Sunday, September 29, 2013

Kerana Sebuah Buku..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri walaupun dalam keadaan agak sibuk..

Lamanya saya tak updates entri kan..sampai ada blogger yang tegur..hehe..memang agak sibuk pun sejak akhir-akhir ini memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan..Harap-harap wanie tak dilupai la dalam dunia berblogging nie..hehe

Baiklah, berbalik pada tajuk entri hari ini, sebenarnya, ini adalah antara perkara yang wanie selesaikan dalam dua tiga hari lepas..tapi baru hari ini sempat untuk menulis entri tentangnya..Sebenarnya apa kaitan buku dalam hal ini kan?baiklah,ceritanya bermula begini...

Pada akhir sem 1, wanie telah tanpa disedari menghilangkan buku di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM..Wanie dah cuba sedaya upaya untuk mencari buku tersebut di merata tempat, tapi tidak dijumpai..Biasalah bila buku tu dah saling bertukar tangan...

Akhirnya, wanie redha untuk membayar denda kehilangan buku tersebut..sedikit bernasib baik sebab dah buat aduan di perpustakaan jadi bayaran denda kerana lewat memulangkan buku tersebut tidaklah terlau banyak..

Nak tahu berapa yang wanie kena bayar?

Harga buku = RM292
Denda sebab hilangkan buku / wang proses = RM50
Denda lambat pulang / buat aduan kehilangan = RM9

Jadi, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM351..

Kalau ikutkan hati, sayang sangat duit tu..Yelah, tu duit belanja wanie makan sebulan kot..huuhu..tapi tidak mengapa lah, dah lama wanie bersedia untuk membayarnya dan wanie juga telah buat kerja part time masa cuti sem untuk dapat duit bayar denda ni..Nak minta duit mak ayah memang tak lah, sendiri buat sendiri tanggung...Pengajaran untuk tidak lalai lagi..:)

P/S : Kalau tak bayar denda ni, tak boleh nak konvo..