Tuesday, July 22, 2014

Kita Saling Memerlukan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya...InsyaAllah..


Sedang Wanie berblogwalking, tiba-tiba Wanie teringat perbualan dua orang staf di tempat Wanie berpraktikal..Kata dia, "Alah, siapalah saya, pemandu saje", dan yang seorang lagi menjawab.."Eh, kalau takde yang bawah, yang atas susah taw"..dan Wanie pun terfikir..Betullah..Siapalah pengurus syarikat tanpa pekerjanya, siapalah guru besar tanpa guru-guru yang lainnya, siapalah doktor pakar tanpa bantuan jururawat, siapalah pegawai tanpa kerani-keraninya..dan siapalah blogger tanpa pembaca dan pengikut setia...hehe

Jadi, dalam kehidupan ni, kita saling memerlukan..Maka, jangan ada perasaan pandang rendah terhadap orang lain. Mungkin dalam jawatan kita lebih tinggi dan dihormati, tapi di mata Allah? mungkin dia lebih tinggi dari kita?

                                                     Imej google





Yang mana anda suka??

Assalamualaikum...

Selamat bersahur semua..
Ada berapa hari je lagi ye nak raya?
Masing-masing sudah siapkan semua persiapan raya?

Eh, banyaknya soalan..hihi..

Baiklah, memandangkan sekarang ni masing-masing dalam mood nak beraya dah kan,
Wanie nak tanya, dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya apa yang paling anda semua suka ye?
Kalau Wanie, Wanie suka lagu Sesuci Lebaran dan Anugerah Aidilfitri, nyanyian Dato' Siti Nurhaliza..
Tapi tak lupa juga dengan lagu-lagu lama-lama yang sememangnya memberikan mood aura raya..

Anda pula bagaimana??



                                        *Terima kasih sudi baca entri ni...