Sunday, October 6, 2013

Marah Kerana Sayang..

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua..Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang untuk menulis entri pada hari ini..

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni, marah kerana sayang, betul kan? Sebab Wanie sentiasa ingat pesan ayah, ayah cakap ayah marah, cikgu marah, semua marah sebab mereka sayangkan kita, mereka tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang dilakukan. Ayah pesan lagi, kalau orang tu dah benci kita, dia akan 'ignore' saje apa yang kita buat walaupun dia tahu perkara tersebut tak betul.

Jadi, bila Wanie fikirkan apa yang ayah pesan, memang ada betulnya. Selagi orang tu ingin menegur kesilapan kita, maknanya dia sayangkan kita. Sebab tu, bila ada pensyarah ke, penyelia, mak, ayah, atau siapa-siapa pun yang menegur atau memarahi kesilapan wanie, wanie fikir mereka sayangkan wanie dan sebab itu mereka menegur.

Jadi, ambil positif bila ada yang menegur kita.