Tuesday, September 24, 2013

Kenapa perlu memandang rendah padanya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk hidup di muka bumi milik Allah s.w.t ini...
Alhamdulillah...
Bagaimana dengan kehidupan kalian semua hari ini?
Semoga semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dalam redha-Nya...
InsyaAllah...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri Wanie di atas, kenapa kita perlu memandang rendah padanya..Wanie terpanggil untuk menyatakan pendapat dan fikiran Wanie tentang perkara ini kerana ada sesetengah dari kita yang sememangnya memandang rendah..Memandang rendah kepada siapa yang Wanie maksudkan ini? Mereka ialah golongan bawahan, atau mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pembuat jalan, tukang angkat najis dan sebagainya..(Maaf ye, Wanie tidak bermaksud untuk memandang rendah golongan ini..tidak sama sekali..)

Di tempat-tempat awam, Wanie sering perhatikan, terdapat segelintir manusia yang memandang golongan ini dengan pandangan sinis, ada yang dimarahi tidak semena-mena, dan sebagainya..Tersentuh hati Wanie melihatnya..

Kenapa ya, mereka dilayan sebegitu?dipandang rendah dan sebagainya?Wanie sering terfikir, kenapa mesti memandang rendah kepada mereka, sedangkan mereka melakukan pekerjaan yang mulia..Iyalah, cuba kita bayangkan jika tiada tukang cuci, tiada tukang ambil sampah-sarap yang kita sendiri buang, tiadanya mereka yang melakunya kerja mulia ini..bagaimana kehidupan kita?

Sepatutnya kita bersyukur, kita mendapat pekerjaan yang lebih elok dari mereka, dan mungkin kehidupan kita juga lebih selesa berbanding mereka..

Seharusnya kita berterima kasih kepada mereka, kerana sanggup melakukan pekerjaan untuk keselesaan bersama..

P/S: Wanie sedang berusaha sedaya upaya untuk menggunakan bahasa dengan baik..jika terdapat kekurangan di mana-mana, Wanie mohon maaf sangat-sangat..Masih terlau banyak yang perlu dipelajari...