Tuesday, September 24, 2013

Kenapa perlu memandang rendah padanya...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk hidup di muka bumi milik Allah s.w.t ini...
Alhamdulillah...
Bagaimana dengan kehidupan kalian semua hari ini?
Semoga semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dalam redha-Nya...
InsyaAllah...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri Wanie di atas, kenapa kita perlu memandang rendah padanya..Wanie terpanggil untuk menyatakan pendapat dan fikiran Wanie tentang perkara ini kerana ada sesetengah dari kita yang sememangnya memandang rendah..Memandang rendah kepada siapa yang Wanie maksudkan ini? Mereka ialah golongan bawahan, atau mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pembuat jalan, tukang angkat najis dan sebagainya..(Maaf ye, Wanie tidak bermaksud untuk memandang rendah golongan ini..tidak sama sekali..)

Di tempat-tempat awam, Wanie sering perhatikan, terdapat segelintir manusia yang memandang golongan ini dengan pandangan sinis, ada yang dimarahi tidak semena-mena, dan sebagainya..Tersentuh hati Wanie melihatnya..

Kenapa ya, mereka dilayan sebegitu?dipandang rendah dan sebagainya?Wanie sering terfikir, kenapa mesti memandang rendah kepada mereka, sedangkan mereka melakukan pekerjaan yang mulia..Iyalah, cuba kita bayangkan jika tiada tukang cuci, tiada tukang ambil sampah-sarap yang kita sendiri buang, tiadanya mereka yang melakunya kerja mulia ini..bagaimana kehidupan kita?

Sepatutnya kita bersyukur, kita mendapat pekerjaan yang lebih elok dari mereka, dan mungkin kehidupan kita juga lebih selesa berbanding mereka..

Seharusnya kita berterima kasih kepada mereka, kerana sanggup melakukan pekerjaan untuk keselesaan bersama..

P/S: Wanie sedang berusaha sedaya upaya untuk menggunakan bahasa dengan baik..jika terdapat kekurangan di mana-mana, Wanie mohon maaf sangat-sangat..Masih terlau banyak yang perlu dipelajari...


15 comments:

  1. betol tu dik...cik akak pun sependapat dengan adik....
    tanpa mereka siapalah kita kan...hidup ini kan umpama putaran roda....
    jangan sesekali memandang rendah pada orang lain....
    Allah maha adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada..

      Delete
  2. Tak baik pandang sinis dan rendah sebegitu, di sisi Tuhan mgkin mrk lebih baik drpd kita..

    ReplyDelete
  3. Bukan memandang rendah kalau tengok orang kerja tgh panas..tapi kasihan..tgk makcik mintak sedekah pun rasa nak nangis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak..dahla kebanyakannya orang tua yang buat kerja2 macam ni...

      Delete
  4. What a shame to treat others how they treat you, what a shame. Treat others how you want to be treated. Treat others in the best of ways because you are a good person. Treat others based on your goodness, and your duties as a Muslim, and your stance as a human being.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strongly agree..treat others how you want to be treated..:)

      Delete
  5. realiti kehidupan begitulah adik.. selagi kita tak berada di tempat mereka pasti kita tidak akan merasai bagaimana perasaan mereka.. cuba bayangkan jika tiada tukang sapu, pasti dunia ini dipenuhi oleh sampah sarap..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal adik. Nice sharing :)
    Akak setuju dgn apa yg adik perkatakan. Tak baik pandang rendah pada org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kak..kan..tak baik...hanya amalan yang dapat bezakan kita dari pandangan Ilahi...

      Delete
  7. Salam kenal adik. Nice sharing :)
    Akak setuju dgn apa yg adik perkatakan. Tak baik pandang rendah pada org lain.

    ReplyDelete
  8. betol 2..setuju sgt2..jgnlah pndang rndah pd golongan mcm 2..sy kdg2 tgok diorang yg bwahan ni rsa hormat sgt..sbb biasanya pasti orang2 tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fais..kebanyakkannya orang tua..kalau tak tua sangat pun,lebih tua dari kita kan..kena hormat..

      Delete