Wednesday, October 2, 2013

Seronok berblogging..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri pada hari ini..alhamdulillah..

Sejak berblogging ni, wanie sangat-sangat rasakan perbezaan..bukan perbezaan dari segi apa la, cuma wanie rasa dunia berblogging ni lebih seronok dan best dari lain-lain laman sosial yang wanie ada...tak banyak pun, cuma ini yang ada, selain facebook, skype, emel dan lain-lain lagi..sebab apa ye, sebab wanie dapat rasakan ukhuwah yang terjalin dalam berblogging ni lebih erat walaupun di alam maya...seronok rasanya bila dapat berkongsi cerita, pendapat, dan bertambah kenalan dari pelbagai negeri, status, dan peringkat umur.

Pada mulanya, wanie tak pernah terfikir yang dunia berblogging ni sebegini indahnya, tak pernah terfikir yang blog ini akan ada follower dan pembaca..alhamdulillah,walaupun tak ramai, tapi ada juga yang sudi singgah, baca, komen dan jadi follower blog ini..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.Wanie sangat-sangat terharu dan gembira..

Antara sahabat blogger yang rajin singgah sini adalah seperti Kak Aiza, Fais, Kak Mieza, Pha is, aku penghibur, dan ada beberapa yang lain..walaupun mereka merupakan blogger yang glamor, dan ramai follower, tapi sudi juga singgah ke blog ini..terima kasih kepada semua.

Sebenarnya, wanie mula-mula rasa excited nak tahu dunia blogging ialah selepas wanie join segmen Fizi Zaidi dengan blogger ohsem tu..kalau tak silap,tu segmen pertama yang wanie join, dan dari situlah kak Aiza, Cik Akak, dan yang lain-lain mula mengikuti blog ini..kalau tak dari situ entah-entah sampai sekarang blog ni masih belum ada follower..hihi..

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi singgah ke blog ini..Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya...kepada yang wanie tak mention kan nama tu, anda juga special ye...semua yang pernah singgah sini, anda semua sangat istimewa pada wanie...

P/S : Kalau wanie belum blogwalking blog kalian, maaf ye, bukan sombong, cuma kekangan masa..insyaAllah, wanie akan terjah semua blog yang pernah singgah di sini..insyaAllah..:)