Wednesday, September 3, 2014

Pengalaman Hari Pertama #Taska

Assalamualaikum..

Maaflah, dua hari ni wanie sangat busy, malam dah penat dan tak sempat nak berblogwalking.. Nanti wanie terjah blog-blog rakan lain yang tak sempat lagi diterjah ye..

Alhamdullilah, dah selesai hari kedua wanie bekerja di taska. Setakat ni alhamdulillah, everything going ok.. Kanak-kanak semuanya baik-baik, dengar kata, comel-comel belaka.

Tak dinafikan, wanie dapat belajar banyak perkara semasa bekerja di taska ni.. Macam yang sebeleum ni wanie pernah bagitahu, wanie ni suka memerhati. Setiap kali ibu bapa hantar anak, kadang-kadang tu rasa nak mengalir air mata tengok ibu bapa peluk cium anak macam tak nak lepas masa nak hantar anak ke taska. Wanie boleh rasa macam mana perasaan mereka, mesti terlalu risau, takut apa-apa jadi, dan macam manalah kami menjaga mereka.

Sejujurnya, wanie jaga dan layan mereka macam adik sendiri. Perasaan sayang tu memang dah ada sejak pertama kali tengok mereka. Ada ibu bapa yang terlalu caring bawakan macam-macam untuk anak-anak mereka.. Anak...anugerah Allah yang terindah..Semoga suatu hari nanti Allah bagi rezeki untuk wanie mendapatkannya..*lepas kahwin nanti ye..hehe*

Oklah, kalau sempat nak berblogwalking..
Wasalam... ^_^