Friday, March 13, 2015

Awas !! Hati-hati Makan dan Minum di Luar !

Assalamualaikum

Salam Jumaat..

Tipulah kalau kita kata kita tak pernah sekali pun makan dan minum di luar, kan?
Rasanya kebanyakkan dari kita pernah..
Ok, hari ni Wanie nak berkongsi sedikit tentang 'pelaris jualan'..
Tak semua, tapi mungkin ada sesetengah kedai yang menggunakan dan meminta pertolongan atau bantuan daripada makhluk lain untuk melariskan jualannya..

Biasanya kalau orang yang ada banyak ilmu agama, atau alim, mereka akan sedar dan dapat merasai tentang kewujudan makhluk tersebut..
Tapi kita juga boleh menyedari dan mengelakkannya dengan menggunakan beberapa cara tertentu...

Antara beberapa cara yang dikongsikan oleh rakan wanie dalam group wassap..

1). Lagakan lidah di bahagian lelangit, kalau terasa geli, barulah diminum.

2). Raba bawah bekas makanan dan minuman, kalau makanan atau minuman panas tetapi bahagian bawah bekas sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

3). Setelah semua dilakukan, baca selawat dan doa makan.

Sebelum ni, wanie ada juga terbaca petua atau ayat yang perlu dibaca untuk tahu kalau-kalau kedai tu ada pakai pelaris..
Tapi dah lupa pulak..
Ruginya..
So, siapa-siapa yang ada lain-lain petua dan amalan, bolehlah kongsi ye..

P/S - Rasa macam pernah kena la sebab makan dekat satu kedai tu, lepas tu asyik rasa nak pergi je..hari-hari pergi, tak tahu kenapa..pelik..tak menuduh, tapi barangkali mungkin boleh jadi..

Wassalam...

Thursday, March 12, 2015

K.E.L.I.R.U

Assalamualaikum...

Image result for perempuan bingung
image google

Hai..hari ni Wanie bertapa untuk kesekian kalinya di library..
Bukan nak kata rajin, tapi inilah yang kena buat, memandangkan takde kelas dan kena fokus dekat kajian sahaja..
Jadi kena tersangatlah banyak membaca.. ^_^

Macam poyo pulak kan semalam updates entri K.E.C.E.WA, hari ni K.E.L.I.R.U pulak..hehe
Sebenarnya dah lama wanie nak updates entri ni tapi tak sempat-sempat juga..

Sebenarnya Wanie keliru, nak adresses u alls dengan panggilan apa..
Kadang-kadang Wanie keliru nak panggil akak ke tak, abang ke tuan ke encik ke..
Sebab ada orang (perempuan) yang tak kisah kalau tak panggil dia akak, contoh macam just tua setahun dua tu kan..
Tapi ada pulak yang nanti kata tak ada budi bahasa ke, atau perasan muda ke nak panggil-panggil akak ni..
So, Wanie jadi keliru..


Jadi, kalau boleh korang komen la panggilan apa yang korang selesa...
Kalau Wanie sendiri tak kisah yang lebih muda nak panggil Wanie akak, yang lebih tua panggil adik, nak panggil nama sahaja pun i ok jee..hehe
Sebab, tak naklah ada yang terasa hati..
Kita berblog nak tambah ilmu tambah kenalan then kalau ada yang tak selesa tu tak best la kan..

Wassalam..