Tuesday, March 19, 2013

Ilmu Pengetahuan?penting ea??

Assalamualaikum...hye semua...
     Untuk entri kali ni aku nak berkongsi sedikit tentang ilmu pengetahuan ni..yelah, mana-mana kita pergi, dan dari sekolah rendah lagi, cikgu-cikgu dah mengingatkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan ni kan...yes, its true..ilmu pengetahuan ni sangat penting..sangat penting...ulang suara..sangat penting..hehehe....
     Apa itu ilmu pengetahuan?kat mana kita nak dapat ilmu pengetahuan ni? this is very simple question...ilmu pengetahuan ni boleh dapat di mana-mana sahaja kita berada..ceh ayat...hehe....yelah, bila kita melancong, dapat ilmu pengetahuan, bila kita join apa-apa aktiviti, kita akan dapat juga ilmu pengetahuan..guys, ilmu pengetahuan ni tak boleh nak diukur dengan pointer or so on taw..tapi ilmu pengetahuan ni boleh jadikan kita lebih matang dan boleh berfikir secara kritis bila kita menguasainya..
      Aku perasan, ramai antara kita nie yang tidak berapa mengambil berat tentang ilmu pengetahuan, padahal perkara ni terlalu penting...yelah, kita sibuk dengan siapkan esaimen, tutorial esaimen, quizzes, sampai tak ambil berat tentang ni kan...termasuklah aku sebenarnya...ye...termasuklah aku..tapi lama-lama bila aku berfikir-fikir, aku perlu ambil tahu tentang isu-isu semasa yang juga merupakan ilmu pengetahuan..nak dijadikan cerita, hari tu kawan aku pergi interview sebab nak dapatkan one posting kat satu agensi ni...jadi korunk nak tahu apa yang ditanya? sudah tentulah tentang apa isu semasa yang kita tahu kan...then kawan aku pun jawablah...but u knows, interviewer tu nak tahu perkara yang baru semalam berlaku...bukan perkara-perkara yang sedang orang cakap2 macam kes di Lahad Datu tu...lagi satu, interviewer tu tanya, buku terbaru yang awak baca apa? gulp!!..hehe..so, paham tak di situ? dia tanya tentang perkara yang paling latest taw..huhu...
     Jadi, perkara ni telah lebih membuka mata aku untuk lebih mengambil berat tentang ilmu pengetahuan dan isu-isu semasa..sebabnya kalau nak diukur dengan pointer atau pencapaian, aku yakin dah terlau ramai yang dapat hebat-hebat sekarang ni kan..jadi perkara-perkara sebeginilah yang akan jadi extra marks untuk kita nanti...moralnya, baucer buku yang kita dapat tu, beli lah buku-buku yang boleh bagi manfaat dekat diri kita sendiri.


Haha..nampak tak aku tengah poyo membaca buku tu?


Yang ni aku tengah pening nak pilih buku apa..rasa nak angkut semua je buku dalam tu..hehe


Ni plak kawan-kawan aku yang selalu teman aku cari buku. Nampak tak muka puas kitorunk lepas dah dapat beli buku..heheheh

Yeah..lastly thanks 4 reading my entry...sharing is caring, kan?..publish!!


Monday, March 18, 2013

Kita ada 24 jam sehari..

Assalamualaikum semua...
    hye everyone...betul kan, kita semua ada 24 jam sehari...takde sape2 pun yang boleh nak share masa kita ni atau sebagainya..kita masing2 ada masa sendiri..tapi dalam 24 jam ni, ada jugak lagi orang yang tak cukup masa..ask for me la kan, ada rasionalnya Allah bagi kita 24 jam sehari..dan pada aku masa 24 jam sehari ni da cukup memadai..cumanya yang tak cukup ni, kita kena berfikir sendiri la, apa yang kita dah buat selama 24 jam sampikan sampai tak cukup masa kadang2 tu kan...
     Aku pun sebenarnya takdelah seorang yang pandai bahagi kan masa sangat...yelah kan, kita ni manusia biasa..selalu je terleka dengan macam2 perkara..hihi...cumanya, bila aku dah masuk universiti ni, ahamdulillah lah, aku boleh la jugak manage masa dengan baik..walaupun kadang2 tu ada juga terlebih kat perkara lain2..hehe...tapi walau apa pun, tak pernah la lambat hantar esaimen, atau tak lakukan tugas sebagai seorang pelajar dengan baik..
       Baiklah, sebagai manusia biasa, sudah tentu banyak benda yang kita nak kena buat dalam masa sehari tu kan..makannya, tidurnya lah, buat esaimen, belum lagi masa2 nak dating la bagai, on9 fb, twitter, aktiviti persatuan, discussion la bagai and so on...tak salah nak buat semua tu, cuma kita kena pandai lah bahagikan masa..buat mana yang penting dulu..yelah, as a student, mestilah esaimen and study tu lagi penting selain dari menjalankan tugas sebagai hamba Allah kan?jadinya, tak salah nak appreciate diri sendiri dengan melakukan perkara yang kita suka, tapi make sure tugas2 yang kita perlu selesaikan tu dah siap dahulu..then, baru lah boleh enjoy..hehe...lagipun., kalau nak suka2 tapi esaimen or tugas2 lain banyak yang menanti, x best jugak kan...tengah2 berkaraoke, teringat muka lecturer, teringat sebundle esaimen...haha..(macam pernah alami je kan)..wkwkwk...
     Jadinya, tak salah nak bersuka ria, hang out dengan kawan2, tapi lepas tu topup balik la masa yang kita dah gunakan tu untuk buat tugas kita yang lagi penting, kan?sebabnya, kalu kita asyik belajar, belajar dan belajar, mengadap buku saje, tak bergaul dengan orang lain, tak best jugak..orang cakap apa?xde life?huhu...orang cakap lah..bukan aku...teheehee...
   


