Monday, September 22, 2014

The Grato- Restaurant Pilihan Jalan-jalan cari Makan..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Harini wanie nak kongsi sikit tentang satu restaurant Italian dan western yang sangat best..
Restoran ini terletak di Bangi...

Meh nak kongsi sikit antara gambar-gambar di restaurant tersebut..



Ni Wanie makan Chicken Sizzling with mashed potato..





Ni buku Menu restaurant ni..

Siapa-siapa yang ada berdekatan area Bangi dan Kajang ke, bolehlah cuba resipi dekat restaurant ni..Macam-macam ada..
Pizza, spagetti, lasagna dan macam-macam lah..hehe..

Restaurant The Grato ni jugak dah pernah masuk jalan-jalan cari makan..
Memang bestlah restaurant ni..hehe

Jomlah try ok !

Sunday, September 21, 2014

Selamat berhujung minggu!!!

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua..
Bagi yang dah berkeluarga,pastinya hujung minggu ni menjadi menjadi waktu yang benar-benar dimanfaatkn untuk keluraga tersayang, kan?

Sebabnya, isnin hingga jumaat, ibu bapa sudah sibuk bekerja, maka hujung minggu akan digunakan untuk menghabiskan masa bersama keluarga..

Bagi yang masih bujang macam wanie ni, hujung minggu,digunakan untuk berehat dan apalagi,berblog lah..hehe..

Buatlah apa-apa pun aktiviti yang bermafaat di hujung minggu ni..
Jaga diri dan yang penting semoga semuanya happy!!!

Wednesday, September 17, 2014

Dilemma dan Kebuntuan

Assalamualaikum..

Dah ama tinggalkan blog..harapannya, takde yang dah lupakan blog picisan ini..
Tak tahulah, sejak kebelakangan ni, hidup wanie macam uncomfortable, semua benda jadi tak kena, self confident kurang, buat kerja macam serba tak kena, emosi terganggu, mudah terasa dan sebagainya.

Wanie tak tahulah, mungkin wanie kena banyak belajar lagi, belajar daripada pengalaman juga..
Belajar dari segala segi..

Doakan urusan wanie dipermudahkan, dapat membuat pilihan yang tepat..
Biarlah pahit, asalkan ia benar-benar yang terbaik untuk wanie..
Betul-betul buntu nak buat keputusan ni..
Istikharah..
Moga Allah pemudahkan..

Thursday, September 11, 2014

Tak sempat join segmen...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menaip entri walaupun keadaan sangat sibuk buat masa ini..

Hmm..sebenarnya banyak dah wanie tertinggal..tertinggal nak komen2 entri kawan2 yang lain,dan yang paling sedih,tertinggal nak join segmen..segmen mamaniza terutamanya..huhu..
Semalam kan due date nya?
Haihh...ingat sempat,rupanya tidak juga sempat untuk join..
Sedihnyaa...

Maaf ma,wanie memang nak sangat join,tapi tak perasan,tak sedar,tup-tup dah habis tarikh..tak sempat..
Ishh..terkilannya rasa..

Maaflah kepada rakan-rakan blogger,terutamanya yang selalu datang komen kat blog sini, yang tak jemu bahi sokongan..
maaf sebab wanie dah berkurang berkunjung ke blog anda semua..
Harap takde yang pinggirkan blog picisan wanie nie..

InsyaAllah, ada kesempatan,wanie akan datang terjah terus ke blog anda semua..

Akhir kata, doakan wanie dipermudahkan dalam segala urusan..
Biasalah, bila dah habis belajar, kira macam baru nak mulakan hidup baru..
fikir kerja, duit, bantu mak ayah, rumah, dan keperluan2 lain..
Moga Allah permudahkan..

Wallahualam..


Monday, September 8, 2014

Mana ada benda senang !

Assalamualaikum..

Sementara budak-budak tengah tidur ni, wanie sempat nak buat entri dan blogwalking sikit-sikit..

Nak cerita tentang bukan senang nak senang..sekarang ni pun,wanie sedang dalam situasi yang agak menyukarkan, dan kurang selesa...adalah sebabnya sendiri..
Tapi dalam masa yang sama,wanie cuba juga untuk positifkan diri..

