Assalamualaikum..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dapat mengecapi nikmat kehidupan dan beraya di samping keluarga tercinta..Alhamdullilah..
Masing-masing sudah semestinya sedang dalam mood beraya kan..Maklumlah, masih raya ketiga..Bagaimana dengan sambutan lebaran masing-masing? Mesti meriah..
Dalam keseronokan kita beraya, jangan lupa, ada insan yang sedang berdukacita, ada yang tidak mampu menyambut perayaan, ada yang kehilangan insan tersayang, dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kebahagian yang dikecapi..Alhamdulillah..
Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang dalam kesusahan, dan juga insan-insan yang memerlukan.. dan semoga nikmat yang kita perolehi akan berkekalan..insyaAllah..
p/s : Maaf ye, raya ni kurang blogwalking sebab sibuk..insyaAllah,jika ada kelapangan, wanie akan singgah blog kalian..
Saya bersyukur masih hidup pada hari ini ^^
ReplyDeleteselamat hari raya dear
ReplyDeletealhamdulillah... selamat hari raya...
ReplyDeleteSubhanallah walhamdulillah... salam ceria Aidilfitri Wanie... :)
ReplyDeleteRaya akak biasa2 jer.. cuma bestnya ramai sedara mara datang bertandang... Letih sikit tapi best!!!
ReplyDeleteRaya akak sekleuarga ..Ok la best la ehhehe ...Suka suka suka
ReplyDeleteSyukurlah dengan nikmat kebahagiaan yang kita perolehi..
ReplyDeleteHa'a betul tu syukur dgn apa yg ada jgn d bandingkan dgn org yg lebih berkemampuan. Itulah akak Jm pun tertunggu mana wanie lama x singgah blog akak, merajuk ke :-)
ReplyDeleteDh terima lom kad raya yg akak hantar tu :-)