Friday, August 23, 2013

Kenangan Raya 2013.

                                                       Assalamualaikum...
Arini nak dok bercerita tentang kenangan raya aku baru-baru...Sangat-sangat terharu yee...Sebenarnya, masa raya haritu, kawan-kawan masa sekolah menengah mai rumah aku..wahh!! terharu beta...Dah 5 tahun ye kami tidak bersua muka..hee...Masa jumpa rasa nak peluk dorunk lama-lama...Tak sangka masih ingat aku dan sudi datang ke rumah...


Dari kiri : Nazlinurdoa, aku, Siti Nur Atikah, dan yang berbaju kelabu tu Nor Azizah...

Yang Siti tu aku dah pernah jumpa lah sebelum ni sebab dia belajar dekat UPM, so kitorunk pernah lah hangout sesama...Yang lagi tiga orang tu memang dah tak pernah jumpa lepas habis SPM...Thanks korunk sebab ingat aku lagi...


Ok, salam perantauan dari kami anak selatan...hehe..
Next time kita jumpa lagi ok, tak puas kot berborak haritu....sobs3...

5 Perkara Orang Islam Patut Tahu

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang beberapa perkara yang orang Islam perlu tahu..Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya.

1). Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
2). Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi.InsyaAllah, jauh dari penyakit.
3). Disunatkan kita bertafakur selepas solat subuh. InsyaAllah, boleh mengelak dari sakit pening atau migrain.
4). Dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
5). Makan dengan tangan kanan dan menjilat jari. Hal ini kerana, terdapat banyak enzim di celah jari iaitu 10 kali ganda daripada air liur.

Selamat mencuba!!

Kelebihan Surah Al-Waqiah

                                          Assalamualaikum....
Surah Al-Waqiah merupakan surah yang ke-56, juzuk ke-27 dan mempunyai 96 ayat dalam al-Quran. Surah ini menceritakan mengenai kejadian hari Kiamat dan balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin mahupun orang kafir..Surah ini juga mengandungi banyak kelebihan jika diamalkan secara istiqamah..Berikut merupakan antara kelebihan bagi individu yang mengamalkan surah ini.

Khasiat Surah Al-WaqiahDi dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain: .1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya secara istiqamah..InsyaAllah...

Tegar- Aku yang dulu Bukanlah yang sekarang

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku selalu dengar orang dok nyanyi lagu ni kesana sini..Masa pergi kenduri kahwin sepupu aku hari tu pun ada sorang budak ni nyanyi lagu nie..so cute...Aku suka lagu nie..So kat bawah nie aku sertakan lirik lagunya..hee

Lirik Lagu Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi Jalan Untukmu Semua

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Membantu Keluarga Di rumah

Sekolah Dulu Ku tak punya biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Setelah Dulu Ku Nggak Punya Biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak Terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi oh...memberi Jalan Untukmu Semua

Buat entri sambil nyanyi-nyanyi lagu nie..hehe

Tanda-tanda memiliki saka...

Assalamualaikum....

Bila sebut tentang saka, rasanya semua orang pernah dengar dan tahu tentang perkara nie terutamanya kaum melayu rasanya yang mempunyai banyak kepercayaan...Dalam entri kali nie, aku nak berkongsi beberapa tanda-tanda orang yang memiliki saka sama ada secara sedar atau tidak sedar...

Berikut  merupakan tanda-tndanya..

1). Menderita penyakit yang tidak tahu punca.. Bila pergi hospital dr. pun tak tahu sakit apa.
2). Sakit perpanjangan dan berulang-ulang..contohnya gastrik, kencing manis, darah tinggi, migrain, senggugut, penyakit yang takkan sembuh dan kekal dalam badan penghidapnya...Hilang kejap dan datang balik.
3). Menderita penyakit misteri berpanjangan.Asyik terkena sihir.Nampak sihat tapi sebenarnya sakit. Kadang-kadang tak boleh tengok matahari, lemas, lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui punca.
4). Penyakit keturunan seperti kemurungan, gaut, gila dan lain-lain.
5). Jodoh panas.
6).Susah dapat zuriat.
7). Emosi tidak stabil, sering beremosi, cepat merajuk, marah, sensitif keterlaluan, cemburu keterlaluan dan cepat naik angin..
8). Jauh daripada Allah...Kalau diberi sepotong ayat al-Quran malas nak amalkan, rasa malas, penat ngantok...
9). Merupakan anak yang paling degil dan nakal daripada kecil lagi.
10). Isteri orang sangat tertarik kepada lelaki yang ada saka.

Hmm...banyak jugak tanda-tandanya...Mohon pelindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini...

Wassalam...