISTIDRAJ ? ?

Assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca sekalin...
Apa khabar hari ni?Semoga semua berada dalam lindungan-Nya...
InsyaAllah..

Berkenaan dengan tajuk entri Wanie pada hari ini, mengenai apa itu istidraj..
Sebenarnya wanie pun baru tahu tentang ni dan ingin berkongsi mengenainya dengan sahabat blogger sekalian...

Baiklah..
APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ NI?

        Menurut HR Ahmad dan Thabrani, dalam kitab Syu'ab, istidraj bermaksud pemberian Allah S.W.T kepada hambanya atas apa yang diingininya di dunia agar bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Setiap hari dia akan semakin jauh dari Allah S.W.T.

        Ia merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi tanda kebencian Allah.

        Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk kedalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. 

MasyaAllah..sebenarnya perkara ni dah lama dah wanie tertanya-tanya..masa zaman sekolah dulu, pernah terfikir, kenapa sesorang tu diberikan kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, sedangkan dia sering mengutuk-ngutuk cikgu, dan sebagainya..bukan nak mengata orang..tapi diri ini sendiri sedar tentang nikmat yang Allah beri sedangkan kadang-kadang kita terlupa dan alpa..

Astagfirullah...takut..adalah aku tergolong dalam istidraj ini?

MasyaAllah...semoga dijauhkan...semoga diri ini lebih dekat dengan maha Pencipta...


14 comments:

  1. Moga kita bahagia dunia dan akhirat. Dah isi tabung nuff.

    ReplyDelete
  2. nauzubillah..harap dijauhkanlah..xnk mcm 2..xnk jauhkan dri dari Allah dan sesat..xbhgia xdunia pn xpe..jnji bhagia kt akhirat..Allah lebih mgetahui..kita berdoa jelah byak2 kpdaNya..nice sharing Wanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul tu fais..kehidupan kat akhirat tu yang lebih mustahak untuk difirkan dan beramal..:D

      Delete
  3. mintak dijauhkan dari sifat istidraj ni..

    ReplyDelete
  4. semoga tak tergolong dalam golongan ini..

    ReplyDelete
  5. kebanyakan yg dapat istidraj ni xsedar pun benda tu berlaku kat dorg..mintak2 dijauhkan sangat2 >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..semakin lama semakin lalai..takut..minta dijauhkan..;D

      Delete
  6. semoga lah termasuk kategori nie dik...takut pula cik akak eh

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini..

      Delete