Tuesday, November 19, 2013

Ada sesiapa boleh tolong?

Assalamualaikum...
Maaf..lama betul wanie menyepi kan? Apa khabar semua?Sihat?Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini..Tapi memang tak dapat dinafikan yang wanie sangat-sangat rindu dengan sahabat blogger sekalian..Nanti wanie ceritakan satu persatu tentang kesibukan yang melanda sehingga tak sempat nak berblogwalking dan jenguk blog tercinta..
        Sebenarnya, wanie ada sesuatu nak request kat sahabat blogger sekalian. Nak minta pendapat atau minta tolong sesiapa yang boleh tolong..Ceritanya begini, wanie sedang dalam perancangan untuk membuat satu program pusat iaitu pusat Bahasa dan Linguistik UKM..Masalahnya di sini, wanie masih mencari speaker untuk Forum Industri.. Bagi sesiapa yang bekerja di sektor swasta dan membuat bisnes sangatlah diharapkan dapat membantu..Forum industri ini ialah berkaitan dengan pengalaman speaker jemputan untuk menceritakan pengalaman dalam sektor masing-masing..
        Ada sesiapa yang boleh tolong? Wanie post di sini sebab kan berblog juga merupakan salah satu bisnes part time juga kan?

Mohon sesiapa yang bole membantu...:)

Friday, October 25, 2013

Sakit itu Penghapus Dosa.

Assalamualaikum...
Salam jumaat buat semua..Alhamdulillah, hari ini diberi kesihatan yang baik untuk menulis entri dan berkongsi cerita dengan sahabat blogger lagi. Dua hari yang lepas, wanie telah mengalami demam yang agak teruk sehingga tidak larat untuk melakukan apa-apa tugasan kuliah dan sebagainya. Hanya mampu berehat dan tidur sahaja.

Sebenarnya, semasa kita sedang sihat, kita jarang merasa nikmat kesihatan itu. Apa yang kita rasa hanyalah biasa-biasa sahaja. Menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Namun, apabila kita diuji dengan kesakitan, atau sebarang penyakit, barulah kita sedar, betapa indah dan seronoknya ketika sihat. Masih teringat keadaan wanie masa demam kelmarin, ingin bergerak sahaja sudah sakit kerana seluruh badan terasa bisa akibat demam panas, sering terjaga jam 2 hingga 3 pagi akibat terlalu panas dan sakit kepala, langsung tiada selera makan dan sebagainya. Di dalam hati, hanya mampu berdoa dan istigfar tanpa henti.

Hakikatnya, sakit yang Allah kurniakan kepada kita adalah merupakan suatu ujian dan manusia yang bersabar dengan ujian sakit akan dihapuskan dosanya. Allahuakbar...Oleh itu, ketika sihat, hargai diri sendiri dan jangan terlepas dan leka dalam menunaikan kewajipan kita, kerana nikmat sihat itu boleh ditarik pada bila-bila masa. Pada masa sakit pula, sentiasa bersabar dengan ujian Allah dan positifkan diri supaya penyakit tidak menjadi sesuatu yang begitu membebankan. Dalam masa yang sama juga, sentiasa berdoa dan berikhtiar supaya dapat menyembuhkan penyakit atau kesakitan yang dihadapi..InsyaAllah..


Tuesday, October 22, 2013

SEGMEN SUPER FOLLOWERS BY YCHUN ESMAIL

Assalamualaikum..
Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen ni..


KLIK BANNER UNTUK JOIN..

TARIKH TUTUP 25 OKTOBER..

Sunday, October 20, 2013

5 Makanan Pencegah Jerawat.

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri pada hari ini.Hari ni wanie nak kongsikan sedikit tips yang wanie dapat mengenai makanan yang boleh diambil untuk mencegah jerawat. Jom baca di bawah!

1. Kacang

Ia kaya dengan selenium, vitamin E, tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium, dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit.

2. Ikan

Ikan mempunyai asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang boleh mengurangkan keradangan pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat.Antara ikan yang sangat disyorkan untuk dimakan ialah seperti ikan salmon, tenggiri dan sardin.

3. Anggur merah

Selain isinya, biji anggur juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi yang berkhasiat dan juga antiokidan yang dapat mengawal alahan pada kulit.

4. Bawang putih

Dapat membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Allicin yang dapat membunuh pelbagai bakteria dan virus.

5. Brokoli

Mengandungi vitamin A, B kompleks, C, E, dan K serta antioksida. Ia juga bermanfaat untuk membersihkan kulit. 

Gambar Hiasan

Thursday, October 17, 2013

Rindu Berblog!!

Assalamualaikum...
Fuhh3...Lamanya wanie tak updates blog dan berblogwalking..ridunya la kat kawan-kawan blogger ni..harap-harap takde yang dah lupakan wanie lah ye..Maaflah..memang betul-btul tak menyempat nak updates bog memandangkan baru-baru ini wanie ada menjalankan program di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah, dan Wanie sebagai ketua program sudah tentulah terlalu sibuk..


Banyak perkara yang ingin wanie ceritakan sepanjang ketiadaan wanie dalam dunia blogging nie..hihi..hampir 1 minggu juga wanie menyepi rasanya..fuhh!! rindu kalian semua..Baiklah, di kesempatan yang ada ni wanie nak ucapkan salam aidiladha kepada semua pembaca..


Orait..tak mahu ulis panjang-panjang..Nak pergi blogwalking...Daaa~~

Sunday, October 6, 2013

Marah Kerana Sayang..

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua..Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang untuk menulis entri pada hari ini..

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni, marah kerana sayang, betul kan? Sebab Wanie sentiasa ingat pesan ayah, ayah cakap ayah marah, cikgu marah, semua marah sebab mereka sayangkan kita, mereka tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang dilakukan. Ayah pesan lagi, kalau orang tu dah benci kita, dia akan 'ignore' saje apa yang kita buat walaupun dia tahu perkara tersebut tak betul.

