Sunday, March 17, 2013

Jangan Pernah Give up!!

Assalamualaikum....
     Bercerita tentang pengalaman ni of course la semua orang ada pengalaman indah dan pahit masing2 kan..Same as me..mungkin cerita aku ni boleh dijadikan teladan la kot untuk sape2 yang pernah rasa down sangat tu..Nway, cerita yang banyak bagi ak pengajaran ni bermula daripada sekolah menengah la...Masa tu mungkin sudah bermula kehidupan yang dah ada arah tuju..hihi...okai...kat sekolah menengah ni la aku dapat terlalu banyak pengalaman yang mungkin buat aku jadi lebih matang sekarang..baik...dari darjah satu sampailah darjah 6, maybe aku selalu bernasib baik sebab sentiasa dapat results yang agak baik dan sering menjadi contoh kepada kawan2, saudara-mara terutamanya adik beradik.. tapi nak dijadikan cerita, UPSR ok ,masuk sekolah berasrama penuh, PMR pn ok then tbe2 SPM ak......omg!!!...out of expectation....dan disitulah bermulanya ak menjadi seorang yang berhati cekal dan aku rasa inilah dugaan yang paling berat aku hadapi.
       Rasanya uolls pn boleh bayangkan la kan..dari kecil sampai besar dapat keputusan yang agak cemerlang then bila da sampai penentu untuk masuk universiti, aku dapat results yang sangat...teribble....semua sedara mara aku bertanya2 time tu..jiran2 da mula bercerita...ok, sebagai manusia yang bermotivasi tinggi (kononyer la kan, hehe), aku bernekad untuk teruskan juga kehidupan sebagai seorang yang berjaya walaupun dengan result yang kalau boleh semua orang xnak dapat. masa tu xpayah cakap la da berapa liter air mata yang aku da titiskan...lepas dapat results tu biasalah, semua orang da sibuk memohon sana sini, dah masuk universiti sana sini, dan macam2..dan lebih memberatkan hati aku, aku yang bersekolah di sekolah asrama penuh ni of kos la, kawan2 aku semua berjaya...masing2 ke UTP,USM, overseas, dan sebagainya...yang ak?korunk nak t ahu?ak sambung belajar kat form 6..bukan aku berniat untuk merendahkan form 6, tidak sama sekali ye, cuma kalau boleh dah tak nak pakai baju sekolah lagi dan tak pernah terfikir langsung untuk terus belajar di sekolah...asrama pulak tu..hihi...mungkin aku seorang saje yang sambung belajar kat f6 jika dibandingkan dengan semua kawan2 aku yang lain...yang lain2 kawan2 aku sibuk di matrikulasi, foundation, asasi dan sebagainya...mmg sangat down masa tu..
     Tapi takpelah, aku percaya rezeki masing2 tu ada, dan aku teruskan perjuangan sebagai pelajar f6 dengan sebaik mungkin..dan alhamdulillah, walaupun results aku taklah sebagus mana, tapi sekarang aku berjaya juga masuk ke universiti..dan akan bergraduate bersama2 dengan rakan2 aku yang lain...dan sekarang, aku meneruskan perjuangan untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin di bumi UKM..alhamdulillah..aku sangat tenang dan bahagia di sini...
          So, moral of the story sekarang nie, sesiapa yang pernah terasa down, atau merasa down pada saat ini, bangkitlah!!..'ceh ayat' hehe...yup, bangkitlah..kita kena buktikan pada dunia..kalau tidak pada dunia pun, buktikan kat jiran2, sedara mara, keluarga, yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain...bukan berniat untuk bangga diri atau riak..cumanya untuk membalas jasa kedua ibu bapa...apa gunanya berputus asa,down dan terus down...sampai bila...sudah jatuh takkan terus nak duduk saje?kita kena berdiri dan truskan perjalanan ke peringkat yang lebih tinggi...kepada yang senasib ngan aku, SPM tak berapa baik, ini ujian Allah namanya....dan bukan bermakna yang kita tak berpeluang untuk berjaya seperti orang lain..ada banyak cabang lain yang kita boleh pergi untuk menjadi insan yang berjaya...


Ni adalah antara gambar aku dengan kawan2 masa form 6...innocent je muka masa budak2 kan..hihi..(budak2 la sangat)...


Ni pulak gambar aku tengah bersajak, masa form 6 jugak..ni memang kegemaran aku...hehe

Ini juga antara kawan yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk aku terus maju dalam pelajaran..love u all..




Thats all maybe....teruskan usaha ok!!!

4 comments:

  1. bgus penulisan blog awk,sy suka,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...silakan lah baca selalu entri saya..jgn pernah give up k!!

      Delete
  2. terbaekkk.. ^^ -wani mokhtar

    ReplyDelete