Monday, August 4, 2014

Kelebihan Berpuasa Enam di Bulan Syawal

Assalamualaikum..

Memandangkan kita masih dalam mood raya dan masih di bulan Syawal yang mulia, Wanie ingin berkongsi mengenai kelebihan berpuasa Enam hari di bulan Syawal.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Riwayat Imam Bukhari)

 Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Antara lain kelebihan puasa Enam ialah:

1. Dijauhkan dengan jarak api neraka dengan jarak 70 tahun.
2. Sebagai penampal segala kekurangan semasa berpuasa di bulan Ramadhan.
3. Segala amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan terputus selagi ia masih hidup.


(gambar Google)

InsyaAllah, marilah kita bersama-sama berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini supaya kita mendapat keredhaan dan kelebihan yang telah dijanjikan..


12 comments:

  1. Insya Allah, saya mulakan hari ini...^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah akk dah start last week... insyaAllah nk habis kan this week juga...

    maaf zahir batin selamat hari raya...

    ReplyDelete
  3. InshaAllah planning next week nak laksanakan puasa 6, inshaAllah

    ReplyDelete
  4. subhanallah... mmg dah patut boleh mula puasa 6 dah ni... Thanks sharing Wanie.. :)

    ReplyDelete
  5. Skrg masih 'bercuti' in sha allah lepas ni nk start :-)

    ReplyDelete
  6. bukan susah pun nak puasa enam kan. saya baru first day puasa dah p.... T_T

    ReplyDelete