Thursday, August 21, 2014

Majlis Makan Malam Pegawai Tauliah



Assalamualaikum 

Majlis makan malam yang diadakan bagi meraikan pegawai bakal tauliah ini telah diadakan pada 17 Julai lalu yang bertempat di dewan Tun Abdullah Salleh. Majlis makan malam ini disertai lebih daripada 20 buah IPTA dan IPTS di seluruh negara. Wanie adalah antara salah seorang bakal pegawai yang telah ditauliahkan pada 19 Julai lepas. Walaupun masing-masing dalam kepenatan berlatih kawad untuk perbarisan majlis pentauliahan pada siang harinya, namun keceriaan pada malam tersebut tetap tergambar. Jom lihat gambar-gambar di bawah.



Wanie bersama bakal pegawai dari kontinjen UKM



Keceriaan tetap tergambar walau masing-masing penat, sakit kaki, dan sebagainya.


Semoga kenangan sepanjang majlis pentauliahan ini akan kekal abadi.