Wednesday, July 30, 2014

Bersyukur atas nikmat kebahagiaan..

Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dapat mengecapi nikmat kehidupan dan beraya di samping keluarga tercinta..Alhamdullilah..

Masing-masing sudah semestinya sedang dalam mood beraya kan..Maklumlah, masih raya ketiga..Bagaimana dengan sambutan lebaran masing-masing? Mesti meriah..

Dalam keseronokan kita beraya, jangan lupa, ada insan yang sedang berdukacita, ada yang tidak mampu menyambut perayaan, ada yang kehilangan insan tersayang, dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kebahagian yang dikecapi..Alhamdulillah..

Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang dalam kesusahan, dan juga insan-insan yang memerlukan.. dan semoga nikmat yang kita perolehi akan berkekalan..insyaAllah..

p/s : Maaf ye, raya ni kurang blogwalking sebab sibuk..insyaAllah,jika ada kelapangan, wanie akan singgah blog kalian..


Monday, July 28, 2014

#Nuffnang1 (CPUV Nuffnang?)

Assalamualaikum..

CPUV? erk..macam tak percaya je..
Tadi wanie saje-saje tengok akaun nuffnang..
Tiba-tiba tengok ada CPUV nuffnng on going..
Eh, macam tak percaya je..
Maklumlah, baru pertama kali kan..hehe
Tapi yang peliknya CPUV tu start 7 Julai hari tu..
dan sebelum ni Wanie takde perasan pula ada CPUV..
Apa pun, kalau ianya betul, wanie nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang sebab beri kepercayaan dekat blog yang tak seberapa ni..
Dan kepada sesiapa yang ternampak iklan Oldtown True White Coffee kat blog Wanie ni, sudi-sudikanlah klik ye..
Kalau ianya tidak benar, mungkin dia nak bagi sign tak lama lagi nak dapatlah tu..hihi..

Salam Kosong-kosong

Assalamualaikum..

Di kesempatan yang ada ini,Wanie ingin mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin..
Di sini juga wanie ingin memohon maaf
Andai terdapat silap kata..
terlanjur bicara di mana-mana..
Salam kosong-kosong ya...
Semoga Aidilfitri ni memberi 1001 makna kepada kita...


Selamat Hari Raya..

Friday, July 25, 2014

Mood Beraya di Ofis


Assalamualaikum..
Harini Wanie, semua staf  dan pegawai di ofis dah mood beraya semua..








Wanie, kawan praktikal dan juga supervisor..


Selamat Hari raya, maaf Zahir dan Batin..

Eh2, kamu semua tahu ke wanie yang mana satu ni?hehe
Cari sendiri ek..

Till then, salam Lebaran Semua...

Thursday, July 24, 2014

Esok Result Keluar !

Assalamualaikum..

Esok, mulai 12 malam nanti, dah boleh cek results, sebab results semester terakhir Wanie dah keluar mulai esok.. Aduhh..tak dapat nak digambarkan perasaan gementar tu macam mana.. Memang dari semester pertama, setiap kali nak keluar result, mesti tak boleh tidur, rasa seram2 sejuk dan sebagainya.. dasyat kan..hee

Tapi takpelah, kita dah berusaha sedaya upaya, bertawakallah.. Sesungguhnya Allah yang menentukan segalanya.. Cuma Wanie harap, kalau ada rezeki, nak capai Ijazah Kelas Pertama, sebab nak jadikan pinjaman PTPTN tu sebagai biasiswa.. InsyaAllah, kalau results manitain, bolehlah, tapi kalau kali ni merudum.. maknanya takde rezeki.. Mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik untuk Wanie..

Wallahualam

p/s : Petang tadi tak dapat pun makan kek batik, hehe.. esoklah kot..

Cerita semalan..

Assalamualaikum..

Semalam telah berlalu..
Harini bakal dihadapi..
Esok masih belum pasti...
(ewahh..bermadah pulak ye..)

Baiklah, ini cerita semalam..Nak dijadikan cerita, semalam Wanie teringin sangat nak makan kek batik..huhu.. Jadi, balik kerja wanie terus serbu bazar untuk cari kek batik sebab wanie tahu memang ada jual kat sana..Dah dapat beli, wanie pergi mencari kedai makan untuk berbuka puasa..

       Dah sampai waktu berbuka, dah habis makan, dah bayar, wanie pun balik rumah.. Dalam perjalanan tu, Wanie cakap kat kawan, tak sabarnya nak makan kek batik yang beli tadi.. Sebab tadi masa berbuka tak sempat nak jamah sebab dah kenyang pun masa tu.. 

       Sesampai rumah, bila tengok-tengok, eh, mana kek batik aku ni..Takde plak.. Alamak!!! tertinggal atas meja makan tadi...huwaa...sedihnya.. Mula-mula fikir nak patah balik untuk ambil kek tu, tapi disebabkan dah lewat, tak solat maghrib pun lagi masa tu, so tak jadilah.. Anggap takde rezeki je..hmm

        Petang ni ada majlis berbuka puasa kat tempat kerja di putrajaya ni.. Kalau ada kek batik wanie pergi serbu dulu..hehe.. Kalau takde, belum rezeki juga.. Mungkin esok atau lusa..

P/s: Sesiapa yang pandai buat kek batik tu, mai pos kat Wanie mai..hehe

          
(Gambar Google)

                                   Macam ni lah lebih kurang rupa kek batik yang wanie beli semalam..


Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday.. #1

Assalamualaikum..

Orang lain dah banyak..wanie baru yang pertama..
Takpelah..hee


Tuesday, July 22, 2014

Kita Saling Memerlukan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya...InsyaAllah..


Sedang Wanie berblogwalking, tiba-tiba Wanie teringat perbualan dua orang staf di tempat Wanie berpraktikal..Kata dia, "Alah, siapalah saya, pemandu saje", dan yang seorang lagi menjawab.."Eh, kalau takde yang bawah, yang atas susah taw"..dan Wanie pun terfikir..Betullah..Siapalah pengurus syarikat tanpa pekerjanya, siapalah guru besar tanpa guru-guru yang lainnya, siapalah doktor pakar tanpa bantuan jururawat, siapalah pegawai tanpa kerani-keraninya..dan siapalah blogger tanpa pembaca dan pengikut setia...hehe

Jadi, dalam kehidupan ni, kita saling memerlukan..Maka, jangan ada perasaan pandang rendah terhadap orang lain. Mungkin dalam jawatan kita lebih tinggi dan dihormati, tapi di mata Allah? mungkin dia lebih tinggi dari kita?

                                                     Imej google





Yang mana anda suka??

Assalamualaikum...

Selamat bersahur semua..
Ada berapa hari je lagi ye nak raya?
Masing-masing sudah siapkan semua persiapan raya?

Eh, banyaknya soalan..hihi..

Baiklah, memandangkan sekarang ni masing-masing dalam mood nak beraya dah kan,
Wanie nak tanya, dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya apa yang paling anda semua suka ye?
Kalau Wanie, Wanie suka lagu Sesuci Lebaran dan Anugerah Aidilfitri, nyanyian Dato' Siti Nurhaliza..
Tapi tak lupa juga dengan lagu-lagu lama-lama yang sememangnya memberikan mood aura raya..

Anda pula bagaimana??



                                        *Terima kasih sudi baca entri ni...

Monday, July 21, 2014

Pengumuman kepada Semua Peserta Segmen Pertama Wanie

Assalamualaikum

Seperti yang telah diberitahu, Wanie akan tamatkan segmen Wanie pada malam tadi, kan? Tapi maaflah, malam tadi Wanie tak sempat buat entri..

        Baik, buat pengetahuan semua, Wanie telah senaraikan semua peserta ke dalam senarai bloglist Wanie memandangkan peserta pun tak berapa ramai sangat, jadi alang-alang tu masukkan semua sekali..hehe..Makanya, lepas ni senanglah Wanie nak blogwalking..

        Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sudi menyertai segmen Wanie.. Di harap lepas ni, ukhuwah yang kita jalinkan akan terus berkekalan lah ye.. Kalau sudi, masukkan Wanie dalam senarai bloglist kamu semua juga..hiks..

P/s : Cuba tengok dekat senarai bloglist Wanie, kalau ada mana-mana peserta yang Wanie belum senaraikan sebagai bloglist Wanie, bolehlah inform ye..

                                                                                                              *Terima kasih sudi baca entri ni..

Memang berbaloi-baloi

Assalamualaikum...

Salam 10 hari terakhir ramadhan...

Nak cerita sikit mengenai juadah berbuka wanie hari ni iaitu Nasi Kandar..Opss..lambatnya updates..Sebelum ni rasanya tak pernah lagi makan nasi kandar..Tapi tadi bila wanie berjalan nak mencari juadah berbuka puasa, tiba-tiba hati terbuka memilih untuk makan nasi kandar harini..

         Biba tiba waktu berbuka, Wanie pun makanlah nasi kandar tu..Wahh.. memang berbaloi-baloi.. Dengan harga RM5, boleh dapat nasi, ayam yang besar, kuah gulai, sambal belacan dan sayur kobis..sedap pula tu..memang berbaloi-baloi la...

         Alhamdulillah, kenyang hari ni makan nasi kandar tu..Esok boleh beli lagi...Jom tidur, esok nak kerja dah..salam...

                                                        Terima kasih sudi baca entri ni...
                                                                                 

Sunday, July 20, 2014

Misi Blogwalking Segmen Selesai..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, tak sangka ada juga yang sudi join segmen wanie..Segmen pertama untuk blog yang tak seberapa ini..Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi wanie sangat-sangat menghargainya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta..Malam ni, misi untuk blogwalking dan follow semua peserta segmen selesai..Alhamdullilah..

       Sekarang, wanie akan BW blog-blog yang pernah singgah, follow dan komen di blog wanie..Terima kasih, wanie sangat-sangat menghargainya..Tanpa anda semua, siapalah wanie sebagai seorang blogger (blogger ke?huhu)..Pada wanie, saling menghargai antara perkara yang paling penting dalam dunia blogging..

      Semoga persahabatan yang kita jalinkan akan terus berkekalan..InsyaAllah,Wanie akan terus support blog yang sudi singgah sini, mahu pun yang tidak pernah langsung jenguk ke sini...

*Segmen wanie akan tamat pada malam esok, jam 12..Kalau bilangan peserta tidak ramai, semua akan jadi bloglist wanie..

*Kalau ada yang masih nak join segmen pertama wanie, boleh klik 
SINI..

Selamat maju jaya untuk semua..



With love, 
Norniwanie Nasarudin..

Thursday, July 17, 2014

Segmen Pertama Wanie

Assalamualaikum...
InsyaAllah, Wanie akan melancarkan segmen pertama Wanie..
Mudah-mudahan mendapat sambutan daripada rakan blogger..
Syarat-syarat penyertaan amat mudah..

Syarat-syaratnya adalah:
1). Follow blog Wanie
2). Buat entri "Segmen Jom Jadi Bloglist Wanie"
3). 'Backlink' gambar di bawah ke entri ni
4). Akhir sekali, letakkan url segmen pada ruangan komen entri ini



Mudah kan?
Jomlah ramai-ramai sertai..

Wanie mencari 10 orang untuk menjadi bloglist Wanie..
Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat random.org
Segmen akan tamat pada bila-bila masa.. :D

p/s : Jangan risau, bloglist yang lama tetap akan kekal.. :)
Hmm..agak-agak ada ke yang nak join ni ek?
Kalau tak dapat sambutan makanya segmen terpaksa dibatalkan.. 



Wednesday, July 16, 2014

Hidayah Allah...

