Wednesday, August 13, 2014

Throwback #1 Kursus Kemahiran (Ascending & Descending)

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni wanie memang sibuk sangat. Memandangkan sambutan kemerdekaan dah nak dekat, macam-macam perkara nak diuruskan. Tapi still mencari masa untuk berblogging. Rasa macam tak complete pula bila tak bukak blog sehari.

Ok lah, entri kali ni wanie nak cerita sikit mengenai Kursus Kemahiran yang wanie telah hadiri sebagai salah satu syarat untuk ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. InsyaAllah majlis pertauliahan akan berlangsung pada minggu hadapan.

Kursus kemahiran yang wanie hadiri ini melibatkan kemahiran menyelamat tempat tinggi. Mula-mula punyalah rasa cuak sebab ada sedikit gayat dan takut untuk buat aktiviti yang akan dinilai dalam kursus tersebut. Terdapat tiga teknik meyelamat tempat tinggi yang telah diajar. Jadi, bolehlah tengok gambar di bawah ye.


 Teknik Australian


Teknik Spider


Yang ini juga teknik spider

Ada lagi satu, iaitu teknik normal rappeling, tapi tak sempat pula nak ambil gambar. Pada wanie, aktiviti ni agak mencabar lah jugak. Agak takut juga pada mulanya. Selain teknik menyelamat tempat tinggi, kami juga diajar teknik crossing. Meh tengok gambar di bawah.


Ini merupakan Monkey Technique..
Yang ini memang susah, dan wanie tak dapat buat sampai habis..
Jatuh dalam air lah jawabnya..huhu

Kalau nak diikutkan, banyak lagi teknik yang dipelajari terutamanya teknik ascending yang wanie tak ceritakan dalam entri ni, takpelah, nanti wanie cerita dalam entri yang lain pula ye.. ^_^

Baiklah, doakan urusan pertauliahan wanie berjalan dengan lancar ye, InsyaAllah.. Nanti wanie updates cerita tentang pertauliahan pula.. 

Sekian, terima kasih sudi membaca..


20 comments:

  1. Beraninya wanie. .akak yang gayat ni conform ketar lutut

    ReplyDelete
  2. wowow..tingginya wanie.....gayat nengok

    ReplyDelete
  3. salam singgah di sini...
    Hmm..pun suka teknik ascending & descending ni

    ReplyDelete
  4. Berani yer wanie ni...klo saya, mmg idakla...semoga dipermudahkn segalanya...

    ReplyDelete
  5. ya Tuhan..memang wanie berani..acik memang tak berani

    ReplyDelete
  6. Beraninye kak wanie. Kalau ana, dah fengsan dulu. Gayat punye pasal. Kikiki :D

    ReplyDelete
  7. Uiks, tingginye kalau Cik Mimie dah gayat da tu :)

    ReplyDelete
  8. fuyooo. gayat! tp macam menarik! Nadyya suka aktiviti macam ni. seronok!

    ReplyDelete
  9. seronoknya kalau dapat buat aktiviti macam ni
    mesti release tension bila dah selesai
    selamat berjaya wani :)

    ReplyDelete
  10. whoaaaaaaaaaaaaaaaaa... nk jgk try mcm nie.. tpi xnk msok sispaaa..bley x mcm tu??? kikikikikikiiki

    ReplyDelete
  11. Waduhhh gayat mehhhh, cayalah wanie boleh buat

    ReplyDelete
  12. Mak oii..beraninya.
    Kalau akak mau pengsan.
    Wall climbing pun tak penah buat.

    ReplyDelete
  13. eiii. takutnya. mahu saya nak buat. kalau terpaksa juga, tak tahulah -.-

    ReplyDelete
  14. wanie tak gayat ke..lya tgk pun dah pening

    ReplyDelete
  15. dah lama tinggal semua ni huhu dah gayat rasanya..

    ReplyDelete
  16. alahai.. tinggiii... gayat habesss.. mmg nk tercabut la jantung nmpk gayaya.. hahaha

    ReplyDelete
  17. Ishhh kalau akak mau fengsan dah kalau kena buat mcm tue.. huhuhu.. Apapun akak doakan semuanya dipermudahkan yer wanie..=D

    ReplyDelete