Sunday, August 10, 2014

"Entri kena 'boom'.."

Assalamualaikum..

Jom kita lihat, siapa yang telah mengebom entri Wanie hari ini, dan yang pernah 'bom' entri Wanie..


 ( http://syazdanny2329.blogspot.com/ )

Ini dia link blog syaz, dia baru follow wanie tadi merangkap 'bom' entri wanie..hehe
Terima kasih Syaz, done follow u tinggal belum sempat terjah entri-entri je..
Tungguuu yee.. ^_^



Ini pula Kak JM,siapa tak kenal kak JM kan..
 sekali dia datang blog ni, semua entri dia terjah..
Thanks kak JM..
Ini link blog kak JM, http: //jarimanistravel.blogspot.com/

Sesiapa yang belum pernah singgah dekat blog kedua-dua blogger ni, bolehlah terjah blog mereka ye..
Selain dari Kak JM dan Syazrah, En.Khir Khalid, Kak Farah (Mrs.Secretary), Dr Syikin, Noura Qifays, dan Lya juag tak pernah miss singgah dan komen blog Wanie. 
Sangat-sangat terharu dan berterima kasih pada kalian.
Kalau nak tengok siapa yang rajin berblogwalking, tengoklah pada top 10 August Supporters wanie tu,
ada akif Imtiyaz, White lily dan Kak KM..
 mereka semua sangat rajin berblogwalking..
Tak rugi singgah blog mereka, pasti akan diterjah semula..

Terima kasih kalian, terima kasih kerana sentiasa menyokong..
Tanpa anda yang sentiasa menyokong, mungkin semangat berblog juga akan luntur..

Terima kasih..

"Tak Sayang Anak Ke?"

Assalamualakum.
Selamat berhujung minggu..

Semalam, Wanie tak dapat berblogwalking sangat sebab pergi memenuhi dua jemputan kahwin rakan sekolah dulu. Sampai rumah pun dah jam 10.00 malam, letih dan berehat. Mana-mana yang wanie belum sempat singgah semula tu, maaf ye, hari ni wanie akan terjah blog anda semua..InsyaAllah.. ^_^

Tajuk entri wanie hari ini adalah berkaitan dengan tajuk muka hadapan metro semalam. Seorang bayi maut kerana tidak berhenti menangis. Bayi ni meninggal sebab digoncang oleh bapanya sendiri..Ya, bapanya sendiri. Kadang-kadang wanie pelik, mana pergi sifat kemanusiaan sampai anak sendiri pun jadi mangsa, sampai maut..Ya Allah..

Selain itu, wanie pun selalu juga perhatikan, bila pergi shopping mall ke, pasar malam, wanie tengok mak ayah jalan depan, anak-anak yang masih kecil, tiga empat tahun dibiarkan jalan sndiri di belakang..Haihh, kalau ada orang nak kidnap, senang-senang je taw..Serius wanie rasa terkilan dengan cara orang-orang sekarang ni..Mungkin ada yang kata "Alah, kau takde anak lagi, apa kau tahu, apa kau paham". Ya Allah, anak tu anugerah Allah yang tak terhingga. Ada orang dah kahwin belasan tahun, puluhan tahun tapi diuji dengan tiada cahaya mata, dan bila yang Allah dah kurniakan kurniaan terindah (anak), hargailah, didik dan jagalah anak sebaiknya..Amanah Allah tu..Bukan mudah nak mendapatkannya..

Wanie tak kahwin lagi, dan pastinya belum ada anak lagi.. Tapi wanie selalu perhatikan keadaan sekeliling, belajar daripada baik buruk yang orang-orang sekeliling lakukan. Jadi, sebelum berumah tangga, insyaAllah wanie akan betul-betul persiapkan diri supaya perkara-perkara yang macam ni takkan berlaku. Ilmu dan iman perlu penuh di dada, tahap kesabaran kena tinggi, supaya boleh melayari bahtera kehidupan dengan baik.. Semoga dikurniakan pasangan hidup yang ada tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa berlandaskan jalan Allah, supaya macam mana bergelora pun, kuat mana dugaan yang Allah berikan pun, dapat dihadapi dengan sebaik-baik penyelesaian.

Semoga kawan-kawan yang dah berumah tangga, dah ada cahaya mata, dapat melayari hidup yang lebih mencabar dengan sebaiknya ya..InsyaAllah, kita sama-sama doakan. Yang paling penting, sentiasa minta petunjuk Allah dalam setiap perkara.. He knows the best..

Wallahualam..

(Image Google)