Friday, March 13, 2015

Awas !! Hati-hati Makan dan Minum di Luar !

Assalamualaikum

Salam Jumaat..

Tipulah kalau kita kata kita tak pernah sekali pun makan dan minum di luar, kan?
Rasanya kebanyakkan dari kita pernah..
Ok, hari ni Wanie nak berkongsi sedikit tentang 'pelaris jualan'..
Tak semua, tapi mungkin ada sesetengah kedai yang menggunakan dan meminta pertolongan atau bantuan daripada makhluk lain untuk melariskan jualannya..

Biasanya kalau orang yang ada banyak ilmu agama, atau alim, mereka akan sedar dan dapat merasai tentang kewujudan makhluk tersebut..
Tapi kita juga boleh menyedari dan mengelakkannya dengan menggunakan beberapa cara tertentu...

Antara beberapa cara yang dikongsikan oleh rakan wanie dalam group wassap..

1). Lagakan lidah di bahagian lelangit, kalau terasa geli, barulah diminum.

2). Raba bawah bekas makanan dan minuman, kalau makanan atau minuman panas tetapi bahagian bawah bekas sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

3). Setelah semua dilakukan, baca selawat dan doa makan.

Sebelum ni, wanie ada juga terbaca petua atau ayat yang perlu dibaca untuk tahu kalau-kalau kedai tu ada pakai pelaris..
Tapi dah lupa pulak..
Ruginya..
So, siapa-siapa yang ada lain-lain petua dan amalan, bolehlah kongsi ye..

P/S - Rasa macam pernah kena la sebab makan dekat satu kedai tu, lepas tu asyik rasa nak pergi je..hari-hari pergi, tak tahu kenapa..pelik..tak menuduh, tapi barangkali mungkin boleh jadi..

Wassalam...

9 comments:

  1. Masyaallah,
    Terima kasih sebab sudi kongsikan tips yang begitu sempurna Wanie,
    Kitew pun pernah dengar jugak tip2 macam ni.Tapi kitew cek dekat air jer..
    Kalau air ais.Tapi bila pegang sejuk je kat bawah.Atas pulak panas.tu pun mungkin jadi plaris jugak.Allahmualam.

    ReplyDelete
  2. menarik ni . terima kasih kongsi . boleh cuba kalau pergi kedai makan luar pasni

    ReplyDelete
  3. Ish. Yeker? lepas ni nak try lagakan lelangit tu kalau nak minum.

    ReplyDelete
  4. Da juga sesetgh penjual mcm tu kan, Wallahualam kita kna sntiasa brhati2

    ReplyDelete
  5. Ya betul, kita kena hati2 bila makan di kedai terutamanya kedai yang kita tak biasa..

    ReplyDelete
  6. Wanie kerapa pegi tu maybe kedai tu masak sedap kot

    ReplyDelete
  7. kalau makanan tu panas ok lah boleh rasa..kalau mkn nasi berlauk....lauk nya mmg dah sejuk camno tu Wanie

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian ni boleh di amalkan

    ReplyDelete