Monday, August 26, 2013

Semester Breaks Experience (Part 2)

Assalamualaikum..
Hye alls...lama betul cuti semester kalau nak naik tahun nie kan...Jadinya, banyak la kenangan pahit manis yang didapati sepanjang cuti semester nie...Baiklah, entri kali ni aku nak bercerita tentang kenangan cuti semester aku kali nie...hari tu aku dah dok bercerita tentang kenangan aku nak pergi interview tu kan, KLIK SINI, dan hari ni aku nak bercerita kenangan masa aku dah bekerja kat tempat tu pula ye ~

Baiklah, sebenarnya banyak yang aku dah pelajari sepanjang aku kerja ni...Memandangkan kat office yang aku kerja tu kebanyakkanya semua mak cik-mak cik dan telah berkahwin, maka banyak lah yang aku pelajari tentang kehidupan ni..banyak jugaklah yang mereka dah nasihatkan kat aku..hehe...

Mungkin uolss sendiri dah ada banyak sangat pengalaman kan, aku cuma nak share sedikit pengalaman yang aku dapati lah.. bila dah kerja, campur dengan ramai-ramai orang ni, kita sebenarnya kena pandai bawa diri, kena pandai sesuaikan diri dengan sekeliling...senang cerita kena pandai membawa diri lah..Mula-mulanya aku rasa macam nak resign je lepas hari pertama masuk kerja tu..Masa rehat, aku jumpa kawan aku, aku nangis-nangis cakap esok aku tak nak kerja dah..haha..giler kememeh aku ni kan...yelah..i tak biasa taw nak bercampur dan borak-borak ngan mak cik tu semua..i CAN'T!!...Bila aku nak dok borak, aku tak tahu nak borak tentang apa sebab iolss kan lain generasi...bila tak bercampur nanti dikata sombong pula..fuhh...memang dugaan...senang cerita hari pertama kerja memang semua serba tak kena...duduk saje tak kena, nak campur berborak tak kena, semua tak kena lah...

Tapi bila dah balik kerja, aku fikir-fikir semula, mana ada benda senang beb...kalau aku ni tak boleh nak susah sikit, semua benda nak dalam keadaan selesa, sampai bila la nak senang..heii..ingat nanti nak kerja tak kena campur orang ke??ishh3...Maka dengan semangat dalam diri yang tinggi, aku pun teruskanlah sebab nak cari pengalaman...Bila dah lama-lama, tak sangka semua akak-aka dan mak cik-mak cik kat sana sangat-sangalah sporting..banyak bagi tunjuk ajar,nasihat dan sebagainya...thanks semua...

Pesanan aku, yang paling penting bila kita pergi tempat baru ialah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan orang sekeliling..insyaAllah..semuanya akan ok...

Ok,jumpa next entri!!...Nanti ada cerita lagi ok...hee

Selamat malam..esok i na kerja lagi..untuk minggu yang terakhir..sedih!!..cepat sangat masa berlalu...


Sunday, August 25, 2013

KEGANASAN RUMAH TANGGA..

Assalamualaikum....
Hai2 semua...keganasan rumah tangga?hmm..rasanya semua dah begitu familiar dengan kes macam ni kan...betul tak?betul tak?takut rasanya...bukan ke sesebuah rumah tangga tu dibina dengan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain, dan ingin hidup bersama, bukan ke?tapi kenapa boleh jadi keganasan rumah tangga pulak ni?haisshh..manusia memang boleh berubah dengan sekelip mata je ke?

Okai, aku sangatlah takut ye mendengar kes-kes macam ni..Yelah, kalau yang dah berkahwin dan dah bahagia tu lainlah ye..Aku yang belum kahwin ni of koslah takut sebab belum tahu nanti punya cerita macam mana kan...Ya Allah, semoga kita semua terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini sebegini...

Kepada awek-awek di luar sana, judge lah pasangan kamu semua betul-betul sebelum bersetuju menjadi pasangan hidup dia...hmm...tapi macam mana nak judge ye?orang kan boleh berubah sekelip mata kan...yang terlibat dengan keganasan rumah tangga tu pun bukannya nak semua tu terjadi kat diri dia, betul tak awak-awak semua?

Lastly, kita sebenarnya kena banyak-banyak berdoa kepada Allah..Allah jua yang menjadikan sesuatu kejadian...Semoga semua baik-baik sahaja...

(Gambar hiasan dari Pok Google)
Sebenarnya apa kaitan gambar ni dengan entri aku kali ni?hehe
Ok, sebenarnya ganbar ni mengajak kita saling sayang-menyanyangi antara satu sama lain...tamolah dengar keganasan rumah tangga dan sebagainya ni..kita takutlah awak..hehe