Friday, February 20, 2015

Jus buah terbaik !

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua!
Masing-masing balik kampung ke cuti ke?
Ok lah ni wanie nak share tentang air buah yang terbaik yang ada dekat area bangi ni..
Dalam banyak-banyak kedai yang pernah wanie minum air buahnya, kat restoran Sri Nangka ni la yang terbaik..
Dahla sedap,harga pulak sangat berpatutan..


taraa...ok, yang sebelah tu air carrot susu,sebelah tu air mangga...
air mangga tu memang sang-sangat terbaik..
memang betul-betul terasa buah mangga sebenar yang sangat manis!
dan harganya pula rm2.00 sahaja..
memang best!

Kalau singgah bangi bolehla cuba ye,berdekatan dengan traffic light ktm ukm..
Ermm...maaflah ye,balik cuti ni tak dapat nak Bw sangat..
tapi jangan risau,wanie akan balas kunjungan semua yang sudi singgah sini..
ok,
wassalam...

Tuesday, February 17, 2015

Hari Pendaftaran

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tadi wanie dah selesai buat pendaftaran master..
Alhamdulillah semua urusan penukaran mod pengajian,semua dapat diuruskan dan diselesaikan sebelum masa pendaftaran tiba..
dan tadi dapat mendaftar tanpa sebarang masalah..

Tak sangka,ramai juga yang sambung pengajian peringkat siswazah..
wanie sampai awal,jadi dapat pukul 11 tu dah selesai mendaftar..
kawan wanie yang sampai tengahari,tunggu giliran lagi 800++ orang..fuhh..ramainyaa...

Ini baru permulaan untuk perjalanan hidup wanie sebagai seorang pelajar master..
semoga semua urusan dipermudahkan..
niat awal-awal lillahitaala...

sempat ambil gambar sementara tunggu giliran mendaftar..hehe

gambar ni wanie ambil masa wanie dah siap mendaftar..ramai lagi yang baru datang nak cek dokumen..belum tunggu nak mendaftar lagi..

Alhamdulillah dah selamat...chaiyok2!

okei, nak pergi bw...
 wassalam... ^_^