Wednesday, February 4, 2015

Betul Ke Pilihan Ni?

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni, wanie rasa terlalu banyak perkara yang wanie perlu buat pilihan..Lagi merunsingkan bila pilihan tu semua melibatkan masa depan..Ya, melibatkan masa depan..Sampai satu masa Wanie rasa buntu, dilemma, stress, tak tahu mana nak tuju, macam-macam..

Pertama, dilemma..nak sambung study atau nak kerja? Kalau kerja, nak kerja apa? Nak kerja yang bagus terus memang susah nak dapat..Inilah dia, dilemma seorang graduan..Kalau ikutkan hati, memang minat sangat sambung belajar..Sebab memang bercita-cita nak jadi pensyarah..Kalau berhenti sampai takat degree, sekarang susah dah nak diterima jadi pensyarah..Boleh kata tiada..

Ok lah, sambung lah master, memandangkan minat, dan betul-betul nak jadi pensyarah..Ok, firm! Then bila dah decide nak sambung master, kena buat pilihan lagi, nak buat coursework atau by research? Allah..kena buat pilihan lagi..Sebenarnya tak jadi kerunsingan sangat mula-mula tu, sebab fikir nak buat coursework je, senang, tak payah banyak fikir..Tapi..1 hari tu, lecturer call, dia offer buat research, dalam masa yang sama jadi Grant Research Assistant (GRA)..Maknanya tiap-tiap bulan dapat gaji..kira sambil buat master, sambil tu kerja dengan lecturer..Ok, wanie rasa berminat..boleh buat 2 dalam 1..boleh simpan duit, boleh belajar, dapat master juga..

Tapi tulah, macam biasa, tak semua orang suka tulis tesis (tapi wanie suka lah juga)..bila buat by research ni mencabar, kita kena berdikari, buat sendiri..kelas cuma ada dua sepanjang tempoh buat master..kelas sama-sama dengan pelajar PHD...ok, mencabar! Biasanya buat by research ni lama sikit berbanding coursework..fuhh..tapi takpelah, wanie anggap ni semua cabaran..doakan urusan wanie sepanjang buat master, jadi GRA ni dipermudahkan..Ya Allah..mohon dipermudahkan..kadang-kadang terfikir, betul ke pilihan aku ni? Hmm..mungkin Allah pilih wanie sebab Dia tahu kita mampu..then why not we believe in ourself?

Wanie doa...doa sangat-sangat supaya segalanya dipermudahkan..Wanie dah pilih jalan nie, moga Allah permudahkan..insyaAllah, wanie akan sedaya upaya keep in track dalam buat research ni..insyaAllah..Maaf terpanjang..memang betul-betul nak kongsi..doakan Wanie..terima kasih..

Wassalam..

10 comments:

  1. Better teruskan wanie.. skrg ada degree pn ssh dpt kerja.. teruskan cita2 wanie.. akak doakan semoga dipermudahkan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, menyedari hakikat itu lah wanie berjuang susah dulu sekarang..thanks Kak Farah..insyaAllah..

      Delete
  2. Buat solat istiharah.. mintak pertunjuk buat wanie untuk memilih yang mana lebih baik buat diri wanie.. apapun biar kita susah sekarang dari susah di kemudian hari.. apapun good luck ya di dalam apa jua bidang yang wanie pilih..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan.. suka tengok org yg tak putus semangat dlm mencari ilmu dunia dan akhirat . Good Luck wanie .

    salam singgah dari www.nazlee.com

    ReplyDelete
  4. CT ada degree tapi kerja tak ada lagi.. memilih pun ye kot.. ikut cakap mak ayah pun ye.. nak kita kerja dekat2 tapi kerja apa yang ada dekat2.. jaga kedai runcit adalah. so susah jugak bila kita nak aja keluar tengok dunia tapi orang tak faham.. insyallah urusan akan dipermudahkan =)

    worry not okay..

    ReplyDelete
  5. rezeki ada dimana-mana banyakkan istighfar dan berdoa...insyaallah ada jalannya

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya dalam apa2 pon pilihan . amin

    ReplyDelete
  7. Kawan akak ramai sambung master.
    Tapi, akak tak.
    Akak tau limit akak kat mana..sebab akak jenis cepat stress up kalau belajar.
    Tambahan dah 3 anak..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mengurniakan petunjuk jln yg terbaik buat Wanie... aamiin. Semoga dipermudahkan & sukses ye.. :)

    ReplyDelete
  9. Semoga ada jalan penyelesaian untuk Wanie. Fikirkan yang terbaik

    ReplyDelete