Sunday, August 10, 2014

"Tak Sayang Anak Ke?"

Assalamualakum.
Selamat berhujung minggu..

Semalam, Wanie tak dapat berblogwalking sangat sebab pergi memenuhi dua jemputan kahwin rakan sekolah dulu. Sampai rumah pun dah jam 10.00 malam, letih dan berehat. Mana-mana yang wanie belum sempat singgah semula tu, maaf ye, hari ni wanie akan terjah blog anda semua..InsyaAllah.. ^_^

Tajuk entri wanie hari ini adalah berkaitan dengan tajuk muka hadapan metro semalam. Seorang bayi maut kerana tidak berhenti menangis. Bayi ni meninggal sebab digoncang oleh bapanya sendiri..Ya, bapanya sendiri. Kadang-kadang wanie pelik, mana pergi sifat kemanusiaan sampai anak sendiri pun jadi mangsa, sampai maut..Ya Allah..

Selain itu, wanie pun selalu juga perhatikan, bila pergi shopping mall ke, pasar malam, wanie tengok mak ayah jalan depan, anak-anak yang masih kecil, tiga empat tahun dibiarkan jalan sndiri di belakang..Haihh, kalau ada orang nak kidnap, senang-senang je taw..Serius wanie rasa terkilan dengan cara orang-orang sekarang ni..Mungkin ada yang kata "Alah, kau takde anak lagi, apa kau tahu, apa kau paham". Ya Allah, anak tu anugerah Allah yang tak terhingga. Ada orang dah kahwin belasan tahun, puluhan tahun tapi diuji dengan tiada cahaya mata, dan bila yang Allah dah kurniakan kurniaan terindah (anak), hargailah, didik dan jagalah anak sebaiknya..Amanah Allah tu..Bukan mudah nak mendapatkannya..

Wanie tak kahwin lagi, dan pastinya belum ada anak lagi.. Tapi wanie selalu perhatikan keadaan sekeliling, belajar daripada baik buruk yang orang-orang sekeliling lakukan. Jadi, sebelum berumah tangga, insyaAllah wanie akan betul-betul persiapkan diri supaya perkara-perkara yang macam ni takkan berlaku. Ilmu dan iman perlu penuh di dada, tahap kesabaran kena tinggi, supaya boleh melayari bahtera kehidupan dengan baik.. Semoga dikurniakan pasangan hidup yang ada tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa berlandaskan jalan Allah, supaya macam mana bergelora pun, kuat mana dugaan yang Allah berikan pun, dapat dihadapi dengan sebaik-baik penyelesaian.

Semoga kawan-kawan yang dah berumah tangga, dah ada cahaya mata, dapat melayari hidup yang lebih mencabar dengan sebaiknya ya..InsyaAllah, kita sama-sama doakan. Yang paling penting, sentiasa minta petunjuk Allah dalam setiap perkara.. He knows the best..

Wallahualam..

(Image Google)

22 comments:

  1. ya allah..cian pd anak tu.perkara biasa la budak suka menangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dah namanya budal-budak..ada lah sebabnya dia menangis tu..

      Delete
  2. baby ni lemah lagi..tulang dan struktur tubuh dia masih tak kuat lagi macam budak belasan tahun. Ya Allah hai..menangis tu memang biasa..kena banyak bersabar..kita dulu-dulu pun menangis serupa itu juga..nasib mak kita sabar ja..kalau tak ada kesabaran tu? agak agak hidup lagi tak kita? huu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kan? dah itu je yang baby tu pandai..kang kalau dia cakap kang lain pula jadinya..huhu

      Delete
  3. Haish.. banyak betul kes begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sangat dah sekarang ni kan..tak paham kenapa..huhu

      Delete
  4. Tak baca metro smlm. Setuju dgn wani. Kite sbg org bujang ni hanya mmpu melihat. Harap nanti kalau diberi peluang ada ank, didik lah dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kita belajar dari kesilapan ye.. ^_^

      Delete
  5. byk jugak.. kdg2 mak bapak yg careless... klu pimpint tgn anak, biarlah anak di sebelah dalam, jangan di sebelah luar. kalau kena langgar kan ke sia2 je... lagi satu... biarlah anak jln kat depan, jgn biar anak jln kat belakang... adoi tak betah klu tk nmpk anak jln kt depan... nak dpt sorang bukan senang wooo... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, Allah dah bagi kepercayaan anugerah terindah tu..janganlah sia-siakan kan..

      Delete
  6. alahai, janganlah lalai, nak hilang sekelip mata je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ma, sekejap je kalau nak hilang tu..wanie pulak yang risau..

      Delete
  7. kan.. kesian betol dekat budak2... nanti kalau dgr orang cakap 'buat anak nak , tapi jaga anak tak nak' naik marah pulak..

    ReplyDelete
  8. Ya ALLAH ksiann nya kat budak tuu.. payah laa tahu buat anak je.. tp sangop bt anaknya cmtuu.. smoga dijauhhkan laa ~

    ReplyDelete
  9. Kalau datang klinik, biar je anak main kat pintu, panjat ataa couch yang tinggi tu, menyempit tepi doktor sampai nak tersiku muka anak dia..
    Kalau ngan saya, memang saya sound terus...
    Sound direct.
    Kalau anak dia cedera...tak ke susah?

    ReplyDelete
  10. Biasalah baby nangis nih..mungkin dia sakit ke apa, lagi suka nangis.. apa yang penting kesabaran..mungkin si bapa nih pun mengalami tekanan sapa tau..sekarang penyakit dari mental nih pun banyak juga..

    ReplyDelete
  11. Hanya orang yang tak BERIMAN je akan perlakukan anak-anak begitu hhuhuh..mmg sedih..byk kes berlaku sekarang

    ReplyDelete
  12. haaaa... dh bce pper tu! mmg ntah ppe boleh buat sampai mcm tu... urghhh...dunia2

    ReplyDelete
  13. akak pn kadang2 tak sanggup nak baca kes anak2 kena dera nie.. tak tahu la mcm mana boleh hati baru mcm tue.. sedangkan haiwan pun sayang anak2.. inikan manusia yang diberi akal untuk boleh membezakan baik buruk sesuatu perkara.. Ermmm tak tahu la apa nak jadi.. dah nak akhir zaman kot..

    ReplyDelete
  14. salam...ini memang betul betul tak sayang anak..sanggup dia?? hmm :(

    ReplyDelete
  15. kesian budak2 tu.

    haritu saya ada terbaca kat whatsapp. anaknya mati kena langgar dengan van sebab tiba2 dia berlari keluar masa mak sibuk bershopping kat dalam kedai. siannya.

    ReplyDelete
  16. Mmg tak patut betullah... sanggup dia buat mcm tu. Anak tu anugerah Allah & tanggungjawab yg akan ditanya di akhirat kelah... astagfirullah... mohon dijauhkanlah dari perkara2 yg batil & kejam mcm ni...

    ReplyDelete