Saturday, February 14, 2015

Al-kisah `medical check up'

Assalamualaikum...
Memandangkan semalam jam 3.20 a.m baru wanie dapat tidur, jadinya malam ni awal-awal lagi dah terasa mengantuk..tapi gagahkan diri juga nak up 1 entri untuk hari ini..hehe..

ok lah nak cerita al-kisah pergi buat pemeriksaan kesihatan ni..biasalah,bila nak sambung belajar, atau nak kerja kat mana-mana company yang berkenaan, kita biasanya disyaratkan untuk melengkapkan borang pemeriksaan kesihatan..tapi kes wanie ni nak sambung buat master..

Mula-mula tu pergi 1 poliklinik ni, dia ada kelengkapan semua, tapi results tak boleh dapat harini, sebab kena hantar dekat makmal dahulu..so wanie pun cuba lah cari klinik lain, mana tahu ada yang boleh siap sehari kan..then wanie pun pergilah satu demi satu klinik swasta..masing-masing klinik tak boleh nak buat x-ray..semua klinik...whoaa...

Dah pergi semua klinik swasta yang berdekatan ni takde x-ray, wanie pun pergi klinik kerajaan..pulak tu harini takde buat medical check up,kena buat appoinment tunggu hari isnin..haihh...malas la,kalau boleh nak setelkan hari ini juga..maklumlah,selasa nak kena daftar kan...dalam hati kata 'tulah siapa suruh buat last minute..huhu'..

Lastly, dah takde pilihan, wanie pun pergilah sebuah hospital swasta ni..namanya hospital Al-Zahrah..Alhamdulillah, dekat sini semua serba lengkap, dan tak perlu tunggu lama dan cas yang dikenakan juga tak mahal kalau nak dibandingkan dengan hospital atau klinik swasta yang lain..mulanya wanie tak nak pergi hospital Al-Zahrah ni sebab wanie dapat tahu tempat ni mahal..rupanya tidak...dan wanie bagi 5 bintang untuk layanan, masa menunggu dan segalanya la..dan cas yang dikenakan untuk medical check up tadi Rm73.60..boleh kata murah jugak sebab ada kawan buat kena RM80.00, RM90.00, RM100.00 dan poliklinik yang mula-mula wanie tanya tadi dia cas RM120.00..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan tadi..lepas ni kalau ada apa-apa masalah kesihatan yang perlukan rawatan rapi, insyaAllah wanie akan ke hospital ni lagi..memang terbaik..

note: hospital ni ada tawarkan pakej untuk bersalin..nanti wanie cuba buat review ya..tengok harga yang ditawarkan tadi sangat-sangatlah berpatutan..opss...sorie terpanjang pulak entri ni..ok lah nak pergi bw mana-mana yang mampu...yang belum tu esok wanie terjah ok? 

                                                                 wassalam..