Mana ada benda senang...
Nak berjaya,nak kaya,nak bahagia,kita kena melalui situasi-situasi getir dulu..
Kita kena korbankan banyak perkara..
Kena sabar dan sentiasa posititf..
dan wanie,akan cuba jadi sepositif yang mungkin..
Akan cuba jadi kuat..
Demi sebuah pengalaman yang wanie kira sangat berharga..

but...am i strong enough???
May Allah ease...

Sunday, September 7, 2014

Bila nak blogwalk ni?

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama wanie tak updates blog..
Memang masa betul-betul tak mengizinkan untuk wanie berblog..
Haihh...sejujurnya wanie rindu nak blogwalk kat blog rakan-rakan lain..
Nampaknya kena cari masa untuk berblogwalking..
Ni pun sempat updates guna phone je sebelum tidur..
Korang jangan lupa wanie taw bila wanie dah lama tak updates dan blogwalking blog korang..
insyaAllah wanie akan cari masa untuk ke blog korang semua...

P/s- Doakan wanie dipermudahkan urusan, dan Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk wanie ok..something wrong somewhere..im feeling not comfortable...hukk.. :(

Wednesday, September 3, 2014

Pengalaman Hari Pertama #Taska

Assalamualaikum..

Maaflah, dua hari ni wanie sangat busy, malam dah penat dan tak sempat nak berblogwalking.. Nanti wanie terjah blog-blog rakan lain yang tak sempat lagi diterjah ye..

Alhamdullilah, dah selesai hari kedua wanie bekerja di taska. Setakat ni alhamdulillah, everything going ok.. Kanak-kanak semuanya baik-baik, dengar kata, comel-comel belaka.

Tak dinafikan, wanie dapat belajar banyak perkara semasa bekerja di taska ni.. Macam yang sebeleum ni wanie pernah bagitahu, wanie ni suka memerhati. Setiap kali ibu bapa hantar anak, kadang-kadang tu rasa nak mengalir air mata tengok ibu bapa peluk cium anak macam tak nak lepas masa nak hantar anak ke taska. Wanie boleh rasa macam mana perasaan mereka, mesti terlalu risau, takut apa-apa jadi, dan macam manalah kami menjaga mereka.

Sejujurnya, wanie jaga dan layan mereka macam adik sendiri. Perasaan sayang tu memang dah ada sejak pertama kali tengok mereka. Ada ibu bapa yang terlalu caring bawakan macam-macam untuk anak-anak mereka.. Anak...anugerah Allah yang terindah..Semoga suatu hari nanti Allah bagi rezeki untuk wanie mendapatkannya..*lepas kahwin nanti ye..hehe*

Oklah, kalau sempat nak berblogwalking..
Wasalam... ^_^

Monday, September 1, 2014

Terima Kasih Top Komentator !!!

Assalamualaikum..

Seperti blogger-blogger lain, wanie turut ingin memberikan penghargaan kepada blogger yang rajin datang bertandang dan komen entri-entri wanie..terima kasih diucapkan..

Berikut merupakan top komentator blog wanie sepanjang bulan Ogos :


Di sini, wanie sertakan sekali link blog mereka..bolehlah singgah, berkenalan dan komen blog mereka. Pasti anda akan diterjah semula.. 

1). Mrs. Secretary
     http://farahwahyda.blogspot.com/

2). Jari Manis
     http://jarimanistravel.blogspot.com/

3). Khir Khalid
     http://www.khirkhalid.com/

4). Amy J
     http://amysigadisweird.blogspot.com/

5). Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
     http://drshikinzainal.blogspot.com/

6). Cik Naddya
     http://loveneddy.blogspot.com/

7). Noura Qifays
     http://akukupukupu.blogspot.com/ 

8). Asha Lya
     http://blogashalya.blogspot.com/

9). White Lily
     http://naalisaa.blogspot.com/

10. Budak
     http://rainfallasleep.blogspot.com/

Selain dari bloger-blogger yang tersenarai, wanie turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah singgah, baca dan komen entri wanie.. Semua ini merupakan penyuntik semangat untuk wanie terus berblog..

Terima kasih.. ^_^