Thursday, August 22, 2013

5 Tips Mantop Study yang Perlu Anda Ketahui ...

                                  Assalamualaikum...
Hai readers...Sihat semua?alahai..macam poyo je tajuk entri aku kali nie kan..aku pun study tak seberapa, nak bagi tips2 kat orang pulak...eh, biarlah...aku memang suka apa sharing something yang bermanfaat walaupun sedikit...hee...

Okai, aku takdelah bagus mana study, tapi setakat ni alhamdulillah belum pernah below than 3.5..alhamdulillah..syukur kepada Allah....Dalam entri ni aku nak berkongsi beberapa perkara yang aku buat untuk dapatkan results yang baik....

Baiklah..berikut merupakan tips-tipnye yee..hihi...

1). Rancang minggu study weeks sebaiknya...
     Selalunya bagi pelajar ipta, ipts, kolej, kita akan diberi masa selama seminggu kononnya untuk buat preparation exam...hehe...benda ni bergantung pada individu...Kalau aku, kurang sikit study awal-awal ni, tapi untuk certain subjek perlu juga terutamanya bagi subjek yang menghafal..Masa study week ni amat penting untuk kita rancang jadual study berdasarkan jadual exam yang kita dah dapat...hal ini seperti mengambil tahu subjek mana yang perlu diberi lebih perhatian, yang mana kena start study dulu, yang mana sesuai study waktu ini, itu dan sebagainya...perkara ini sangat PENTING yee kawan-kawan...

2). Berkongsi ilmu dengan kawan-kawan...
     Ini antara perkara yang memang aku dan kawan-kawan aku lakukan bila menjelang peperiksaan...berkongsi ilmu dengan kawan-kawan seperti nota, info, pemahaman, teknik dan sebagainya..Percayalah cakap aku, bila korunk share apa-apa yang korunk tahu, korunk akan dapat lebih banyak dan lebih memahami sesuatu perkara tersebut...Buatlah study group and so on..tapi kalau aku, aku kurang sikit study group sebab banyak sangat benda yang kami nak dok cerita bila berkumpul nie..hehe..cuma aku akan buat study group bila ada kawan-kawan yang nakkan explanation dari aku dan kami berkongsi idea...

3). Jangan malas merisik senior...
     Perkara ni sebenarnya aku start buat sejak sem 1 lagi...alhamdulillah aku berkenalan dengan senior aku yang memang setiap sem DEKAN...Jadi aku pun tanpa segan dan silunya minta macam-macam tipslah, nota, bentuk exam dan sebagainya...hee..dekat U ni kita kena rajin explore...kalau duduk saje mengharapkan nota dari lecturer tu tak bolehlah...

4).Jangan stress sangat study...
     Minggu study weeks memang minggu untuk study..tapi bukan bermakna kena study 24 hours sampai nak makan pun dok baca nota dan teringat formula bagai..hehe...kalau aku, aku selalu bagi penhargaan kat diri sendiri..Ini bermakna, bila somestimes tu aku rasa banyak dah banyak sangat ilmu yang diserap masuk otak dan aku pun berpuas hati dengan tahap kefahaman aku untuk sesuatu tu, aku akan rilekskan diri sendiri...Macam-macam boleh buat..cycling ke, tengok wayang ke,hih...makan-makan kat luar ke, dan sebagainya...jangan push sangat otak nie..Nanti sistem down, lagi payah...huu

5). Minta restu ibu bapa dan doakan kejayaan orang lain...
     Paling penting sebenarnya ni...Minta restu ibu bapa, minta mereka doakan kita..ada orang yang berjaya disebabkan hanya dengan doa ibu bapa...Setiap kali nak masuk dewan exam, pagi sebelum exam, malam nak exam, aku akan call dan mesej mak aku supaya doakan dan beritahu pukul berapa aku ada exam apa...lepas habis exam pun beritahu exam tadi dapat buat atau tidak..Selain itu, doakan juga rakan-rakan kita yang lain supaya sama-sama berjaya dengan kita...Kan seronok kalau sesuatu kejayaan itu dapat dikongsi bersama...

Baiklah, ini di antara perkara yang aku buat semasa nak exam..final terutamanya...Lain orang, lain cara studynya kan..Lastly, thanks for reading this entri...Jangan lupa komen yee...i'm very appreciate that!!

1 comment: