Monday, August 4, 2014

Kelebihan Berpuasa Enam di Bulan Syawal

Assalamualaikum..

Memandangkan kita masih dalam mood raya dan masih di bulan Syawal yang mulia, Wanie ingin berkongsi mengenai kelebihan berpuasa Enam hari di bulan Syawal.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Riwayat Imam Bukhari)

 Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Antara lain kelebihan puasa Enam ialah:

1. Dijauhkan dengan jarak api neraka dengan jarak 70 tahun.
2. Sebagai penampal segala kekurangan semasa berpuasa di bulan Ramadhan.
3. Segala amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan terputus selagi ia masih hidup.


(gambar Google)

InsyaAllah, marilah kita bersama-sama berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini supaya kita mendapat keredhaan dan kelebihan yang telah dijanjikan..


Saturday, August 2, 2014

Mini Reunion

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup dan merasa kenikmatan di hari raya yang keenam hari ini.. Masing-masing masih dalam mood raya atau sebaliknya?

Alhamdulillah, dalam kesibukan berhari raya, semalam Wanie sempat berkumpul dengan kawan-kawan sekolah menengah yang dah lebih kurang 6 tahun tidak berjumpa. Syukur, seronok sangat rasanya. Maklumlah,dah terlalu lama tak jumpa. 


Bersama kawan-kawan ex-SBPI Selandar


1,2,3 senyum!!


Di rumah Amirah Amran..

InsyaAllah, tahun depan, umur panjang kita jumpa lagi ye kawan-kawan..
Semoga ukhuwah yang dibina akan berkekalan..