Wednesday, July 9, 2014

Rindu berblogging...

Assalamulaikum..
Fuhh...fuhh..fuuhh...berhabuk dah blog nie..dah lama sangat tak buka. Sebenarnya hasrat untuk buat entry nie memang dah lama..teringin sangat..cuma masa tak berapa nak mengizinkan, memandangkan wanie terlalu sibuk dengan semester terakhir perkuliahan.

Apa khabar sahabat blogger?selamat berpuasa, semoga semuanya sihat dan dalam keredhaan Allah sentiasa, InsyaAllah.. harap selepas ni wanie ada lebih banyak masa untuk 'berblogging' dan 'berblogwalking' blog rakan-rakan blogger yang lain..

Pagi tadi baca surat khabar, ada terbaca satu artikel ni, berkaitan bidang penulisan. Jadi, semangat yang dah lama terpendam ni pun berkobar kembali untuk jadi seorang penulis novel. Agak-agak ada tak orang nak baca novel wanie ye?hee..Ok, so just a simple questions here, wanie nak tanya, dalam banyak-banyak genre novel yang ada, kamu semua pilih atau 'prefer' genre apa ye? Minta pendapat sikit.

Akhir sekali, terima kasih sebab sudi singgah dan baca entry ni.. :D