Jadi, bila Wanie fikirkan apa yang ayah pesan, memang ada betulnya. Selagi orang tu ingin menegur kesilapan kita, maknanya dia sayangkan kita. Sebab tu, bila ada pensyarah ke, penyelia, mak, ayah, atau siapa-siapa pun yang menegur atau memarahi kesilapan wanie, wanie fikir mereka sayangkan wanie dan sebab itu mereka menegur.

Jadi, ambil positif bila ada yang menegur kita.


Friday, October 4, 2013

Air oh Air..

Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Sebelum membaca entri ni marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur dan selawat ke atas nabi Muhammad..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah hendaknya..InsyaAllah..

Tajuk entri wanie kali ini ialah berkenaan dengan masalah air.Macam biasalah kami pelajar di sini setiap sem akan menghadapai masalah ini..Sebagai pelajar semester ke-5, dah banyak kali juga wanie hadapi.

Tujuan wanie 'updates' entri berkaitan dengan masalah ini bukanlah bertujuan untuk mengadu dan sebagainya, cuma ingin berkongsi cerita..Di sini wanie tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin perkara ini di luar bidang kuasa pihak UKM ini sendiri..Tapi tidak mengapa lah, sebab pihak UKM sendiri telah berusaha sehabis baik untuk mengatasi permasalahan ini.

Cumanya bila tiada air ni, banyak perkara yang tergendala, yang susah nak dilakukan..Macam biasalah kan, setiap rutin harian kita semuanya pagi menggunakan air bermula dengan mandi pagi dan solat subuh..semuanya menggunakan air..

Memang terasa agak susah bila ketiadaan air.Tapi setiap yang berlaku wanie fikir positif je.Yelah, bila tiada air ni lah kita lebih nak menghargainya kan.Kalau tak, nak cuci muka, gosok gigi, kita biarkan sahaja air paip tu mengalir tanpa digunakan. Kadang-kadang sampai melimpah ruah pula jadinya.Jadi bila dah takde air, baru semua orang nak hargainya.

Macam yang selalu orang perkatakan, bila dah tiada, baru kita nak hargai perkara tersebut kan.

Gambar hiasan Google

P/S : Berjimat cermatlah ye gunakan air tu..:D



  

Kerja Part Time.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah pada hari ini.Entri kali ini wanie nak bercerita sedikit tentang cerita 'part time' wanie kepada anda semua..

Alhamdulillah, Allah beri wanie rezeki untuk mencari duit lebih menampung perbelanjaan sendiri..Kerja 'part time' tak susah pun, cuma datang bila kita free, dan tiada kelas. Dalam membuat kerja 'part time' ni, wanie takdelah mengharapkan duit yang banyak, cuma ada sikit-sikit 'income' masuk pun jadilah, untuk simpanan kalau ada apa-apa yang perlu dibayar.

Baiklah, wanie buat 'part time' ni dalam UKM je..dekat je dengan kolej, boleh pergi jalan kaki je kat tempat buat 'part time' tu..Tempat tersebut ialah di teres eko niaga di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tempat tersebut merupakan tempat niaga bagi mana-mana pihak atau pelajar yang hendak berniaga. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang, wanie pun kerjalah di kiosk yang menjual 'ice blended', 'wafer', jagung manis dan minuman serta kerepek. Simple je kan..buat mengisi masa lapang dan dalam masa yang sama dapat juga 'income' walaupun tak banyak mana. 

Alahmdulillah..terima kasih kepada Kak Husna sebab bagi peluang wanie bekerja di kiosk miliknya..Kak Husna merupakan pelajar fakulti tersebut dan bakal bergraduate pada bulan 10 ini. Beliau telah mengusahakan kiosk tersebut yang dinamakan 'Junior Blog' sejak berada di tahun 2..bagus kan..

Pagi tadi dah kerja dah..masih rasa janggal sedikit nak buat ice blended dan wafer tu..hihi..takpelah, belajar cari pengalaman..:)

Wednesday, October 2, 2013

Seronok berblogging..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri pada hari ini..alhamdulillah..

Sejak berblogging ni, wanie sangat-sangat rasakan perbezaan..bukan perbezaan dari segi apa la, cuma wanie rasa dunia berblogging ni lebih seronok dan best dari lain-lain laman sosial yang wanie ada...tak banyak pun, cuma ini yang ada, selain facebook, skype, emel dan lain-lain lagi..sebab apa ye, sebab wanie dapat rasakan ukhuwah yang terjalin dalam berblogging ni lebih erat walaupun di alam maya...seronok rasanya bila dapat berkongsi cerita, pendapat, dan bertambah kenalan dari pelbagai negeri, status, dan peringkat umur.

Pada mulanya, wanie tak pernah terfikir yang dunia berblogging ni sebegini indahnya, tak pernah terfikir yang blog ini akan ada follower dan pembaca..alhamdulillah,walaupun tak ramai, tapi ada juga yang sudi singgah, baca, komen dan jadi follower blog ini..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.Wanie sangat-sangat terharu dan gembira..

Antara sahabat blogger yang rajin singgah sini adalah seperti Kak Aiza, Fais, Kak Mieza, Pha is, aku penghibur, dan ada beberapa yang lain..walaupun mereka merupakan blogger yang glamor, dan ramai follower, tapi sudi juga singgah ke blog ini..terima kasih kepada semua.

Sebenarnya, wanie mula-mula rasa excited nak tahu dunia blogging ialah selepas wanie join segmen Fizi Zaidi dengan blogger ohsem tu..kalau tak silap,tu segmen pertama yang wanie join, dan dari situlah kak Aiza, Cik Akak, dan yang lain-lain mula mengikuti blog ini..kalau tak dari situ entah-entah sampai sekarang blog ni masih belum ada follower..hihi..

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi singgah ke blog ini..Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya...kepada yang wanie tak mention kan nama tu, anda juga special ye...semua yang pernah singgah sini, anda semua sangat istimewa pada wanie...

