Friday, October 4, 2013

Air oh Air..

Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Sebelum membaca entri ni marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur dan selawat ke atas nabi Muhammad..semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah hendaknya..InsyaAllah..

Tajuk entri wanie kali ini ialah berkenaan dengan masalah air.Macam biasalah kami pelajar di sini setiap sem akan menghadapai masalah ini..Sebagai pelajar semester ke-5, dah banyak kali juga wanie hadapi.

Tujuan wanie 'updates' entri berkaitan dengan masalah ini bukanlah bertujuan untuk mengadu dan sebagainya, cuma ingin berkongsi cerita..Di sini wanie tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin perkara ini di luar bidang kuasa pihak UKM ini sendiri..Tapi tidak mengapa lah, sebab pihak UKM sendiri telah berusaha sehabis baik untuk mengatasi permasalahan ini.

Cumanya bila tiada air ni, banyak perkara yang tergendala, yang susah nak dilakukan..Macam biasalah kan, setiap rutin harian kita semuanya pagi menggunakan air bermula dengan mandi pagi dan solat subuh..semuanya menggunakan air..

Memang terasa agak susah bila ketiadaan air.Tapi setiap yang berlaku wanie fikir positif je.Yelah, bila tiada air ni lah kita lebih nak menghargainya kan.Kalau tak, nak cuci muka, gosok gigi, kita biarkan sahaja air paip tu mengalir tanpa digunakan. Kadang-kadang sampai melimpah ruah pula jadinya.Jadi bila dah takde air, baru semua orang nak hargainya.

Macam yang selalu orang perkatakan, bila dah tiada, baru kita nak hargai perkara tersebut kan.

Gambar hiasan Google

P/S : Berjimat cermatlah ye gunakan air tu..:D



  

30 comments:

  1. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..
    Sabar ya wanie

    ReplyDelete
  2. Sabar je la wanie..nnti2 ada la tu..cpt2 amik smpan dlm bekas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..dah tadah dah kat baldi..untuk keperluan penting...

      Delete
  3. sama lah yang berlaku kat unisza nie..kadang sampai 2 hari suntuk x der air..masa nie semua baru nak hargai air yg tersimpan..hihi salam jumaat ye wanie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..hehe..fizi mesti faham macam mana perasaanya lagi-lagi bila ada kelas pagi..huhu..salam jumaat juga fizi..:)

      Delete
  4. ada paip pecah dah 2 minggu jiran mama tak report seolah-olah tak menghargai langsung air yang meleleh tu.... last-last mama yang buat report, baru tadi SAJ datang betul kan... alasan, takde masa nak report! tapi, bila air takde, riuh sekampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah mama..bila ada,sampai melimpah ruah jadinya,tapi bila dah xde,time tu semua mencari kan..

      Delete
  5. Salam perkenalan :) Ros singgah dan follow sini.. jemput ke blog Ros yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Ros..insyaAllah nanti wanie singgah sana ye..:)

      Delete
  6. laa...UKM takde air ke??hopefully dorang bagi notis awal supaya student boleh simpan air..kalau tak mandi kat masjid laa nampaknya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..memang dah jadi tradisi kat sini takde air..hihi..student UKM ke dulu?hehe

      Delete
  7. xbeznye air xde..penting tu..huhu
    moga air cepat ade

    ReplyDelete
  8. Pada saya klu paling teruk pun biar x de letrik, jngn x de air.. tp biarlah kedua2nya ada lebih baik.. Salam Jumaat Wanie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat..yup,betul tu..takde air paling susah, kan..:D

      Delete
  9. biasalah ..dugaan :) susahkan tak ada air.. kita muhasabah diri dan manfaat air sebaiknya bila saat ia ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ni dinamakan dugaan supaya kita lebih menghargai..:)

      Delete
  10. faham norni..masa kita orang dulu siap kena angakat air berbaldi-baldi dari lorry yang datang..then tu kena jimat cermat..ada sekali seminggu tak ada air, punyalah sengsara..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..samalah kita..dulu masa duk asrama pernah mandi kat asrama lelaki nak g sekolah..tapi masa tu semua lelaki dah g sekolah la..hihi..:)

      Delete
  11. betul2 kena jimat sebab air mmg berharga buat kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nad..sangat-sangat berharga..susah kalau xde air ni..

      Delete
  12. akak kalau takde elektrik ok lagi.. tapi kalau takde air susah sangat.. sabar ye adik..

    ReplyDelete
  13. Takde api... Boleh lagi survive. Tapi... Kalau takde air. Semua keja tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dari bangun tidur sampai nak tidur semula emuanay kena gunakan air..

      Delete
  14. susah tu... smoga masalah ni cpat selesai..

    ReplyDelete
  15. Stuju tu =) bila dh xde bru nk hrgai..tp kalau xde air ni mmg susah..dlu pernah juga msa bljar xde air..hmm..sbar jelh..last2 mndi kt rumah pam..pkul 5pg dah keluar berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..pengalaman tu..memang selalu sangat ada masalah air sejak duduk hostel dulu..:0

      Delete