Friday, August 8, 2014

Perancangan Masa Hadapan..

Assalamualaikum

Malam ni mood nak berblog berkurang. Ini semua gara-gara edit header tak menjadi-jadi. Alahai, susahnya nak buat header yang comel-comel, simple macam blog orang lain..huhu..Tengok blog orang lain cantik je. Takpelah, nanti ada masa Wanie edit semula header tu.

Baiklah, berkaitan dengan tajuk entri, sekarang ni memang masanya untuk Wanie betul-betul fikirkan apa yang terbaik dalam hidup ni. Maksud Wanie, yang berkaitan dengan masa depan lah. Memandangkan Wanie bakal menghabiskan latihan industri pada akhir bulan ni, maka Wanie dah siap-siap kena fikir dan rancang apa yang akan Wanie buat selepas ini. Sama ada kerja, atau sambung belajar.

Kalau ikutkan hati Wanie, memang nak sangat sambung master. Tapi apa-apapun, kena kerja sementara untuk kumpul duit nak sambung master nanti..InsyaAllah.. Sekarang ni dah sibuk hantar resume dekat mana-mana syarikat yang berkaitan, untuk memohon pekerjaan. Sebenarnya, priority Wanie utamakan dekat pekerjaan sebabnya sekarang ni susah dah nak dapatkan kerja, kan? Kalau dah dapat kerja yang menjamin, mungkin master tu Wanie buat PJJ sahaja..tengoklah keadaan nanti..Semoga Allah permudahkan urusan selepas ini.

p/- Sesiapa yang boleh cadangkan Wanie mana-mana syarikat atau apa-apa sahaja yang ada peluang pekerjaan, bolehlah inform ye..
Terima kasih.. ^_^

(Image Google)

Tazkirah Jumaat #1 : Info Wuduk

Assalamualaikum..

Hadis Saiyidina Othman bin Affan r.a :

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya : Saiyidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolohi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali, dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanannya kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Saiyidina Othman r.a berkata : Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda baginda s.a.w berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Gambar Google)

"Segmen Bloglist August irrayyan.com"

Assalamualaikum..
Jom, sesiapa yang nak jadi bloglist August Irrayyan, boleh join segmen ni ye..


>KLIK BANNER UNTUK JOIN<