P/S : Kalau wanie belum blogwalking blog kalian, maaf ye, bukan sombong, cuma kekangan masa..insyaAllah, wanie akan terjah semua blog yang pernah singgah di sini..insyaAllah..:) 




Sunday, September 29, 2013

Kerana Sebuah Buku..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri walaupun dalam keadaan agak sibuk..

Lamanya saya tak updates entri kan..sampai ada blogger yang tegur..hehe..memang agak sibuk pun sejak akhir-akhir ini memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan..Harap-harap wanie tak dilupai la dalam dunia berblogging nie..hehe

Baiklah, berbalik pada tajuk entri hari ini, sebenarnya, ini adalah antara perkara yang wanie selesaikan dalam dua tiga hari lepas..tapi baru hari ini sempat untuk menulis entri tentangnya..Sebenarnya apa kaitan buku dalam hal ini kan?baiklah,ceritanya bermula begini...

Pada akhir sem 1, wanie telah tanpa disedari menghilangkan buku di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM..Wanie dah cuba sedaya upaya untuk mencari buku tersebut di merata tempat, tapi tidak dijumpai..Biasalah bila buku tu dah saling bertukar tangan...

Akhirnya, wanie redha untuk membayar denda kehilangan buku tersebut..sedikit bernasib baik sebab dah buat aduan di perpustakaan jadi bayaran denda kerana lewat memulangkan buku tersebut tidaklah terlau banyak..

Nak tahu berapa yang wanie kena bayar?

Harga buku = RM292
Denda sebab hilangkan buku / wang proses = RM50
Denda lambat pulang / buat aduan kehilangan = RM9

Jadi, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM351..

Kalau ikutkan hati, sayang sangat duit tu..Yelah, tu duit belanja wanie makan sebulan kot..huuhu..tapi tidak mengapa lah, dah lama wanie bersedia untuk membayarnya dan wanie juga telah buat kerja part time masa cuti sem untuk dapat duit bayar denda ni..Nak minta duit mak ayah memang tak lah, sendiri buat sendiri tanggung...Pengajaran untuk tidak lalai lagi..:)

P/S : Kalau tak bayar denda ni, tak boleh nak konvo..


Friday, September 27, 2013

Segmen Bloglist Izzri Idris

Assalamualaikum..
Jom ramai-ramai join segmen ni...
Support Bloggers..

Macam biasa, KLIK BANNER untuk join...

Tuesday, September 24, 2013

Kenapa perlu memandang rendah padanya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk hidup di muka bumi milik Allah s.w.t ini...
Alhamdulillah...
Bagaimana dengan kehidupan kalian semua hari ini?
Semoga semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dalam redha-Nya...
InsyaAllah...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri Wanie di atas, kenapa kita perlu memandang rendah padanya..Wanie terpanggil untuk menyatakan pendapat dan fikiran Wanie tentang perkara ini kerana ada sesetengah dari kita yang sememangnya memandang rendah..Memandang rendah kepada siapa yang Wanie maksudkan ini? Mereka ialah golongan bawahan, atau mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pembuat jalan, tukang angkat najis dan sebagainya..(Maaf ye, Wanie tidak bermaksud untuk memandang rendah golongan ini..tidak sama sekali..)

Di tempat-tempat awam, Wanie sering perhatikan, terdapat segelintir manusia yang memandang golongan ini dengan pandangan sinis, ada yang dimarahi tidak semena-mena, dan sebagainya..Tersentuh hati Wanie melihatnya..

Kenapa ya, mereka dilayan sebegitu?dipandang rendah dan sebagainya?Wanie sering terfikir, kenapa mesti memandang rendah kepada mereka, sedangkan mereka melakukan pekerjaan yang mulia..Iyalah, cuba kita bayangkan jika tiada tukang cuci, tiada tukang ambil sampah-sarap yang kita sendiri buang, tiadanya mereka yang melakunya kerja mulia ini..bagaimana kehidupan kita?

Sepatutnya kita bersyukur, kita mendapat pekerjaan yang lebih elok dari mereka, dan mungkin kehidupan kita juga lebih selesa berbanding mereka..

Seharusnya kita berterima kasih kepada mereka, kerana sanggup melakukan pekerjaan untuk keselesaan bersama..

P/S: Wanie sedang berusaha sedaya upaya untuk menggunakan bahasa dengan baik..jika terdapat kekurangan di mana-mana, Wanie mohon maaf sangat-sangat..Masih terlau banyak yang perlu dipelajari...


Monday, September 23, 2013

SEGMEN BLOGLIST DJH OKTOBER

Assalamualaikum...
Jom kita sama-sama join segmen nie...


KLIK BANNER UNTUK JOIN 

Sunday, September 22, 2013

Entri Tiada Tajuk

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih berkesempatan menulis entri walaupaun dalam keadaan yang sudah agak sibuk..
Maklumlah tahun akhir ni banyak perkara yang perlu diselesaikan..
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
InsyaAllah...

Rindu rasanya dekat semua sahabat bloggers..
Rasa dah lama sangat tak tengok blog dan berblogwalking..
Maaf ye, sibuk sikit..
Semoga semua sahabat sihat dan berada dalam rahmatnya..
InsyaAllah..

P/S : Malam ni baru ada masa sedikit nak berblogwalking setelah seharian berada di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan ketua kampung bagi membincangkan beberapa perkara.

Friday, September 20, 2013

Hampir-hampir disaman!!

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah..
Lama sangat rasanya tak berblogwalking...
Dah mula sibuk dengan latihan ilmiah, kerja lapangan, dan sebagainya...
Tidak mengapa, itu lumrah seorang pelajar...
Tapi, blogging tetap juga bila ada kesempatan insyaAllah...

Sebelum itu nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang baru dapat CPUV yang terbaru..hihi..
Kalau tak silap Wanie, sis Yumida, Amyma Omar, Cik akak, Nad, dapat CPUV yang terbaru kan??
Tahniah ye...rezeki bagi yang kuat berusaha...
InsyaAllah, Wanie pun harap dapat suatu hari nanti...
P/S: Rajin-rajinlah lawat blog ni ye..hihi..

