Monday, August 25, 2014

7 Things About Norniwanie - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum..

Hai, line internet tetap tak ok lagi..huhu..
Ni pun semput-semput juga nak blogwalking..
Baiklah, terima kasih kepada Cik Nadyya, Nurul Hidayah, dan Syaz yang tag wanie join segmen ni..
Terharu plak kita..hehe..

Syarat-syaratnya :
  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
Baiklah, wanie mulakan ok..

7 Thing About Norniwanie

1. Bercita-cita tinggi

Ehem ! macam poyo je nak mengaku diri sendiri bercita-cita tinggi kan..yes, tapi itulah wanie.. Ok, apa yang tinggi sangat tu cita-citanya? Baiklah, wanie bercita-cita nak jadi pensyarah.. Biarlah kena belajar sampai PHD pun.. I will.. Asalkan dapat capai cita-cita tu..Biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.

2. Sensitif

Actually wanie ni sensitif orangnya. Tapi semakin membesar, semakin pandai nak handle la perasaan tu. Takdelah sikit-sikit nak terasa, nak merajuk..Kalau dulu pernah la macam tu. Tapi bila makin dewasa, mungkin dah matang sikit kot, ehem ! Jadi tak fikir sangat, just let it go.. Lagi senang hati pun riang..hehe

3. Mudah rasa simpati

Wanie sangat cepat kesian kat orang.. Even orang tu wanie tak kenal, bila tengok dia susah, boleh menitis air mata, boleh menangis. Kalau wanie banyak duit, nak tolong dia semampunya. Tapi tak payah tunggu banyak duitlah kan, sekarang pun dah boleh tolong mana yang mampu. Doakan wanie murah rezeki, insyaAllah nak tolong mereka yang dalam kesusahan seboleh mungkin.

4. Kuat membebel

Hahah, yang ini lumrah bagi perempuan kan? cepat ngaku..hehe.. Tapi tulah, wanie just suka membebel dekat orang yang wanie sayang.. Biasanya bebel bukan saje-saje suka-suka, bebel supaya dia beringat, nasihat, dan sebagainya. Bukan saje nak buat orang yang kena bebel tu sakit hati. Biasanya yang kena bebel ni adik-adiklah. Sebab wanie sayang diorang, kena nasihat, bebel sikit..hehe

5.  Suka Pink !

Macam kebanyakkan perempuan lain juga, wanie suka warna pink.. sebab warna pink nampak lembut, feminin gitu..hehe.. Biasalah bila dah suka, apa-apa yang berkaitan warna pink akan nampak cantik..hee..

6. Makan lambat

Haaa... yang ni macam pelik sikit..wanie makan memang lambat..tak tahu kenapa...kunyah 44 kali mungkin..haha..biasa kalau makan dengan kawan-kawan, keluarga ke, mesti wanie orang paling last habiskan makanan.. Kadang-kadang rasa bersalah buat orang menunggu. Tapi bila makan laju wanie rasa macam nak tercekik ! Seksa haihh..huhukk..tak tahu kenapa..mungkin ada masalah kat kerongkong kot.. korang ada yang macam wanie nie tak?

7. Banyak memerhati

Ok, ni yang last..hehe.. sikap wanie memang suka memerhati..belajar daripada apa yang orang lain buat..yang baik jadikan teladan, buruk kena jadikan sempadan. Semua perkara di sekeliling wanie, wanie perhati, belajar, dan observe..Apa yang orang lain lalui mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman dalam hidup kita juga.. Sebenarnya semua orang disekeliling kita ni bawa banyak erti yang tak ternilai..Jadi jangan biarkan mereka pergi begitu sahaja. Terlalu banyak yang perlu dipelajari..

Ok, ni serba sedikit tenatng wanie..hehe..wanie dah jawab ye...wehee...ok, sekarang giliran wanie pula nak tag blogger lain..hee..


Alhamdulillah selesai..harap-harap apa yang wanie buat ni betul lah ye..sebab macam blur-blur juga dengan segmen ni..hehe..

Line Internet Buat Hal !!!

Assalamualaikum..

Maaflah, pagi-pagi lagi dah buat entri bertanda seru..huhu
Alkisahnya begini, sejak petang sabtu, Wanie memang tak boleh nak berblog langsung sebabnya line internet / wifi buat hal..
Sabtu petang, dekat Bangi ni hujan lebat sangat-sangat, siap dengan guruh dan petir yang teramat kuat..Tempat korang hujan tak petang Sabtu tu?
Mungkin disebabkan hujan tersebut menyebabkan ada gangguan dekat line internet dan Wifi ni kan..
Dah tu memang teramat bosanlah bila tak dapat berblog..
Pagi ni baru dapat buka blog..
Tengok-tengok ada 3 blogger tag join segmen Blogger Awards tu..
Awwhh..memang teruja la saya..hehe

Ok, nanti Wanie join ye dear..
Maaf lambat..


(Gambar Hiasan)
Macam ni lah stressnya bila tak dapat buka blog untuk tahu cerita korang..haihh