Sunday, August 31, 2014

Merdekakah Kita?

Assalamualaikum..
Salam kemerdekaan...

Alhamdulillah, telah genap 57 tahun negara kita merdeka...Syukur atas nikmat keamanan dan kebahagiaan yang dikecapi..Alhamdulillah.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada perwira negara, parajurit, dan mereka yang ada semasa menuntut kemerdekaan.. Semoga roh mereka berada di tempat yang paling baik..InsyaAllah..

Melihat dari mata kasar, Malaysia memang benar-benar telah merdeka, tetapi rakyatnya adakah benar telah merdeka? Apakah erti kemerdekaan yang sebenar pada kita? Sebagai rakyat yang bersyukur dan menghayati nilai kemerdekaan, kita seharusnya sedar, fikir dan buat perkara-perkara yang boleh membantu menaikkan nama negara, bukanlah perkara-perkara yang bakal meninggalkan kesan buruk pada negara.

Anak muda, golongan yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan negara.. Ayuh, kita tingkatkan nilai patriotik, agar keamanan dan kemajuan Malaysia yang kita kecapi pada hari ini akal kekal terjamin..

Salam kemerdekaan..


13 comments:

  1. Bebaskn minda kita dr budaya yg boleh merosakkan kita.

    ReplyDelete
  2. Singgah sini .. Selamat Hari Kemerdekaan *kibar jalur gemilang depan laptop* .. Harap kita bebas daripada budaya barat & budaya yang merosakkan diri kita . ^_^

    ReplyDelete
  3. salam kemerdekaan wanie.

    sekarang ramai remaja taksub sangat dengan dunia baratttttt. harap mereka sedar laa makna sebenar kemerdekaan :')

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa melindungi kta & menganugerahkan keamanan serta keharmonian yg berpanjangan... aamiin. Salam kemerdekaan Wanie.. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kita boleh sambut hari kemerdekaan ke 57 dengan Aman..i love msia

    ReplyDelete
  6. salam merdeka :)
    moga Malaysia aman sentiasa.

    ReplyDelete
  7. malaysia merdeka, rakyatnya dulu merdeka tapi sekarang semakin lupus. moga moga ia kekal ^___^

    ReplyDelete
  8. Malaysia je merdeka. kita ni x merdeka lagi. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Amy.
      Kalau yang Islam Tahun Baru pula selalu sambut dengan minuman keras kat disko...menari sampai ke pagi under drug influence.
      Apalah erti sebuah kemerdekaan jika jiwa masih dijajah?
      Ada beza ke untuk hari yang diberi nama Hari Merdeka?

      Delete
  9. Salam kemerdekaan ke-57..semoga negara kita terus aman dan makmur..=D

    ReplyDelete