Baiklah, berbalik pada tajuk entri ni..
Nak dijadikan cerita, tadi masa balik dari makan malam, wanie yang bawa motor, kawan duduk di belakang..
Tiba-tiba dalam perjalanan nak sampai UKM, ada road block pulak..
Waduhh..kalut la wanie..
Nak tahu pasaipa?
Sebab Wanie cuma ada L je..huhu..
belum sempat nak test JPJ lagi...

Dah tu Wanie tak tahu nak buat apa...
kawan cakap terus je, buat muka tak bersalah..
Tapi Wanie tak berani...
Boleh pula Wanie turun motor, tukar semula dengan kawan supaya dia yang bawa...
Alhamdulillah..nasib baik polis tu tak nampak, dan kami selamat tanpa disaman...

Fuhh..takut..takut lesen kena gantung dan sebagainya...


Tuesday, September 17, 2013

Terharu Dengan Blogger Ni..

Assalamualaikum...
Hari ini agak lewat Wanie updates entri..
Mungkin disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

Berbalik pada tajuk entri kali ni..
Psst..Wanie terharu dengan siapa sebenarnye ye?
Baiklah, sebenarnya Wanie terharu sangat dengan dua orang blogger ni iaitu BLOGGER INI
dan BLOGGER INI..
Mereka berdua ialah kak Aiza dan Amyma Omar..
Nak tahu kenapa?
Sebabnya Wanie tengok mereka telah mejadikan Wanie salah seorang dari senarai bloglist mereka..

Wahh..siapa tak gembira dan terharu kan?
Sebabnya, Wanie tak pernah terfikir sampai macam ni..
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada kalian kerana menerima Wanie dalam dunia blogging ni..
Untuk itu, setiap hari Wanie takkan pernah miss lawat blog kalian...

Terima kasih ye...
Semoga ukhuwah kita berkekalan selamanya..:)

Monday, September 16, 2013

" T-SHIRT I LOVE BLOGGING GIVEAWAY!"



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Jangan pernah mempersoalkan takdir Allah...

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia diucapkan kepada seluruh warga Malaysia terutamanya sahabat yang membaca entri ni..Semoga kita terus mengecapi keamanan dan kedaulatan selamanya...Alhamdulillah, masih diberikan ruang masa dan waktu untuk terus hidup dan bernafas di muka bumi ni..

Kesibukan yang melanda sejak ahir-akhir ini membuatkan wanie tidak dapat menghadap blog terutamanya mengupdates entri baru..Alhamdulillah, hari ini diberikan masa untuk itu...Baiklah, berbalik pada tajuk entri Wanie kali ini, jangan pernah mempersoalkan takdir Allah..ye, jangan pernah mempersoalkannya...Hal ini kerana, wanie rasa, kita mungkin tidak pernah terlepas dari mempersoalkannnya...

Sebagai contoh.."Kenapa mesti aku, kenapa mesti aku yang terima nasib seburuk nie?"...dan sebagainya...

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang dijadikan dan ditakdirkan oleh Allah, ada sebabnya tersendiri... dan Allah tidak akan pernah menguji kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung...

Jadi, jika kita sedang diuji, atau ditakdirkan perkara yang tidak pernah kita minta, maka percayalah bahawa kita mampu menanggungnya dan Allah sedang menguji kita...paling kurang Dia ingin kita lebih dekat dengan-Nya.. 

Gambar hiasan dari Google


Saturday, September 14, 2013

TAK DAPAT BALIK RUMAH...

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan-kawan semua?
Harini wanie rasa rajin sikit nak updates blog untuk berkongsi cerita lagi dengan kawan-kawan semua..
Sepatutnya sekarang ni wanie dah ada kat rumah dah..balik,sebab sampai isnin tiada kelas..
Tapi, awal-awal lag wanie dah dimaklumkan bahawa tiket ke Selatan dah habis...
Takpelah, berkorban lah tak dapat balik..insyaAllah, kalau ada masa minggu depan boleh lah balik..
Bukan apa, wanie bukannya rushing sangat nak balik minggu ni, tapi memandangkan minggu depan dah sibuk dengan macam-macam terutamanya ada kelas sispa setiap hari sabtu..
Tu yang kalau boleh nak balik minggu nie...
Tapi takpelah kan, dah takde rezeki nak balik..
Jadi, wanie ada lebih masa lah nak berblogwalking ke blog korunk..
Bagi mana-mana yang dah follow, tapi wanie tak follow korunk lagi, nanti wanie terjah dan follow sana ye..maaf lambat...
Tapi insyaAllah, hari ini juga wanie akan setelkan semua tu..hihi..



Friday, September 13, 2013

SEGMEN 1ST MAMA

Assalamualaikum..
jom kita ramai-ramai join segmen mama ni..
Mama adalah antara salah seorang blogger yang sangat peramah..
Jadi, wajib join segmen 1st mama nie sebagai tanda sokongan...
Wanie support mama..:D

KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN MAMA NI OKEY...

Thursday, September 12, 2013

SEGMEN SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum..
jom sama-sama kita meramaikan join segmen simple dan mudah nie...


KLIK BANNER UNTUK JOIN
JOM JOIN RAMAI-RAMAI YE..

Wednesday, September 11, 2013

APA ITU ISTIDRAJ ? ?

Assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca sekalin...
Apa khabar hari ni?Semoga semua berada dalam lindungan-Nya...
InsyaAllah..

Berkenaan dengan tajuk entri Wanie pada hari ini, mengenai apa itu istidraj..
Sebenarnya wanie pun baru tahu tentang ni dan ingin berkongsi mengenainya dengan sahabat blogger sekalian...

Baiklah..
APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ NI?

