Monday, August 25, 2014

7 Things About Norniwanie - Versatile Blogger Award

Assalamualaikum..

Hai, line internet tetap tak ok lagi..huhu..
Ni pun semput-semput juga nak blogwalking..
Baiklah, terima kasih kepada Cik Nadyya, Nurul Hidayah, dan Syaz yang tag wanie join segmen ni..
Terharu plak kita..hehe..

Syarat-syaratnya :
  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
Baiklah, wanie mulakan ok..

7 Thing About Norniwanie

1. Bercita-cita tinggi

Ehem ! macam poyo je nak mengaku diri sendiri bercita-cita tinggi kan..yes, tapi itulah wanie.. Ok, apa yang tinggi sangat tu cita-citanya? Baiklah, wanie bercita-cita nak jadi pensyarah.. Biarlah kena belajar sampai PHD pun.. I will.. Asalkan dapat capai cita-cita tu..Biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.

2. Sensitif

Actually wanie ni sensitif orangnya. Tapi semakin membesar, semakin pandai nak handle la perasaan tu. Takdelah sikit-sikit nak terasa, nak merajuk..Kalau dulu pernah la macam tu. Tapi bila makin dewasa, mungkin dah matang sikit kot, ehem ! Jadi tak fikir sangat, just let it go.. Lagi senang hati pun riang..hehe

3. Mudah rasa simpati

Wanie sangat cepat kesian kat orang.. Even orang tu wanie tak kenal, bila tengok dia susah, boleh menitis air mata, boleh menangis. Kalau wanie banyak duit, nak tolong dia semampunya. Tapi tak payah tunggu banyak duitlah kan, sekarang pun dah boleh tolong mana yang mampu. Doakan wanie murah rezeki, insyaAllah nak tolong mereka yang dalam kesusahan seboleh mungkin.

4. Kuat membebel

Hahah, yang ini lumrah bagi perempuan kan? cepat ngaku..hehe.. Tapi tulah, wanie just suka membebel dekat orang yang wanie sayang.. Biasanya bebel bukan saje-saje suka-suka, bebel supaya dia beringat, nasihat, dan sebagainya. Bukan saje nak buat orang yang kena bebel tu sakit hati. Biasanya yang kena bebel ni adik-adiklah. Sebab wanie sayang diorang, kena nasihat, bebel sikit..hehe

5.  Suka Pink !

Macam kebanyakkan perempuan lain juga, wanie suka warna pink.. sebab warna pink nampak lembut, feminin gitu..hehe.. Biasalah bila dah suka, apa-apa yang berkaitan warna pink akan nampak cantik..hee..

6. Makan lambat

Haaa... yang ni macam pelik sikit..wanie makan memang lambat..tak tahu kenapa...kunyah 44 kali mungkin..haha..biasa kalau makan dengan kawan-kawan, keluarga ke, mesti wanie orang paling last habiskan makanan.. Kadang-kadang rasa bersalah buat orang menunggu. Tapi bila makan laju wanie rasa macam nak tercekik ! Seksa haihh..huhukk..tak tahu kenapa..mungkin ada masalah kat kerongkong kot.. korang ada yang macam wanie nie tak?

7. Banyak memerhati

Ok, ni yang last..hehe.. sikap wanie memang suka memerhati..belajar daripada apa yang orang lain buat..yang baik jadikan teladan, buruk kena jadikan sempadan. Semua perkara di sekeliling wanie, wanie perhati, belajar, dan observe..Apa yang orang lain lalui mungkin boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman dalam hidup kita juga.. Sebenarnya semua orang disekeliling kita ni bawa banyak erti yang tak ternilai..Jadi jangan biarkan mereka pergi begitu sahaja. Terlalu banyak yang perlu dipelajari..

Ok, ni serba sedikit tenatng wanie..hehe..wanie dah jawab ye...wehee...ok, sekarang giliran wanie pula nak tag blogger lain..hee..


Alhamdulillah selesai..harap-harap apa yang wanie buat ni betul lah ye..sebab macam blur-blur juga dengan segmen ni..hehe..

22 comments:

  1. hihhi.. semoga cita2 akak tu tercapai.. Amin... minat pink jugak eyhh.. macam nadya.. hihii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuk2 patotlaa asyik terbatok2 je.. ade org sebut nama Nadyya rupanya..hahah

      Delete
    2. Eh2..betul ke buat gini? ke kena tag balik orang yang tag kita? tak paham meyh..huhu

      Delete
    3. btl la ni wanie. takpyh tag balik pon xpe :)

      Delete
  2. baruuuu perasaaann tadii.. hehehe.. okayy dah edit. uiksss... kuat membebel ni.. xD alorrhhh lembutnya hati. mudah simpati. mesti ayuuu je kan.. kak? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu? agak ayu jugaklah..hehe..krik..krikk... eh dik, kena tag balik orang yang tag kita ek?

      Delete
  3. ok pink kite sama... bole geng ni.hikhik

    wanie ni mesti bjiwa lembut ni. senstif, mudah simpati . goodluck ye tuk capai citacita tuu.. smoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  4. Amboi tingginya cita-2 .. Gayat .. Hahaha ok in shaa Allah boleh , tiada yang mustahil kan dalam dunia ni . Kalau ada usaha , ada la rezeki . Oh ya , 6 dan 7 kita sama .. Rasanya boleh lepak makan sama-2 kut .. hahaha .. Anddd tak payah tag orang yg tag kita pun xpa la *tolong jawabkan* huhuhuu

    ReplyDelete
  5. eh sebijik macam wawa ni. Tapi part makan lambat tu tak sangat kalau duk sorang diri.. haha

    ReplyDelete
  6. Wahh saya di tag eh... T kasih Wanie. Baguslah bercita2 tinggi. Ibarat org kata, klu tak sampai ke bintang, sekurang2nya dpt juga berada di bulan. In shaa Allah, semoga tercapai segala impian... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  7. eh, saya pun kena ke..? blurr jugak nk kena buat apa ni.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. dah buat.. thanks sudi tag..

      http://pening-pala.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

      Delete
  8. Lya kna tag hhee nnt ada kelapgn lya jwb erkk.

    ReplyDelete
  9. Bunda suka tentang wanie yang mo. 1 & 7....
    Nampak wanie ni seorang yang berjiwa besar...punya cita2 tinggi dan bersemangat kental...

    Bunda suka...tak kiralah lelaki ke perempuan...zaman sekarang ilmu mesti ada selain dari kemahiran diri dalam sesuatu bidang....

    Bila dah ada semangat..ilmu ..hubungan baik dengan Allah...InsyaAllah akan tercapai cita2...yang penting berusaha dulu...

    Syabas wanie...wanie ni sebaya2 anak2 bunda jer kot...

    ReplyDelete
  10. Ehehehe..same la kite..kuat membebel. Ahaks~

    ReplyDelete
  11. ika doakan smoga cita cita wanie tercapai :)

    ReplyDelete
  12. Akak, saya pun makan lambat. kadang2 tu setengah jam tak siap2. ahahahah :p

    ReplyDelete
  13. Ooo baru la akak lebih kenal awak wanie.. hehehe..
    Masuk nie dah 3 org tag akak.. InsyaAllah nnti akak join yer.. =D

    ReplyDelete
  14. Sama. Akak pun kuat membebel.
    Tapi, kalau dah penat..akak akan senyap sampai akak tak kluarkan sepatah kata pun bila ditanya.

    ReplyDelete