Asslamualaikum dan salam sejahtera..
Rasanya kebanyakan dari kita sudah sedia maklum mengenai Neelofa yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

       Nak dijadikan cerita, Wanie baru je tadi dengar kisah penghijarahan Neelofa yang diceritakan di radio Ikim..Tapi tadi Wanie dengar di YouTube la..Subhanallah..serius kisah dia boleh buat Wanie mengalir air mata mendengarnya..Alhamduillah..Neelofa dapat hidayah dari Allah.

       Antara kata-kata Neelofa "saya dah ada semua, tapi saya rasa seperti ada sesuatu yang kurang". Maka dengan itu, apabila dia mendekatkan diri dengan Allah, dia merasa kemanisan iman. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulliah..Semoga beliau istiqamah dan kita juga berusaha berubah ke arah yang lebih baik..

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Asslamualaikum..
Nampaknya ramai betul blogger yang mengadakan segmen dan GA sempena bulan Ramadhan dan raya ni kan.
Jadi, sebagai tanda sokongan kepada sahabat blogger, jom kita beramai-ramai join segmen dan GA yang mereka adakan..

Ihya' Ramadhan | Giveaway | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Mana tahu ada rezeki nak menang kan..

Blogwalking Sempena RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum..
Jom kita bersegmen lagi..


Macam biasa, klik banner untuk join..

Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jomlah kita beramai-ramai memeriahkan segmen ni..
Macam biasa, klik gambar di bawah untuk join..




Tag:

Tuesday, July 15, 2014

Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"

Assalamualaikum...

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

Segmen Blogwalking "Pink Lady"

Assalamualaikum..
Sementara menunggu nak berbuka puasa ni, Wanie pun BW lah, memandangkan blog ni dah lama ditinggalkan. Harap lepas ni boleh terus bergiat aktif dengan blog.

     Sambil-sambi BW tu, Wanie terbaca satu segmen ni, mengenai pink pula tu..Wahh..terus rasa nak join..Ok, bagi bloggers wanita, jom meriahkan segmen ni..

                                     

                              KLIK BANNER UNTUK JOIN

Berkaitan warna pink, sebenarnya warna pink adalah warna kegemaran, favourite Wanie. Memang semenjak dari azali lagi dah suka sangat warna pink ni. Kalau nak beli apa-apa, mesti nampak yang warna pink dulu..hehe..Suka sangat warna pink..Feminin sangat uolss..hee

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

SEGMEN KAD RAYA

Assalamualaikum..
Jom join segmen ni..

                       
                                                   KLIK BANNER UNTUK JOIN...





Pengalaman Pertama

Assalamualaikum
Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah, insyaAllah.. Entry kali ni wanie nak kongsi mengenai pengalaman pertama wanie bekerja sebagai pembantu peribadi bos.

      Selama ni, bila kita lihat cerita-cerita dalam TV, selalulah ada diselitkan babak seorang PA 'updates' kepada bosnya tentang apa agenda bos tersebut pada hari itu. Selalulah, kan?dalam cerita-cerita Melayu. Bos tu pula biasanya hero dalam cerita tersebut. Nak dijadikan cerita, semalam wanie diarahkan untuk menjadi PA memandangkan PA sebenar kepada bos sedang bercuti. Waktu itu, baru Wanie tahu yang tugas sebagai seorang PA ni bukanlah mudah. Kena sentiasa 'alert', buat kerja laju dan kena kejar bos. Kalau tidak, banyak perkara yang akan tertangguh.

      Bagi Wanie, pengalaman yang Wanie dapat ni sangat berharga, memandangkan Wanie hanya sebagai sorang pelajar praktikal sahaja di organisasi tersebut, tetapi diberi peluang untuk menjadi PA bos. Fuhh..tapi memang tak menang tangan lah. Sebab terlalu banyak surat nak kena 'key in', mesyuarat sana-sini dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, walaupun dalam keadaan yang agak gementar juga, tapi Wanie dapat menyelesaikan tugas pada hari tersebut. Alhamdulillah. 



Monday, July 14, 2014

Bukan Hanya di Jari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat blogger.