        Menurut HR Ahmad dan Thabrani, dalam kitab Syu'ab, istidraj bermaksud pemberian Allah S.W.T kepada hambanya atas apa yang diingininya di dunia agar bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Setiap hari dia akan semakin jauh dari Allah S.W.T.

        Ia merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi tanda kebencian Allah.

        Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk kedalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. 

MasyaAllah..sebenarnya perkara ni dah lama dah wanie tertanya-tanya..masa zaman sekolah dulu, pernah terfikir, kenapa sesorang tu diberikan kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, sedangkan dia sering mengutuk-ngutuk cikgu, dan sebagainya..bukan nak mengata orang..tapi diri ini sendiri sedar tentang nikmat yang Allah beri sedangkan kadang-kadang kita terlupa dan alpa..

Astagfirullah...takut..adalah aku tergolong dalam istidraj ini?

MasyaAllah...semoga dijauhkan...semoga diri ini lebih dekat dengan maha Pencipta...


SEGMEN PERTAMA CHE YAM

Assalamualaikum..jom join segmen pertama cik Yam ni...

KLIK BANNER UNTUK JOIN..

Monday, September 9, 2013

Bersyukurlah Sayang..

Assalamualaikum...
Hari ni bermula lah semester baru bagi tahun akhir pengajian ni...
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan..

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni,
Bersyukurlah sayang...
Kadang-kadang kita lupa apa yang kita ada bila lihat orang yang lebih bernasib baik dari kita...
Cuba lihat orang lain yang lebih susah hidupnya..
Mungkin kita akan lebih bersyukur...

Kadang-kadang kita cemburu lihat orang lain yang lebih cantik atau hensem paras rupanya...
Tapi kita lupa untuk bersyukur bahawa kita dilahirkan dengan cukup sifatnya...
Ada lagi yang kurang bernasib baik..
Yang memerlukan bantuan orang lain untuk hidup dengan selesa...
malah untuk membuat aktiviti hariannya...

Kadang-kadang kita terlupa...
untuk mensyukuri apa yang kita ada...
Bila melihat insan yang lebih bernasib baik dari kita...

Bersyukurlah sayang...
kita adalah sebaik-baik kejadian...
dan setiap yang telah ditentukan adalah yang terbaik untuk kita...
Percayalah pada hikmah Allah..

BERSYUKURLAH SAYANG...

Gambar dari Google..


Saturday, September 7, 2013

SEGMEN SABTU BY EMAS PUTIH & DEDEQ

Assalamualaikum...
Jom join segmen lagi..:D


DIGI
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Friday, September 6, 2013

SAYA SISPA...APA TU SISPA?

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan..sihat semua?
Alhamdulillah, semoga semua dalah redha-Nya...

Berkenaan dengan tajuk entri ni..saya SISPA..apa tu SISPA...sebenarnya SISPA ni Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam..kira macam badan beruniform lah masa zaman sekolah-sekolah dulu..Selain SISPA ni, biasanya kat IPTA ada PALAPES (askar) dan SUKSIS (polis)...

Jom tengok aktiviti yang Wanie sertai dalam SISPA...

Ini saya..



Berdebar juga masa nak buat latihan ni..


Pertandingan kawad kaki..


Yang ini untuk persembahan tarian perang..hehe

Ini antaranyalah...Ok, lain kali wanie updates lagi..





Thursday, September 5, 2013

" SEGMEN AYU : UPSR OH UPSR

Assalamualaikum...

Jom kita join segmen lagi..
Kali nie kita support segmen Cikgu Ayu pula...
JOM!!


JAWAPAN UNTUK SOALAN SEGMEN NI :

Tahun UPSR : 2003
Keputusan : 5A (nasib je masa tu kot..hihi)
Subjek Paling suka : Matematik 

Jom join segmen nie sambil mengimbas kenangan lama..

JOM KONGSI CERITA ! ! !

Assalamualaikum...
Hai sahabat bloggers sekalian...

Nak kongsi-kongsi cerita...
Perkara pertama yang kamu semua buat bila bangun tidur apa ye?hehe
Saje nak tahu..sebab dulu masa wanie ada dengar tazkirah, dia cakap bangun tidur selain bersyukur kita bagus untuk sikat rambut..sebab elakkan keserabutan...
Wanie dah cuba, apa kata korunk cuba pula..hihi..

Tapi sebelum tu nak tanya sikit, apa yang kamu semua buat bila buka mata je?
tengok handphone?
tengok jam?


Image dari Google

SEMUA ORANG MUNGKN PERNAH TERLIBAT DENGAN INI..

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat blogger...
Hari ni wanie ada sedikit info nak share dengan rakan-rakan blogger yang mungkin kita semua pernah melakukannya sama ada secara sengaja atau tidak..

Baiklah..straight to the point la kan..yelah, sebagai salah seorang pelajar Linguistik, rasanya tak salah kalau wanie nak berkongsi sedikit pelajaran kepada rakan-rakan blogger tersayang..ececeh!!
Ok, apa yang wanie nak bagitahu di sini ialah berkaitan dengan Penukaran Kod, atau Code Switching..
                                                        Apa dia penukaran kod ni??

Ok, sebenarnya penukaran kod ni secara ringkasnya dapat wanie terangkan sebagai pencampuran dua atau lebih bahasa dalam satu-satu pertuturan...Secara mudahnya, kalau kita cakap Bahasa Melayu, tapi dalam tu kita ada selit-seitkan sedikit Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa.. dalam entri ni pun ada dah contoh penukaran kod tu...hiihi

Contoh-contoh penukaran kod tersebut seperti :

1). Straight to the point la kan...
2). ok, nanti aku try follow kau..
3). Tunggulah, aku on the way nak pergi rumah kau lah ni..

Berdasarkan contaoh atas tu, yang wanie italickan tu BI manakala yang tak tu BM.. Jadi kita nampkalah kan percampuran antara dua kod yang berbeza tu..

p/s: Kawan-kawan, saya minta maaf kalau bahasa saya sendiri tak berapa betul dalam penulisan blog ni..yelah, kalau wanie tulis betul-betul ikut tatabahasa, nak baca pun jadi terlalu skema dan boring kan?So, kita-kita faham sendiri lah kan...

