Sunday, October 20, 2013

5 Makanan Pencegah Jerawat.

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis entri pada hari ini.Hari ni wanie nak kongsikan sedikit tips yang wanie dapat mengenai makanan yang boleh diambil untuk mencegah jerawat. Jom baca di bawah!

1. Kacang

Ia kaya dengan selenium, vitamin E, tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium, dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit.

2. Ikan

Ikan mempunyai asid lemak Omega 3 dan Omega 6 yang boleh mengurangkan keradangan pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat.Antara ikan yang sangat disyorkan untuk dimakan ialah seperti ikan salmon, tenggiri dan sardin.

3. Anggur merah

Selain isinya, biji anggur juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi yang berkhasiat dan juga antiokidan yang dapat mengawal alahan pada kulit.

4. Bawang putih

Dapat membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Allicin yang dapat membunuh pelbagai bakteria dan virus.

5. Brokoli

Mengandungi vitamin A, B kompleks, C, E, dan K serta antioksida. Ia juga bermanfaat untuk membersihkan kulit. 

Gambar Hiasan

17 comments:

  1. Oh.. rupanya kacang boleh mencegah jerawat.. bnyk yg cakap kacang ni boleh buat jerawat. T kasih diatas perkongsian ye. Salam hujung minggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..ramai yang takut makan kacang sebab takut jerawat naik..hehe

      Delete
  2. nice sharing... :) mama takut gile dengan jerawat, tapi still jugak tumbuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu mama..1 atau 2 tu normallah..dia nak tumbuh juga..hehe

      Delete
  3. anggur kita suka makan..datang jerawat juga skali skala tanpa di undang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..baguslah suka makan buah-buahan..sekali-sekala tak pelah lya...normal..hehe

      Delete
  4. perkongsian yang baik adik.. akak suka makan brokoli dan ikan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanie pun suka makan ikan kalau nak dibandingkan dengan ayam...

      Delete
  5. salam isnin wanie...semua tu kita suka makan..tu yang tak ada jerawat kot..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada jerawat?bestnye...hehe

      Delete
    2. hu3 xde jerawat tu =) susah nk cari perempuan @ manusia yg xde jerawat..kcuali baby

      Delete
  6. Aik?? btol ke ni?? xthu plak yg kacang tu cegah dr jerawat =) tp sy ni jenis bntai je semua..

    ReplyDelete
  7. aik.. selalunya kalau makan kacang, jerawat naik lagi teruk.. hmm..

    ReplyDelete