Thursday, March 27, 2014

Tolonglah sedar..

Assalamualaikum...
Mungkin tajuk entri wanie kali ni agak sensitif bagi sesetengah orang yang sedang bergiat aktif dalam bisnes ni,atau ada kaitan dengan sesiapa..
     Di sini wanie tak nak lah mention apa-apa bisnes yang berkaitan MLM...wanie tak nak dan wanie tak benci pun bisnes yang mereka lakukan..tak dapat nak nafikan yang semuanya memang perkhidmatan atau barangan yang bagus yang ingin dikongsikan atau dijual..tapi yang menjadi masalahnya di sini adalah cara mereka menarik orang untuk join bisnes yang dilakukan...kenapa guna reverse psikologi?menipu?ajar berhutang?ajar ponteng kelas dan sebagainya?kenapa??
     Wanie tak cakap kalau benda ni tak jadi dekat wanie..tapi benda ni jadi dekat bestfren wanie sendiri..kesian tengok keadaan dia sekarang...serius kesian..dah nasihat tapi tak jalan...kadang-kadang sampai wanie menangis sendiri mengenangkan nasib dia...bukan sikit2 duit yang perlu dilaburkan,tapi sampai kepada puluhan ribu..masyaAllah...dan dah ramai yang join benda ni extend pengajian..ramai...most of them...kasihan...Allah...sedih...wanie harap perkara macam ni tak jadi kat orang terdekat wanie lagi..wanie mohon,pikirlah sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu...

Monday, March 3, 2014

Belajar tinggi-tinggi buat apa??

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sahabat blogger sekalian..semoga semua sentiasa dalam redha Allah..InsyaAllah..

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni, mesti rasa agak pelik kan, sebabnya persoalan yang dipersoalkan ialah kenapa belajar tinggi-tinggi?Baiklah, kita straight to the point.. Sebenarnya begini, Wanie sendiri dah lali dengan pertanyaan sesetengah pihak yang mempertikaikan bila seseorang tu ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tinggi. Bukan apa, mereka beralasan yang belajar tinggi-tinggi un bukan senang dapat kerja. Ramai je yang menganggur. 

Persoalan tentang graduan menganggur ni memang sudah tidak dapat dinafikan lagi la kan. Tapi, jangan lah mempertikaikan atau memperlekehkan seseorang yang sedang berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidupnya kan. Rezeki semua, kita kerja apa, semua Allah yang tentukan bergantung dengan usaha yang kita lakukan juga. Jadi, belajar ni juga merupakan salah satu usaha untuk cuba mendapatkan pelerjaan yang lebih baik.

Di sini wanie bukan nak kata orang yang belajar tinggi je boleh berjaya. NO! The big NO, NO, NO..Semua yang berusaha akan berjaya tak kisah la belajar tinggi mahupun tidak. Tapi, janganlah dipertikaikan usaha orang lain. Bukan apa, kadang-kadang sedih dengan segelintir sikap manusia yang tidak berfikiran terbuka.