Lastly, thanks sebab sudi baca entri nie... 

BICARA CINTA- (PART 1)


CINTA OH CINTA...
Assalamualaikum...
Hai sahabat bloggers...sihat semua?
Semoga semua berada dalam rahmat Allah sentiasa...

Bila kita bercerita tentang cinta, sudah tentu semua orang cukup familiar dengan perkataan ni..biarpun umur baru setahun jagung namun perkataan ini seperti sudah biasa bagi kebanyakkan orang...Sebenarnya..apa maksud dan erti cinta yang sebenarnya?bila dikatakan tentang cinta, semua orang ada fahaman masing-masing tentang cinta, kan?

Baiklah, memandangkan tajuk entri ni ada part 1, maka entri bicara cinta dalam blog wanie nie akan ada banyak part la k..dan semuanya bercerita tentang cinta..perkongsian pendapat tentang cinta sebab bagi wanie perkara ini cukup familiar buat kita...mungkin ada yang belum pernah bercinta, namun perasaan menyintai atau menyukai seseorang itu pasti ada..

Sebagai manusia biasa, kita semua dianugerahkan perasaan cinta..cuma terpulang pada kita untuk mengawalnya..

Jom kongsikan makna cinta pada pendapat kalian semua!!


Wednesday, September 4, 2013

SEPTEMBER GIVEAWAY BY KASIHLESTARIABADI...

Assalamualaikum...
Jom sama-sama kita memeriahkan segmen ni..
Hadiah menarik..!!


KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN YANG OHSEM NIE..

" SEGMEN BLOGLIST ASWAN AZMY "

Assalamualaikum..

Jom sama-sama kita meramaikan segmen nie..


 " KLIK BANNER UNTUK JOIN "

" SEGMEN SANTAI SEPTEMBER BY CIK AKAK "

Assalamualaikum...

Hai sahabat blogger...
Jom join segmen cik akak yang ohsem nie...


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN OK..

Rasa-rasanya, selain warna purple, cik akak mungkin suka juga warna PUTIH...hee

Ok, selamat bersegmen!!

Saturday, August 31, 2013

CANTIK PULAK..HEE

ASSALAMUALAIKUM...

Cantik pula gambar google nie...

Semangat kemerdekaan..hihi

Friday, August 30, 2013

Salam kemerdekaan ANAK MERDEKA!!

Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan kepada semua sahabat bloggers...
Jika ditanya apa yang negara telah berikan kepada kita, sudah tentulah tak terkira banyaknya..
Kedamaian yang dikecapi sekarang pun sangat-sangat ternilai..
Jadi...
Tanyalah pada diri, apa yang telah kita sumbangkan kepada negara..
Semoga kita menjadi anak Malaysia yang berjaya dan berjasa...


SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA..




SEGMEN : ROUND BLOGLIST BY AFIFAH


Assalamualaikum..

Jom rapatkan ukhuwah dengan bersegmen lagi..
                           

                               

SEGMEN JOM BERSAHABAT ! PART 1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


okeyhh , malam ni tira nak melancarkan segmen ni . tujuan nye adalah untuk menyenangkan tira , termasuklah kawan2 blogger lain untuk blogwalking and tambah2 sabahat ! senang je . tak susah pon kannn ? hehe . 

Syarat2 :
1. Follow lah blog tira yang simple nih . 
2. Kalau nak senang , copy paste je oke link yang sedia ada dibawah .
3. Like fanpage tira dan Page ni .

4. Hantarkan link segmen kat kotak komen.
5. DONE !

langsung selam 3hari . sampai 30hb ! jam 12.00 malam . walau pun macam lebih 36 jam , takpeee . bgi chance korang join . okehh !

SEPTEMBER GIVEAWAY BY WWW. CIK YAYA.MY


klik banner untuk join

SEGMEN SHORT GIVEAWAY # PART 2

Assalamualaikum...

Jom join segmen ni....


KLIK BANNER UNTUK JOIN...

SELAMAT BERSEGMEN!!

Thursday, August 29, 2013

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MENERIMA...

Assalamualaikum...

Hai bloggers yang sudi baca entri nie, sihat semua? semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat..InsyaAllah..

Terlebih dahulu wanie nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada senarai 20 bloggers terawal yang sudi follow blog yang tak seberapa ni..InsyaAllah, ukhuwah akan sentiasa terjalin antara kita..

Angka itu tak penting..yang pentingnya apa yang kita kongsikan bersama..bertukar pendapat dan sebagainya...

Terima kasih, kepada anda yang sudi menerima, insan baru seperti saya..




PENGORBANAN AYAH...

Assalamualaikum...
Ayah, adalah antara manusia yang paling banyak berkorban selain ibu...Tak semua bapa pandai tunjukkan kasih sayang, tapi yang pastinya semua bapa sangat sayang kat anak-anaknya..Cuma sesetengah daripadanya kurang pandai nak tunjukkan kasih sayang tersebut..

Bercerita tentang pengorbanan ayah, saya teringat masa darjah 6, ayah kemalangan naik motosikal semasa pulang dari tempat kerja..Ya Allah..sangat sedih..tak nak ayah sakit-sakit..belum mampu nak hadapi dugaan seberat tu..Alhamdulillah, ayah cedera tak teruk, tapi sangat terkesan dalam jiwa saya.

Menyedari ayah sakit, kemalangan disebabkan nak cari rezeki menampung keluarga, saya nekad belajar sungguh-sungguh supaya 1 hari nanti dapat balas jasa ayah..Alhamdulillah, sehingga sekarang ayah masih sihat dan perjalanan sepanjang belajar sehingga di UKM ini dipermudahkan..Bila rasa malas nak study, saya akan ingat pengorbanan ayah..dan ini menguatkan semangat saya untuk terus berjaya..