Seperti yang kita sedia maklum, dunia sekarang sedang kecoh dengan isu kekejaman Israel kepada Palestin, saudara seagama kita. Jadi, semua yang prihatin pun telah melakukan pelbagai cara untuk membantu penduduk Gaza. Antara yang dilakukan adalah seperti menyumbangkan dana kepada tabung kebajikan Gaza, memboikot barangan Israel, dan senjata paling kuat kita iaitu berdoa.
   
       Namun, sekarang ni Wanie perasan macam dah jadi 'trademark' setiap individu untuk 'hashtag'
#prayforgaza, #gazaunderattack dan sebagainya. Tapi ada satu kes yang pada masa yang sama dia sendiri pergi makan di McD. Jadi, apakah? Mungkin sebilangan dari kita, hanya nakkan perhatian orang yang akan mengganggap dirinya seorang yang prihatin, tapi hakikatnya?

       Jadi, muhasabah diri, adakah kita benar-benar #prayforgaza? adakah kita benar-benar seperti apa yang kita tulis dan kita 'hashtag' kan di Twitter, Facebook dan sebagainya? Jangan hanya di jari, semoga kita benar-benar dapat sematkan dalam hati dan doa, supaya Allah memberi kekuatan kepada penduduk Israel. Sesungguhnya, kemenangan sudah pasti akan menjadi milik Islam jua nanti.


P/s- Terima kasih sudi luangkan waktu singgah dan baca di sini.. :D


Thursday, July 10, 2014

Giveaway puasa RM50 by SueAKGoGeous

Assalamualaikum.. jom join segmen ni!!

                     
                                    

Sebelum tu, di sini wanie nak berkongsi sedikit pengalaman berpuasa. Masing-masing mesti ada pengalaman puasa masing-masing kan. Jadi, jomlah kita berkongsi pengalaman tu. Baik, pengalaman wanie berpuasa di bulan ramadhan kali ini agak berbeza dengan ramadhan sebelumnya sebab kali ni terpaksa berpuasa jauh dari keluarga. Kenapa berjauhan? sebab wanie sedang menjalankan latihan industri di sebuah kementerian di purajaya dan keluarga pula menetap di Segamat Johor.

            Namun, berpuasa bersama kawan-kawan juga adalah suatu pengalaman yang sangat berharga bagi wanie. Berbuka bersama-sama di masjid, berterawih bersama, bersahur bersama dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka merupakan kawan yang sentiasa ada semasa susah dan senang. Alhamdulillah..

           Akhir sekali, marilah kita bersama-sama join segmen ni.. Jom!!! Klik banner untuk join ok..

                                                                                             
                                                                                 P/s: Terima kasih sudi singgah..
                                                                                 Tinggalkan jejak dan wanie akan jejaki anda semula
                                                                                 nanti.. :D




Wednesday, July 9, 2014

Rindu berblogging...

Assalamulaikum..
Fuhh...fuhh..fuuhh...berhabuk dah blog nie..dah lama sangat tak buka. Sebenarnya hasrat untuk buat entry nie memang dah lama..teringin sangat..cuma masa tak berapa nak mengizinkan, memandangkan wanie terlalu sibuk dengan semester terakhir perkuliahan.

Apa khabar sahabat blogger?selamat berpuasa, semoga semuanya sihat dan dalam keredhaan Allah sentiasa, InsyaAllah.. harap selepas ni wanie ada lebih banyak masa untuk 'berblogging' dan 'berblogwalking' blog rakan-rakan blogger yang lain..

Pagi tadi baca surat khabar, ada terbaca satu artikel ni, berkaitan bidang penulisan. Jadi, semangat yang dah lama terpendam ni pun berkobar kembali untuk jadi seorang penulis novel. Agak-agak ada tak orang nak baca novel wanie ye?hee..Ok, so just a simple questions here, wanie nak tanya, dalam banyak-banyak genre novel yang ada, kamu semua pilih atau 'prefer' genre apa ye? Minta pendapat sikit.

Akhir sekali, terima kasih sebab sudi singgah dan baca entry ni.. :D