Wednesday, July 30, 2014

Bersyukur atas nikmat kebahagiaan..

Assalamualaikum..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dapat mengecapi nikmat kehidupan dan beraya di samping keluarga tercinta..Alhamdullilah..

Masing-masing sudah semestinya sedang dalam mood beraya kan..Maklumlah, masih raya ketiga..Bagaimana dengan sambutan lebaran masing-masing? Mesti meriah..

Dalam keseronokan kita beraya, jangan lupa, ada insan yang sedang berdukacita, ada yang tidak mampu menyambut perayaan, ada yang kehilangan insan tersayang, dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kebahagian yang dikecapi..Alhamdulillah..

Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang dalam kesusahan, dan juga insan-insan yang memerlukan.. dan semoga nikmat yang kita perolehi akan berkekalan..insyaAllah..

p/s : Maaf ye, raya ni kurang blogwalking sebab sibuk..insyaAllah,jika ada kelapangan, wanie akan singgah blog kalian..