Tuesday, July 15, 2014

Pengalaman Pertama

Assalamualaikum
Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah, insyaAllah.. Entry kali ni wanie nak kongsi mengenai pengalaman pertama wanie bekerja sebagai pembantu peribadi bos.

      Selama ni, bila kita lihat cerita-cerita dalam TV, selalulah ada diselitkan babak seorang PA 'updates' kepada bosnya tentang apa agenda bos tersebut pada hari itu. Selalulah, kan?dalam cerita-cerita Melayu. Bos tu pula biasanya hero dalam cerita tersebut. Nak dijadikan cerita, semalam wanie diarahkan untuk menjadi PA memandangkan PA sebenar kepada bos sedang bercuti. Waktu itu, baru Wanie tahu yang tugas sebagai seorang PA ni bukanlah mudah. Kena sentiasa 'alert', buat kerja laju dan kena kejar bos. Kalau tidak, banyak perkara yang akan tertangguh.

      Bagi Wanie, pengalaman yang Wanie dapat ni sangat berharga, memandangkan Wanie hanya sebagai sorang pelajar praktikal sahaja di organisasi tersebut, tetapi diberi peluang untuk menjadi PA bos. Fuhh..tapi memang tak menang tangan lah. Sebab terlalu banyak surat nak kena 'key in', mesyuarat sana-sini dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, walaupun dalam keadaan yang agak gementar juga, tapi Wanie dapat menyelesaikan tugas pada hari tersebut. Alhamdulillah. 



4 comments:

  1. Zumal pun pernah jadi PA tapi ganti PA sebenar jer. Gelabah jadinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya pun..cuma menggantikan sahaja.. Gelabah tu memang tak dapat dinafikan.. :D

      Delete
  2. Alhamdulillah... pengalaman tu. PA bukan satu kerja yg mudah & yg penting bos tu ok.. klu tak lagi serabut kepala jadi PA dia hahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..pengalaman yang sangat berharga rasanya..bos lelaki, jadi dia x cerewet lah..hehe..setuju.. :D

      Delete