Wednesday, September 11, 2013

APA ITU ISTIDRAJ ? ?

Assalamualaikum sahabat blogger dan pembaca sekalin...
Apa khabar hari ni?Semoga semua berada dalam lindungan-Nya...
InsyaAllah..

Berkenaan dengan tajuk entri Wanie pada hari ini, mengenai apa itu istidraj..
Sebenarnya wanie pun baru tahu tentang ni dan ingin berkongsi mengenainya dengan sahabat blogger sekalian...

Baiklah..
APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ NI?

        Menurut HR Ahmad dan Thabrani, dalam kitab Syu'ab, istidraj bermaksud pemberian Allah S.W.T kepada hambanya atas apa yang diingininya di dunia agar bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Setiap hari dia akan semakin jauh dari Allah S.W.T.

        Ia merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi tanda kebencian Allah.

        Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk kedalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. 

MasyaAllah..sebenarnya perkara ni dah lama dah wanie tertanya-tanya..masa zaman sekolah dulu, pernah terfikir, kenapa sesorang tu diberikan kejayaan yang sangat-sangat cemerlang, sedangkan dia sering mengutuk-ngutuk cikgu, dan sebagainya..bukan nak mengata orang..tapi diri ini sendiri sedar tentang nikmat yang Allah beri sedangkan kadang-kadang kita terlupa dan alpa..

Astagfirullah...takut..adalah aku tergolong dalam istidraj ini?

MasyaAllah...semoga dijauhkan...semoga diri ini lebih dekat dengan maha Pencipta...


SEGMEN PERTAMA CHE YAM

Assalamualaikum..jom join segmen pertama cik Yam ni...

KLIK BANNER UNTUK JOIN..