Wednesday, August 13, 2014

Throwback #1 Kursus Kemahiran (Ascending & Descending)

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni wanie memang sibuk sangat. Memandangkan sambutan kemerdekaan dah nak dekat, macam-macam perkara nak diuruskan. Tapi still mencari masa untuk berblogging. Rasa macam tak complete pula bila tak bukak blog sehari.

Ok lah, entri kali ni wanie nak cerita sikit mengenai Kursus Kemahiran yang wanie telah hadiri sebagai salah satu syarat untuk ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. InsyaAllah majlis pertauliahan akan berlangsung pada minggu hadapan.

Kursus kemahiran yang wanie hadiri ini melibatkan kemahiran menyelamat tempat tinggi. Mula-mula punyalah rasa cuak sebab ada sedikit gayat dan takut untuk buat aktiviti yang akan dinilai dalam kursus tersebut. Terdapat tiga teknik meyelamat tempat tinggi yang telah diajar. Jadi, bolehlah tengok gambar di bawah ye.


 Teknik Australian


Teknik Spider


Yang ini juga teknik spider

Ada lagi satu, iaitu teknik normal rappeling, tapi tak sempat pula nak ambil gambar. Pada wanie, aktiviti ni agak mencabar lah jugak. Agak takut juga pada mulanya. Selain teknik menyelamat tempat tinggi, kami juga diajar teknik crossing. Meh tengok gambar di bawah.


Ini merupakan Monkey Technique..
Yang ini memang susah, dan wanie tak dapat buat sampai habis..
Jatuh dalam air lah jawabnya..huhu

Kalau nak diikutkan, banyak lagi teknik yang dipelajari terutamanya teknik ascending yang wanie tak ceritakan dalam entri ni, takpelah, nanti wanie cerita dalam entri yang lain pula ye.. ^_^

Baiklah, doakan urusan pertauliahan wanie berjalan dengan lancar ye, InsyaAllah.. Nanti wanie updates cerita tentang pertauliahan pula.. 

Sekian, terima kasih sudi membaca..


Wordless Wednesday #3 Diet Rasulullah...

Assalamualaikum...


Jom kita amalkan..