Sunday, August 31, 2014

New life,new experience..all about new...

Assalamualaikum..
Semalam wanie ada updates tentang hari terakhir berpraktikal kan?then,whats next?
ok,entri ni wanie nak cerita..
Btw, sebelum habis praktikal lagi wanie dah cari kerja..
dan sekarang wanie dah diterima pun kerja tu..alhamdulillah..
Kat mana?kerja apa?
ok,bermula 2hb ni wanie akan start kerja di taska..
Actually,banyak je kerja lain kan..
Tapi wanie fikir nak belajar, nak cari pengalaman, nak belajar perkara baru dalam hidup..
belajar cara nak handle kanak-kanak,dan wanie rasa kerja ni macam ada value dia yang tersendiri..
Sebab 1 hari nanti wanie akan jadi ibu juga,insyaAllah..
Jadi sekarang,wanie berada di tempat baru,rumah baru,kawan baru,bos baru,kerja baru,environment baru...
Sementara nak sambung master,wanie nak cari pengalaman sambil nak kumpul duit untuk yuran pengajian..
Semoga segalanya akan berjalan lancar..

nanti wanie akan kongsi cerita dengan kanak2 kat sini ye...
awhh..mesti cecomel je semua...
semoga Allah permudahkan...

Merdekakah Kita?

Assalamualaikum..
Salam kemerdekaan...

Alhamdulillah, telah genap 57 tahun negara kita merdeka...Syukur atas nikmat keamanan dan kebahagiaan yang dikecapi..Alhamdulillah.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada perwira negara, parajurit, dan mereka yang ada semasa menuntut kemerdekaan.. Semoga roh mereka berada di tempat yang paling baik..InsyaAllah..

Melihat dari mata kasar, Malaysia memang benar-benar telah merdeka, tetapi rakyatnya adakah benar telah merdeka? Apakah erti kemerdekaan yang sebenar pada kita? Sebagai rakyat yang bersyukur dan menghayati nilai kemerdekaan, kita seharusnya sedar, fikir dan buat perkara-perkara yang boleh membantu menaikkan nama negara, bukanlah perkara-perkara yang bakal meninggalkan kesan buruk pada negara.

Anak muda, golongan yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan negara.. Ayuh, kita tingkatkan nilai patriotik, agar keamanan dan kemajuan Malaysia yang kita kecapi pada hari ini akal kekal terjamin..

Salam kemerdekaan..