Friday, October 4, 2013

Air oh Air..

Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Sebelum membaca entri ni marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur dan selawat ke atas nabi Muhammad..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah hendaknya..InsyaAllah..

Tajuk entri wanie kali ini ialah berkenaan dengan masalah air.Macam biasalah kami pelajar di sini setiap sem akan menghadapai masalah ini..Sebagai pelajar semester ke-5, dah banyak kali juga wanie hadapi.

Tujuan wanie 'updates' entri berkaitan dengan masalah ini bukanlah bertujuan untuk mengadu dan sebagainya, cuma ingin berkongsi cerita..Di sini wanie tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin perkara ini di luar bidang kuasa pihak UKM ini sendiri..Tapi tidak mengapa lah, sebab pihak UKM sendiri telah berusaha sehabis baik untuk mengatasi permasalahan ini.

Cumanya bila tiada air ni, banyak perkara yang tergendala, yang susah nak dilakukan..Macam biasalah kan, setiap rutin harian kita semuanya pagi menggunakan air bermula dengan mandi pagi dan solat subuh..semuanya menggunakan air..

Memang terasa agak susah bila ketiadaan air.Tapi setiap yang berlaku wanie fikir positif je.Yelah, bila tiada air ni lah kita lebih nak menghargainya kan.Kalau tak, nak cuci muka, gosok gigi, kita biarkan sahaja air paip tu mengalir tanpa digunakan. Kadang-kadang sampai melimpah ruah pula jadinya.Jadi bila dah takde air, baru semua orang nak hargainya.

Macam yang selalu orang perkatakan, bila dah tiada, baru kita nak hargai perkara tersebut kan.

Gambar hiasan Google

P/S : Berjimat cermatlah ye gunakan air tu..:D



  

Kerja Part Time.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah pada hari ini.Entri kali ini wanie nak bercerita sedikit tentang cerita 'part time' wanie kepada anda semua..

Alhamdulillah, Allah beri wanie rezeki untuk mencari duit lebih menampung perbelanjaan sendiri..Kerja 'part time' tak susah pun, cuma datang bila kita free, dan tiada kelas. Dalam membuat kerja 'part time' ni, wanie takdelah mengharapkan duit yang banyak, cuma ada sikit-sikit 'income' masuk pun jadilah, untuk simpanan kalau ada apa-apa yang perlu dibayar.

Baiklah, wanie buat 'part time' ni dalam UKM je..dekat je dengan kolej, boleh pergi jalan kaki je kat tempat buat 'part time' tu..Tempat tersebut ialah di teres eko niaga di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tempat tersebut merupakan tempat niaga bagi mana-mana pihak atau pelajar yang hendak berniaga. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang, wanie pun kerjalah di kiosk yang menjual 'ice blended', 'wafer', jagung manis dan minuman serta kerepek. Simple je kan..buat mengisi masa lapang dan dalam masa yang sama dapat juga 'income' walaupun tak banyak mana. 

Alahmdulillah..terima kasih kepada Kak Husna sebab bagi peluang wanie bekerja di kiosk miliknya..Kak Husna merupakan pelajar fakulti tersebut dan bakal bergraduate pada bulan 10 ini. Beliau telah mengusahakan kiosk tersebut yang dinamakan 'Junior Blog' sejak berada di tahun 2..bagus kan..

Pagi tadi dah kerja dah..masih rasa janggal sedikit nak buat ice blended dan wafer tu..hihi..takpelah, belajar cari pengalaman..:)