Wednesday, February 4, 2015

Betul Ke Pilihan Ni?

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni, wanie rasa terlalu banyak perkara yang wanie perlu buat pilihan..Lagi merunsingkan bila pilihan tu semua melibatkan masa depan..Ya, melibatkan masa depan..Sampai satu masa Wanie rasa buntu, dilemma, stress, tak tahu mana nak tuju, macam-macam..

Pertama, dilemma..nak sambung study atau nak kerja? Kalau kerja, nak kerja apa? Nak kerja yang bagus terus memang susah nak dapat..Inilah dia, dilemma seorang graduan..Kalau ikutkan hati, memang minat sangat sambung belajar..Sebab memang bercita-cita nak jadi pensyarah..Kalau berhenti sampai takat degree, sekarang susah dah nak diterima jadi pensyarah..Boleh kata tiada..

Ok lah, sambung lah master, memandangkan minat, dan betul-betul nak jadi pensyarah..Ok, firm! Then bila dah decide nak sambung master, kena buat pilihan lagi, nak buat coursework atau by research? Allah..kena buat pilihan lagi..Sebenarnya tak jadi kerunsingan sangat mula-mula tu, sebab fikir nak buat coursework je, senang, tak payah banyak fikir..Tapi..1 hari tu, lecturer call, dia offer buat research, dalam masa yang sama jadi Grant Research Assistant (GRA)..Maknanya tiap-tiap bulan dapat gaji..kira sambil buat master, sambil tu kerja dengan lecturer..Ok, wanie rasa berminat..boleh buat 2 dalam 1..boleh simpan duit, boleh belajar, dapat master juga..

Tapi tulah, macam biasa, tak semua orang suka tulis tesis (tapi wanie suka lah juga)..bila buat by research ni mencabar, kita kena berdikari, buat sendiri..kelas cuma ada dua sepanjang tempoh buat master..kelas sama-sama dengan pelajar PHD...ok, mencabar! Biasanya buat by research ni lama sikit berbanding coursework..fuhh..tapi takpelah, wanie anggap ni semua cabaran..doakan urusan wanie sepanjang buat master, jadi GRA ni dipermudahkan..Ya Allah..mohon dipermudahkan..kadang-kadang terfikir, betul ke pilihan aku ni? Hmm..mungkin Allah pilih wanie sebab Dia tahu kita mampu..then why not we believe in ourself?

Wanie doa...doa sangat-sangat supaya segalanya dipermudahkan..Wanie dah pilih jalan nie, moga Allah permudahkan..insyaAllah, wanie akan sedaya upaya keep in track dalam buat research ni..insyaAllah..Maaf terpanjang..memang betul-betul nak kongsi..doakan Wanie..terima kasih..

Wassalam..

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum


Dont give up, dear...