Sunday, October 20, 2013

5 Makanan Pencegah Jerawat.

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri pada hari ini.Hari ni wanie nak kongsikan sedikit tips yang wanie dapat mengenai makanan yang boleh diambil untuk mencegah jerawat. Jom baca di bawah!

1. Kacang

Ia kaya dengan selenium, vitamin E, tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium, dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit.

2. Ikan

Ikan mempunyai asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang boleh mengurangkan keradangan pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat.Antara ikan yang sangat disyorkan untuk dimakan ialah seperti ikan salmon, tenggiri dan sardin.

3. Anggur merah

Selain isinya, biji anggur juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi yang berkhasiat dan juga antiokidan yang dapat mengawal alahan pada kulit.

4. Bawang putih

Dapat membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Allicin yang dapat membunuh pelbagai bakteria dan virus.

5. Brokoli

Mengandungi vitamin A, B kompleks, C, E, dan K serta antioksida. Ia juga bermanfaat untuk membersihkan kulit. 

Gambar Hiasan