Thursday, March 27, 2014

Tolonglah sedar..

Assalamualaikum...
Mungkin tajuk entri wanie kali ni agak sensitif bagi sesetengah orang yang sedang bergiat aktif dalam bisnes ni,atau ada kaitan dengan sesiapa..
     Di sini wanie tak nak lah mention apa-apa bisnes yang berkaitan MLM...wanie tak nak dan wanie tak benci pun bisnes yang mereka lakukan..tak dapat nak nafikan yang semuanya memang perkhidmatan atau barangan yang bagus yang ingin dikongsikan atau dijual..tapi yang menjadi masalahnya di sini adalah cara mereka menarik orang untuk join bisnes yang dilakukan...kenapa guna reverse psikologi?menipu?ajar berhutang?ajar ponteng kelas dan sebagainya?kenapa??
     Wanie tak cakap kalau benda ni tak jadi dekat wanie..tapi benda ni jadi dekat bestfren wanie sendiri..kesian tengok keadaan dia sekarang...serius kesian..dah nasihat tapi tak jalan...kadang-kadang sampai wanie menangis sendiri mengenangkan nasib dia...bukan sikit2 duit yang perlu dilaburkan,tapi sampai kepada puluhan ribu..masyaAllah...dan dah ramai yang join benda ni extend pengajian..ramai...most of them...kasihan...Allah...sedih...wanie harap perkara macam ni tak jadi kat orang terdekat wanie lagi..wanie mohon,pikirlah sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu...

7 comments:

  1. masa study dulu pun ada yang ajak akak join mlm.. masa tu akak memang menolaknya sebab nak tumpukan pada study.. lagi pun modalnya pun beribu juga.. menabung 3kali nuff digi.. :D

    ReplyDelete
  2. blog akak bertukar url.. kalau guna url lama entri baru lambat update kat bloglist kawan-kawan.. url baru akak--->>> http://www.mizzaiza.com/

    ReplyDelete
  3. dah lama tak nampak awanie..lya singgah menabung cne

    ReplyDelete
  4. x nafikan point awak ade kebenarannya....thanx singgah kat blog sy...hehheeh...

    ReplyDelete
  5. Inilah jadinya bila duit menjadi target utama.. akhirnya sanggup menipu semata2 kerana duit. Saya ada kawan yg dah grad serta memilih salah astu MLM sbg kerjayanya.. apa yg menarik ialah caranya yg kini dah masuk 15 tahun. Tiada siapa pun terasa atau tidak menyukai cara beliau berniaga. Saya masih ingat prinsip beliau.. kena ingat, MLM tu sekadar sales shj sebenarnya klu kita mengejar duit.. org atas duk cuci orak mereka.. tp klu kita ada pernacangan utk kerjaya sebenar, kita akan jaga segala sudut agar org percaya kita lebih dari produk MLM itu sendiri. Kena faham juga yg MLM ni tak semua sistemnya halal.. Tp kesian lah bila otak2 di cuci dgn kemewahan secara tak langsung mereka jadi alat utk sykt MLM mendapat lebih pendapatan melalui mereka. Akhirnya ramai yg dikejar tak dapat & apa yg dikendung berciciran.. wallahualam...

    ReplyDelete
  6. saya dah serik.. sebab pernah jadi mangsa.. hehehe

    ReplyDelete
  7. akk pn tak suka kerja MLM..tak serasi.. akk jenis kesian kt orang. jadi tak boleh buat kerja paksa2 orang ni.tak sesuai

    ReplyDelete