Friday, February 27, 2015

Perlantikan sebagai Pembantu Penyelidik (GRA)

Assalamualaikum...

Grant Research Assistant atau lebih dikenali sebagai GRA merupakan suatu sistem atau skim yang membolehkan pelajar master (penyelidikan) atau PHD untuk berpeluang menjadi pembantu penyelidik. Grant Research Assistant walaupun nampak sama tetapi sebenarnya ia tidak sama dengan Research Assistant. Grant Research Assistant memerlukan pelajar membantu dalam penyelidikan dan dalam masa yang sama turut menulis tesis untuk penyelidikan tersebut.

Pelantikan GRA perlu dialakukan oleh ketua grant dan dalam masa yang sama pensyarah tersebut akan menjadi ketua penyelia untuk tesis pelajar tersebut. Pelajar yang dilantik sebagai GRA akan membantu dalam penyelidikan dan dalam masa yang sama akan diberikan gaji maksimum RM1800 untuk sarjana dan RM2000 untuk pelajar PHD.

Sebelum mendaftar sebagai pelajar Sarjana Falsafah (penyelidikan) Wanje telah dilantik oleh pensyarah untuk menjadi GRA. Lantikan wanie sebagai GRA akan bermula pada March ini.


Pintu masuk Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)




            Ok, macam biasa, sempat berposing  dulu.

CRIM merupakan satu jabatan yang menguruskan segala hal-hal berkaitan penyelidikan daripada permohonan untuk mendapatkan Grant sehinggalah kepada urusan pelantikan GRA dan pelbagai lagi.

Akhir kata, Wanie harap Wanie akan dapat mempelajari dan mengumpulkan pelbagai ilmu dan pengalaman sepanjang menjadi GRA. Pray for me ya! InsyaAllah..

Wassalam..




11 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Wanie.. mudah2an menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dgn cemerlang... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. congratulation... good luck wanie..

    ReplyDelete
  3. best nye... gud luck wanie sambil belajar dpt juga duit kan...

    ReplyDelete
  4. tahniah n all the best to you..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Wanie kerana di lantik..u can do it

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah.. semoga wanie berjaya ya..

    ReplyDelete
  7. wah, saya teringin gak nak jadi RA. orang kata seronok. betul ke? hehe. and tahniah! :)

    ReplyDelete
  8. oh btw, saya klik2 nuff2 awak juga ^^

    ReplyDelete