Saturday, February 14, 2015

Al-kisah `medical check up'

Assalamualaikum...
Memandangkan semalam jam 3.20 a.m baru wanie dapat tidur, jadinya malam ni awal-awal lagi dah terasa mengantuk..tapi gagahkan diri juga nak up 1 entri untuk hari ini..hehe..

ok lah nak cerita al-kisah pergi buat pemeriksaan kesihatan ni..biasalah,bila nak sambung belajar, atau nak kerja kat mana-mana company yang berkenaan, kita biasanya disyaratkan untuk melengkapkan borang pemeriksaan kesihatan..tapi kes wanie ni nak sambung buat master..

Mula-mula tu pergi 1 poliklinik ni, dia ada kelengkapan semua, tapi results tak boleh dapat harini, sebab kena hantar dekat makmal dahulu..so wanie pun cuba lah cari klinik lain, mana tahu ada yang boleh siap sehari kan..then wanie pun pergilah satu demi satu klinik swasta..masing-masing klinik tak boleh nak buat x-ray..semua klinik...whoaa...

Dah pergi semua klinik swasta yang berdekatan ni takde x-ray, wanie pun pergi klinik kerajaan..pulak tu harini takde buat medical check up,kena buat appoinment tunggu hari isnin..haihh...malas la,kalau boleh nak setelkan hari ini juga..maklumlah,selasa nak kena daftar kan...dalam hati kata 'tulah siapa suruh buat last minute..huhu'..

Lastly, dah takde pilihan, wanie pun pergilah sebuah hospital swasta ni..namanya hospital Al-Zahrah..Alhamdulillah, dekat sini semua serba lengkap, dan tak perlu tunggu lama dan cas yang dikenakan juga tak mahal kalau nak dibandingkan dengan hospital atau klinik swasta yang lain..mulanya wanie tak nak pergi hospital Al-Zahrah ni sebab wanie dapat tahu tempat ni mahal..rupanya tidak...dan wanie bagi 5 bintang untuk layanan, masa menunggu dan segalanya la..dan cas yang dikenakan untuk medical check up tadi Rm73.60..boleh kata murah jugak sebab ada kawan buat kena RM80.00, RM90.00, RM100.00 dan poliklinik yang mula-mula wanie tanya tadi dia cas RM120.00..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan tadi..lepas ni kalau ada apa-apa masalah kesihatan yang perlukan rawatan rapi, insyaAllah wanie akan ke hospital ni lagi..memang terbaik..

note: hospital ni ada tawarkan pakej untuk bersalin..nanti wanie cuba buat review ya..tengok harga yang ditawarkan tadi sangat-sangatlah berpatutan..opss...sorie terpanjang pulak entri ni..ok lah nak pergi bw mana-mana yang mampu...yang belum tu esok wanie terjah ok? 

                                                                 wassalam..

21 comments:

  1. saya buat medical check up kat klinik kesihatan (kerajaan) area rumah saya senang je... pi hari tu, terus buat.. x kna plak nk appointment semua tu.. hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa sebelum ni pun buat kat kerajaan ja..tetiba je gatai..hehe..tapi aritu kalau tak kena appoinment bagai memang dah p jugklah...

      Delete
  2. saya x pernah tahu berapa kos untuk medical check up sebab selalu cek dengan pak cik angkat. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...untunglah ada pak cik angkat doc ye?hihi

      Delete
  3. alhamdulillah . semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  4. akak dulu buat medical checkup dekat hospital kerajaan. Pergi ramai-ramai dengan kawan. Tak pasti pulak kena bayaran ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan wanie pergi hospital kerajaan bayar rm15 je..ok lah tu kan...tak taulah mungkin masa akak buat tu belum ada bayaran ke kan..

      Delete
  5. hospital al-Zahrah..sis JM tahu hospital tu sbb my sister besalin di sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekee sis..macam mana, ok tak hospital tu? pada wanie ok, puas hati..

      Delete
  6. akak dulu buat medical checkup dekat klinik kerajaan jer.. ermm macam familiar jer nama hospital al-Zahrah nih, pernah dengar jugak orang bersalin kat hospital nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni pun wanie buat kat hospital kerajaan je kak..masa master ni je macam nak cepat, malas nak tunggu, hehe

      Delete
    2. ok laa, apapun dah selesai semuanya kan..

      Delete
  7. Alhamdulillah baguslah.. Hosp. Al-Zahrah tu yg kat bangi tu kan Wanie.. ramai saya dngr kata tempat tu bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. yang wanie pergi tu kat bangi..memang sangat puas hati..nurse yang layan pun oke.. :)

      Delete
  8. Wah bestnya nak sambung master. Bila start?

    ReplyDelete
  9. ms smbung bljr nk wt medical checkup abg dokte yg buat kt spital dia keja...xtau rega.
    ms nk msuk keja company support medical checkup...so xtau rega gak.
    tp ms nk p mekah wt haji ritu buat medical checkup kena dlm RM250 kalau tak salah skali dgn 3 suntikan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah at last dapat charge yang jauh lebih murah.

    ReplyDelete
  11. hehehe CT suka An-Nur daripada Az-Zahra tapi okay saja dedua.. buat rawatan fisio kat An-Nur pun ingat kena ribu raban tapi alhamdulillah tak mahal mana. masih mampu..
    jadi semua da setel kan ? alhamdulillah.

    ReplyDelete