Saje upload gambar jam..sebab jam ni mengingatkan kita tentang masa..Gunakan masa anda dengan sebaiknya ok..

Hmm..tengokla kalau aku da mula menaip..xsampai 3min, siap dah aku membebel..hehe...
Btw, thanks 4 anybody yang sudi luang masa baca entri aku nie...publish!!..hee


Sunday, March 17, 2013

Politik?erkk....

Assalamualaikum alls..
       Mungkin bila melihat kepada tajuk nie korunk akan terfikir bahawa entri kali nie mesti agak sensitif atau aku akan bercerita tentang parti politik yang aku suka...nope!! tanggapan itu adalah salah sama sekali..actually kat sini aku cuma nak berkongsi pandangan tentang pengetahuan politik la..even aku pun sebenarnye takdelah pro sangat..hihi...Sebenarnya begini, ada di antara kita yang memang tak suka nak ambil tahu langsung tentang politik, right? bila aku bertanya dengan certain kawan2 aku tentang politik, mereka akan kata, "sorry wanie, aku tak ambil port tentang politik2 semua nie"....hmm...
        Bagi aku la kan, sebagai seorang yang dah besar, dah layak mengundi pulak tu, kena la ambil tahu serba sedikit tentang politik. Maybe diorunk yang tak nak ambil tahu tentang politik nie beranggapan bahawa "why must me?", "aku ambil tahu atau tidak, tak bagi kesan pun kat negara nie"....hmm..ini selfish namanya...(opss...jangan marah,hee)...bukan apa, aku rasa perlu juga untuk kita ambil tahu, lagi2 yang umur lebih kurang dengan aku ni haa...kalau aku tanya budak darjah satu. dorunk tak tahu pasal politik, its ok la..tapi kita yang sudah dewasa nie kena la jugak ambil tahu even tentang beberapa perkara...bukan apa, politik ni ada kaitan dengan perkembangan negara pada masa akan datang. Kalau bukan kita yang merasa perubahannya pun, generasi kita yang akan datang juga yang merasainya...bukan orang lain..kan?kan?kan?..so,kena la ambil tahu sedikit ye kawan2...dan lagi satu, bila kita dah tahu sedikit, kita mesti akan nak tahu lebih banyak untuk mencari kebenaran la, dan sebagainya...hehe...
       Selain tu juga, bercerita tentang hal politik nie, pada aku, kita kenalah berfikiran terbuka..berfikiran terbuka nie kita kena kaitakn dengan tidak terlalu taksub..yelah, setiap orang kan ada parti politik kegemaran masing2, yang dianggap benar, dan menyokong seratus-peratus...yelah, bila taksub sangat ni, kita sampaikan tak boleh nak terima kebaikan yang pihak lain dah buat..hmm..this is wrong doing pada aku...senang cerita macam ni lah, ambil yang jernih, buang yang keruh...mana2 perkara yang baik, bagi teladan, kita ambil, yang kurang baik, kita  jadikan sempadan..baru dikira matang macam tu..ni dah tak boleh terima kebaikan orang langsung..huu..berat nanang...wkwkwk....
 

Kisah Gadis Biasa: Jangan Pernah Give up!!

Kisah Gadis Biasa: Jangan Pernah Give up!!: Assalamualaikum....      Bercerita tentang pengalaman ni of course la semua orang ada pengalaman indah dan pahit masing2 kan..Same as me..m...

Jangan Pernah Give up!!