Semoga 1 hari nanti saya dapat membalas jasa ayah...



Wednesday, August 28, 2013

SAHABAT...

Assalamualaikum...
Hai readers...

Kawan atau sahabat...Mungkin semua orang ada ramai kawan tapi tak semua ada ramai sahabat..ada yang takde sahabat pun..Yang ada ramai sahabat, anda sangat-sangat bertuah...

" SAHABAT SEJATI, SUKAR DICARI "

Sabahat, sentiasa ada masa kita susah dan senang, dan sanggup menerima diri kita seadanya...


Semoga ikatan persahabatan yang dibina akan kekal hingga ke syurga..

TERIMA KASIH SAHABAT..

SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA..:D

EH, APA ATAS KEPALA TU??

Assalamualaikum...
Hai bloggers...
Petang semalam wanie dan kawan singgah pergi pasar balik dari kerja..
Masa jalan-jalan kat pasar tu,semua orang pandang wanie macam pelik je..
hmm..apa yang tak kena ye sebenarnye...
tudung tak betul ke?ada conteng kat muka ke?
hmm..lastly apa korunk nak tahu?
Rupa-rupanya wanie jalan kat pasar tu dengan pakai topi keledar!!
haha..maluu..kelakar sangat..
kawan kat sebelah ni boleh buat tak tahu pulak..haha
maluu....
Kalau lelaki takdelah nampak pelik sangat kot..
tapi saya perempuan, bertudung dan bertopi keledar jalan-jalan kat pasar..
haha!!
Kalau ada cangkerang dah lama masukkan kepala dalam cangkerang..
haha!!!

Ok guys....jangan malukan diri sendiri macam saya ok!! 

SEGMEN SEMUDAH 1, 2, 3 BY CIK NIEDA

Assalamualaikum...


Jom sama-sama memeriahkan segmen cik Nieda..
SEMUDAH 1, 2, 3..HEE

SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA BERSAMA AYUINSYIRAH


Assalamualaikum...

Jom kita sama-sama memeriahkan segmen nie..


                                                            
                            NEGERI KELAHIRAN SAYA SEMESTINYA NEGERI JOHOR TERCINTA.....HEHE

KLIK BANNER UNTUK JOIN..

Tuesday, August 27, 2013

" JEJAK 500 FOLLOWERS "


Assalamualaikum...

Jom kita bersegmen lagi...


         
                                               
                                               Nak join?klik banner tu..JOMLA..hihi

NUFFNANG OHH NUFFNANG...

Assalamualaikum..
Hai bloggers...
Can you help me?
Saya confius (ermm..tak tahu sebenarnya, HIHI)
 Camne ye nak letak iklan Nuffnang yang Large Rectangle...
Anyones?

Meh nak pantun sikit pagi-pagi ni...

"Saya budak baru belajar...
Banyak lagi yang tak tahu dan nak minta tunjuk ajar..."

hehe...

Lastly..thanks for your guides dear..


Monday, August 26, 2013

SEGMEN GIVEAWAY FIZIZAIDI WITH BLOGGER AWESOME

Assalamualaikum


Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

   Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &amp; PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR &amp; BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013

<div style="text-align: center;">
Assalamualaikum<br />
<br />
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://3.bp.blogspot.com/-HiBLZrdecN0/UhcZuiz1VzI/AAAAAAAABQc/-Z_HBe0MB_o/s1600/banner+GA.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="205" src="http://3.bp.blogspot.com/-HiBLZrdecN0/UhcZuiz1VzI/AAAAAAAABQc/-Z_HBe0MB_o/s400/banner+GA.jpg" width="400" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
</div>
<div style="text-align: center;">
<div style="text-align: justify;">
Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O&lt; jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi&nbsp;<b>tak kenal maka tak cinta</b>.</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi <b>4 katagori</b> hadiah iaitu 3 helai <b>Jersey</b> dengan tempekkan nama korang pada Jersey..<i><span style="font-size: x-small;">tempek pun bolee</span></i>, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang&nbsp;<b>Top-up</b> untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di <b>review</b> oleh <a href="http://www.akupenghibur.com/"><b>BLOG AKU PENGHIBUR</b></a> tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? <i>rugi woo tak join</i></div>
<div style="text-align: justify;">
<i><br /></i></div>
</div>
<div style="text-align: center;">
<div style="text-align: left;">
<b style="text-align: justify;"><span style="font-family: inherit;">&nbsp; &nbsp;Hanya 5 langkah mudah diperlukan :</span></b></div>
</div>
<ol>
<li style="text-align: justify;"><b style="font-family: inherit;">Follow</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;blog&nbsp;<a href="http://kakikerja.blogspot.com/"><b>FIZIZAIDI KARYAKU</b></a>, <a href="http://www.akupenghibur.com/"><b>AKU PENGHIBUR</b></a>, <a href="http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/"><b>BLOG MADAH CINTA</b></a> &amp;amp;</span>&nbsp;<a href="http://pheonixcharlotte.blogspot.com/"><b>PHEONIXCHARLOTTE</b></a>&nbsp;&nbsp;<b style="font-family: inherit;">Add To Circle</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;</span>Google+ <a href="https://plus.google.com/115757092709405062447/posts"><b>FIZIZAIDI</b></a>,<a href="https://plus.google.com/100362316548135463906/posts"> <b>AKU PENGHIBUR</b></a> &amp;amp;&nbsp;<a href="https://plus.google.com/114334387395979990102/posts"><b>BLOG MADAH CINTA</b></a>.</li>
<li style="text-align: justify;"><b style="font-family: inherit;">klik iklan &gt;&nbsp;</b><a
style="font-family: inherit;"></a><span style="font-family: inherit;"> </span><a
style="font-family: inherit;"></a><span style="font-family: inherit;">&nbsp;</span><a
style="font-family: inherit;"></a><span style="font-family: inherit;"> </span><a href="
 style="font-family: inherit;"></a><span style="font-family: inherit;">&nbsp;T</span><b style="font-family: inherit;">ermasuk</b><span style="font-family: inherit;"> iklan nuffnang pada blog </span><a href="http://heonixcharlotte.blogspot.com/" style="font-family: inherit;"><b>PHEONIXCHARLOTTE</b></a><span style="font-family: inherit;">&nbsp;</span><span style="font-family: inherit; font-size: x-small;">tunggu sampai habis loding ye kekawan.</span></li>
<li style="text-align: justify;"><span style="font-family: inherit;">Buat entri bertajuk "</span><b>Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"</b></li>
<li style="text-align: justify;"><b style="font-family: inherit;">Copy coding</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;yang telah disediakan dan paste kan ke dalam&nbsp;</span><b style="font-family: inherit;">ruangan HTML</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;dan&nbsp;</span><b style="font-family: inherit;">Publish</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;entri.</span></li>
<li style="text-align: justify;"><b style="font-family: inherit;">Tinggalkan URL entri</b><span style="font-family: inherit;">&nbsp;anda ke dalam ruangan komen entri&nbsp;ini.</span></li>
</ol>
<div style="text-align: center;">
<div style="text-align: center;">
<b>Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013</b></div>

Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^</div>
<b><br /></b></div>


Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^

OWH!!.WHY VERY BUSY TODAY??

Assalamualaikum...
Hye bloggers...
Biasalah..hari isnin...hari kesukaan ramai orang..hahah...
ok..stop mengomellah wanie!!
ok2...harini iolss busy nyer!!
kenapa ye?
ok..kat tempat kerja iolss yang tinggal seminggu tu minggu ni ada banyak kursus...
Jadi ramaila datang unit i untuk amek kunci penginapan..
heys guys!! i baru sangat kat tempat tu..banyak sangat yang i tak tahu..
pening kepala i nak buat kerja...huhuk...
masa tu pulak i sorang ke kat ofis..
huwarghh!!apa i nak buat?
hmm..mengomel lagi..ok2...
i pun kol la penyelia asrama..kesian dia tengah ambil anak dia kat sekolah..
tapi itu sahaja y i boleh buat...
kalau tak memang menunggu dan tertunggu-tunggu lah pegawai-pegawai tu kat unit i...kasihan...
kasihan mereka, kasihan saya, kasihan juga kat encik penyelia..
apapun i dah cuba layan semua dengan baik...

ok...all about EXPERIENCE...

Ntah pape yang i taip nie...tak kiralah..i nak updates juga..


Gmbar hiasan dari Pok Google...haishh

"SEGMEN FOLLOW APRIL HINGGA DISEMBER 2013 BY CIK AKaK OMEI"

Assalamualaikum....
Jom bersegmen!!


JOM JOIN SEGMEN AKK NIE...:D



PENCARIAN BLOGLIST SEMPENA KEMERDEKAAN BY MRS MAHADI..

Assalamualaikum...
Jom join segmen!!
                                       
                                                  
                                           NAK JOIN?KLIK BANNER OK...JOMLA...JOMLA...

Semester Breaks Experience (Part 2)

Assalamualaikum..
Hye alls...lama betul cuti semester kalau nak naik tahun nie kan...Jadinya, banyak la kenangan pahit manis yang didapati sepanjang cuti semester nie...Baiklah, entri kali ni aku nak bercerita tentang kenangan cuti semester aku kali nie...hari tu aku dah dok bercerita tentang kenangan aku nak pergi interview tu kan, KLIK SINI, dan hari ni aku nak bercerita kenangan masa aku dah bekerja kat tempat tu pula ye ~

Baiklah, sebenarnya banyak yang aku dah pelajari sepanjang aku kerja ni...Memandangkan kat office yang aku kerja tu kebanyakkanya semua mak cik-mak cik dan telah berkahwin, maka banyak lah yang aku pelajari tentang kehidupan ni..banyak jugaklah yang mereka dah nasihatkan kat aku..hehe...

Mungkin uolss sendiri dah ada banyak sangat pengalaman kan, aku cuma nak share sedikit pengalaman yang aku dapati lah.. bila dah kerja, campur dengan ramai-ramai orang ni, kita sebenarnya kena pandai bawa diri, kena pandai sesuaikan diri dengan sekeliling...senang cerita kena pandai membawa diri lah..Mula-mulanya aku rasa macam nak resign je lepas hari pertama masuk kerja tu..Masa rehat, aku jumpa kawan aku, aku nangis-nangis cakap esok aku tak nak kerja dah..haha..giler kememeh aku ni kan...yelah..i tak biasa taw nak bercampur dan borak-borak ngan mak cik tu semua..i CAN'T!!...Bila aku nak dok borak, aku tak tahu nak borak tentang apa sebab iolss kan lain generasi...bila tak bercampur nanti dikata sombong pula..fuhh...memang dugaan...senang cerita hari pertama kerja memang semua serba tak kena...duduk saje tak kena, nak campur berborak tak kena, semua tak kena lah...

Tapi bila dah balik kerja, aku fikir-fikir semula, mana ada benda senang beb...kalau aku ni tak boleh nak susah sikit, semua benda nak dalam keadaan selesa, sampai bila la nak senang..heii..ingat nanti nak kerja tak kena campur orang ke??ishh3...Maka dengan semangat dalam diri yang tinggi, aku pun teruskanlah sebab nak cari pengalaman...Bila dah lama-lama, tak sangka semua akak-aka dan mak cik-mak cik kat sana sangat-sangalah sporting..banyak bagi tunjuk ajar,nasihat dan sebagainya...thanks semua...

Pesanan aku, yang paling penting bila kita pergi tempat baru ialah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang sekeliling..insyaAllah..semuanya akan ok...

Ok,jumpa next entri!!...Nanti ada cerita lagi ok...hee

Selamat malam..esok i na kerja lagi..untuk minggu yang terakhir..sedih!!..cepat sangat masa berlalu...