Assalamualaikum....
     Bercerita tentang pengalaman ni of course la semua orang ada pengalaman indah dan pahit masing2 kan..Same as me..mungkin cerita aku ni boleh dijadikan teladan la kot untuk sape2 yang pernah rasa down sangat tu..Nway, cerita yang banyak bagi ak pengajaran ni bermula daripada sekolah menengah la...Masa tu mungkin sudah bermula kehidupan yang dah ada arah tuju..hihi...okai...kat sekolah menengah ni la aku dapat terlalu banyak pengalaman yang mungkin buat aku jadi lebih matang sekarang..baik...dari darjah satu sampailah darjah 6, maybe aku selalu bernasib baik sebab sentiasa dapat results yang agak baik dan sering menjadi contoh kepada kawan2, saudara-mara terutamanya adik beradik.. tapi nak dijadikan cerita, UPSR ok ,masuk sekolah berasrama penuh, PMR pn ok then tbe2 SPM ak......omg!!!...out of expectation....dan disitulah bermulanya ak menjadi seorang yang berhati cekal dan aku rasa inilah dugaan yang paling berat aku hadapi.
       Rasanya uolls pn boleh bayangkan la kan..dari kecil sampai besar dapat keputusan yang agak cemerlang then bila da sampai penentu untuk masuk universiti, aku dapat results yang sangat...teribble....semua sedara mara aku bertanya2 time tu..jiran2 da mula bercerita...ok, sebagai manusia yang bermotivasi tinggi (kononyer la kan, hehe), aku bernekad untuk teruskan juga kehidupan sebagai seorang yang berjaya walaupun dengan result yang kalau boleh semua orang xnak dapat. masa tu xpayah cakap la da berapa liter air mata yang aku da titiskan...lepas dapat results tu biasalah, semua orang da sibuk memohon sana sini, dah masuk universiti sana sini, dan macam2..dan lebih memberatkan hati aku, aku yang bersekolah di sekolah asrama penuh ni of kos la, kawan2 aku semua berjaya...masing2 ke UTP,USM, overseas, dan sebagainya...yang ak?korunk nak t ahu?ak sambung belajar kat form 6..bukan aku berniat untuk merendahkan form 6, tidak sama sekali ye, cuma kalau boleh dah tak nak pakai baju sekolah lagi dan tak pernah terfikir langsung untuk terus belajar di sekolah...asrama pulak tu..hihi...mungkin aku seorang saje yang sambung belajar kat f6 jika dibandingkan dengan semua kawan2 aku yang lain...yang lain2 kawan2 aku sibuk di matrikulasi, foundation, asasi dan sebagainya...mmg sangat down masa tu..
     Tapi takpelah, aku percaya rezeki masing2 tu ada, dan aku teruskan perjuangan sebagai pelajar f6 dengan sebaik mungkin..dan alhamdulillah, walaupun results aku taklah sebagus mana, tapi sekarang aku berjaya juga masuk ke universiti..dan akan bergraduate bersama2 dengan rakan2 aku yang lain...dan sekarang, aku meneruskan perjuangan untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin di bumi UKM..alhamdulillah..aku sangat tenang dan bahagia di sini...
          So, moral of the story sekarang nie, sesiapa yang pernah terasa down, atau merasa down pada saat ini, bangkitlah!!..'ceh ayat' hehe...yup, bangkitlah..kita kena buktikan pada dunia..kalau tidak pada dunia pun, buktikan kat jiran2, sedara mara, keluarga, yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain...bukan berniat untuk bangga diri atau riak..cumanya untuk membalas jasa kedua ibu bapa...apa gunanya berputus asa,down dan terus down...sampai bila...sudah jatuh takkan terus nak duduk saje?kita kena berdiri dan truskan perjalanan ke peringkat yang lebih tinggi...kepada yang senasib ngan aku, SPM tak berapa baik, ini ujian Allah namanya....dan bukan bermakna yang kita tak berpeluang untuk berjaya seperti orang lain..ada banyak cabang lain yang kita boleh pergi untuk menjadi insan yang berjaya...


Ni adalah antara gambar aku dengan kawan2 masa form 6...innocent je muka masa budak2 kan..hihi..(budak2 la sangat)...


Ni pulak gambar aku tengah bersajak, masa form 6 jugak..ni memang kegemaran aku...hehe

Ini juga antara kawan yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk aku terus maju dalam pelajaran..love u all..




Thats all maybe....teruskan usaha ok!!!

Saturday, March 16, 2013

Nukilan + Coretan Hati...




                                                                      Assalamualaikum...
Selamat datang dan salam perkenalan buat semua blogger atau sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog ini..InsyaAllah, semoga kita dapat memanfaatkan peluang dan ruang yang ada dengan pelbagai pengalaman, cerita mahupun tips agar dapat dikongsi bersama..Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari kelemahan dan kekhilafan diri sendiri..InsyaAllah diperbaiki dari hari ke hari...

                                                                                                                  With Lot's of LOVE,
                                                                                                                -Norniwanie Nasarudin-